Khamis, 21 Mac 2013

PENGARAH STRATEGI PKR KURANG BIJAK @NajibRazak @tunfaisal

Nampak gayanya PKR memang tersalah langkah dengan mengambil 'jambu' jadi pengarah strategi.

Mana tidaknya, orang yang kurang cerdik ini diambil memegang jawatan untuk mengatur strategi perang politik parti.

Rafizi Ramli bertanya kepada Perdana Menteri berapa ramai rakyat Filipina yang memegang kad pengenalan biru atau kerakyatan Malaysia.

Bukan ke itu soalan bodoh yang datangnya dari seorang yang memegang jawatan agak tinggi dalam parti?

Penduduk di Sabah memang ada yang berketurunan Sulu tetapi mereka ini adalah rakyat Malaysia.

Bukan semua orang Sulu itu pengganas, apa yang dipanggil sebagai pengganas Lahad Datu kini ialah mereka yang datang menyeberangi lautan untuk menceroboh masuk ke Malaysia dan melakukan serangan terhadap anggota keselamatan.

Sama juga seperti orang yang menjadi tali barut di zaman Jepun, British dan Komunis, adakah mereka ini orang Jepun, orang British atau bukan? Mereka ini tetap rakyat Malaysia tetapi bersekongkol dengan pengganas.

Dalam persoalan yang ditanyakan kepada Perdana Menteri jelas melihatkan bahawa Rafizi Ramli tidak tahu untuk menghalakan soalan, jika semua soalan ditanyakan kepada Perdana Menteri, lebih baik tidak diwujudkan portfolio Menteri Kabinet atau dengan kata lain, biar Perdana Menteri seorang sahaja yang mengawalnya.

Seperti juga kerajaan negeri dibawah kepimpinan Pakatan Pembangkang, masing masing mempunyai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan setiap dari mereka mempunyai tanggungjawab sendiri, jadi dalam permasaalahan ini beliau (Rafizi) perlu menyoal kepada kementerian yang bertanggungjawab.

Dalam soal Datu Agbimudin Kiram pula, tidak mustahil beliau adalah rakyat Malaysia dan tidak juga mustahil sebagai rakyat negara ini beliau (Agbimudin) menjadi pengganas.

Seperti yang Sangkakala katakan tadi, ahli Parti Komunis Malaya (PKM) adalah rakyat Malaysia dan bukannya rakyat asing, jadi kenapa itu yang dipersoalkan oleh Rafizi?

Seperti rakyat Malaysia yang lain juga, mereka ini ada nafsu untuk menjadi pemerintah dan ini telah mengatasi segalany galanya.

Jadi kita sebagai rakyat Malaysia harus tolak dulu perkara seperti ini dan mengambil cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah di Lahad Datu ini.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: