Khamis, 21 Mac 2013

LAWATAN TURUN PADANG @ZambryAbdkadir KE KG BAHAGIA @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Lawatan turun padang Menteri Besar Perak ke kawasan Changkat Jong pada hari ini bermula di Kampung Bahagia Teluk Intan.

Dimulakan dengan bacaan doa, seterusnya dengan ucapan dari Pengerusi JKKK Kampung Bahagia yang melaporkan bahawa kepadatan penduduk kampung ini sekarang mencecah ke angka 11 ribu orang dan beliau juga memberi laporan berkenaan dengan beberapa masalah yang dialami.

Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung ialah masalah perparitan dan juga jalan dimana sistem perparitan yang ada kini perlu dinaik taraf dan keadaan jalan yang agak sesak terutama semasa musim perayaan.

Pengerusi JKKK, En Tajul Hasnan memberikan cadangan agar sebuah jambatan dibina melalui jalan lorong masjid yang boleh menembusi bandar Teluk Intan yang hanya dirintangi oleh Sungai Bidor.

Menjawab dengan persoalan itu, YAB Menteri Besar telah meminta supaya Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Perak agar menimbangkan permohonan tersebut dan masalah perparitan diserahkan kepada Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mengambil tindakan lanjut.

YAB Menteri Besar juga meluluskan bantuan setelah melawat 2 buah rumah yang uzur di bahagian bunbung rumah rumah tersebut dan bantuan ini akan disalurkan melalui Pejabat Daerah.

Turut hadir sama dalam program turun padang Menteri Besar ini ialah pengerusi Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang juga merupakan Naib Presiden parti tersebut, Datuk Mah Siew Keong, Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan Datuk Idris Hashim, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Teluk Intan, En Azhar Jamaluddin, Naib Ketua UMNO Teluk Intan, Datuk Saiful Bahar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian, En Yuzaili Yusof, Ketua Wanita UMNO Bahagian, Puan Hajjah Siti Zainon, Ketua Puteri UMNO Bahagian, Puan Azryna Jainuri dan ramai lagi kepimpinan peringkat bahagian cawangan dan kampung berhampiran.

Seterusnya lawatan dilakukan ke sekolah jenis kebangsaan cina batu 12 Changkat Jong.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: