Ahad, 24 Mac 2013

PEMUDA MENGAMUK DI IPOH !!! KIT SIANG LARI LINTANG PUKANG @ZambryAbdKadir @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Lebih kurang 500 orang muda hari ini menunjukkan sokongan padu kepada Barisan Nasional dengan cara berhimpun dan mendengar pesanan ketua bahagian Ipoh Timur, Datuk Azian Othman.

Turut hadir dalam program pelancaran jentera bermotor pemuda Barisan Nasional Ipoh Timur ialah, ketua bahagian MCA Ipoh Timor, Naib Pengerusi PPP negeri Perak.

Dalam ucapan pelancaran program, Datuk Azian mengatakan bahawa pemuda Barisan Nasional perlu menunjukkan semangat untuk menentang Pakatan Pembangkang di Ipoh Timor.

Beliau juga mengatakan bahawa pemuda Barisan Nasional perlu juga menunjukkan disiplin yang tinggi dan tidak menjadi seperti pemuda pembangkang yang sentiasa mendengar kata pemimpin mereka untuk mengadakan demonstrasi dan sebagainya.

Beliau menasihatkan kepada semua agar tidak gentar atau lari daripada menghadapi cabaran dan beliau juga mengatakan beliau berjanji untuk menjaga dan terus mengepalai jentera perang Ipoh Timor.

Beliau melihat pasukan gerak gempur yang ada pada hari ini amat berkeyakinan dan beliau juga amat yakin dan percaya bahawa walau siapa pun calon pembangkang yang datang pada PRU kali ini akan diundurkan dari arena politik Ipoh Timor.

Mungkin melihat kepada kebangkitan ini juga, Lim Kit Siang melarikan diri ke Gelang Patah kerana risau dengan kredibiliti beliau di kawasan tersebut akan tercemar.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: