Isnin, 25 Mac 2013

#lahaddatu IGP NAIK ANGIN !!! WARTAWAN TERKEDU DIAM !!!

Belum lagi sesiapa pernah melihat Ketua Polis Negara naik angin, tapi bila sekali IGP naik angin sampai hentak meja baru semua pucat muka.

Itu le yang terjadi apabila wartawan bertanya tentang kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh bahawa polis menjalankan operasi merampas dan memusnahkan dokumen pengenalan diri yang diberikan kepada masyarakat Suluk di negeri itu.

Bila sampai hentak meja dan bercakap seakan menengking itu memang dah nampak bahawa IGP dalam keadaan cukup marah.

Tapi memang patut kalau IGP marah, yang mengalami kecederaan dan kematian adalah daripada anggota polis dan anggota polis itu dibawah pemerintahan beliau.

Kalau Sangkakala kena kata macam tu pun mesti marah.

Tapi kenapa bekas ketua Menteri Sabah boleh keluarkan kenyataan sampai macam tu, tidakkah beliau berfikir bahawa pasukan keselamatan yang mati itu mempertahankan negeri kelahiran beliau sendiri?

Cukup cetek pemikiran bekas Ketua Menteri ni, ingatkan bila dah duduk sebagai pemerintah di sebuah negeri, beliau semestinya arif dengan situasi dan keadaan semasa, tapi nampak gayanya tidak.

Walau apa pun, sempena hari Polis hari ini, Sangkakala ucapakan selamat harian selamat hari polis, dan terima kasih kerana berjuang untuk menjaga keamanan negara.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: