Rabu, 13 Mac 2013

BEKAS TIMBALAN PANGLIMA ATM HANYA TAHU CAKAP BESAR

Lepas bekas Panglima ATM memperlekehkan pasukan keselamatan negara, kini bekas timbalan pula bercakap perkara sama.

Dengan mengatakan bahawa beliau mampu untuk menyelesaikan masalah di Lahad Datu dalam tempoh sehari adalah kenyataan bodoh daripada seorang bekas pemimpin sebuah pasukan yang besar.

Semasa beliau menjadi Timbalan Panglima, masalah pengganas di tanah air telah pun selesai, dan beberapa lama beliau duduk bergoyang kaki dan kerusi di dalam bilik Timbalan Panglima.

Berbeza dengan keadaan Panglima atau Timbalan semasa zaman komunis dahulu, yang sentiasa bersiap siaga untuk berjuang menentang pengganas komunis.

Kini beliau hanya boleh bercakap kerana beliau sudah tidak lagi perlu memikirkan apa yang berlaku.

Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu.

Nampaknya sudah dua orang pemimpin ATM yang masih memperlekehkan pasukan keselamatan negara.

Mungkin kerana mereka ini sudah ketandusan pekerjaan dan dengan cara ini, mereka akan menjadi popular dan mungkin juga dapat menjadi calon pilihanraya.

Lepas ni Datuk Abdul Ghafir boleh jadi Timbalan Jeneral Politik PKR dan boleh sama sama dengan bekas Panglima ATM memikirkan bagaimana cara untuk berperang.

Beliau juga berkata bahawa kerajaan gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.

Kerajaan memilih jalan untuk menghantar pasukan polis kerana kita menghormati negara jiran dan untuk awalan siasatan kita tidak boleh mengklasifikasikan bahawa penceroboh berkenaan adalah pengganas.

Jika nak di huraikan daripada apa yang dikatakan oleh Ghafir, seolah olah setiap pendatang asing yang menceroboh masuk ke negara ini perlu ditangani dengan undang undang ketenteraan.

Apatah lagi suasana pada ketika itu tidak membolehkan kita untuk mengambil tindakan tersebut, ini kerana kita pada mulanya mungkin menyangkakan bahawa mereka ini adalah pendatang tanpa izin, dak takkan pendatang tanpa izin kita perlu tangani dengan menghantar pasukan tentera.

Jika keadaan itu terjadi, sudah pasti akan ada pula ayat atau kemyataan dari pihak pembangkang yang mengatakan bahawa kerajaan kita zalim dengan mengambil tindakan ketenteraan terhadap pendatang.

Sebab biasanya pasukan polis akan dihantar untuk melakukan rundingan dan telah diserang oleh pengganas tersebut.

Tapi sudah menjadi adat pembangkang bahawa mereka ini akan mempertikaikan apa jua tindakan kerajaan sama ada ianya betul atau tidak.

Seperti kata Menteri Pertahanan supaya mereka yang mempertikai atau mengecil ngecilkan kewibawaan pasukan keselamatan kita, mereka boleh mendaftar untuk pergi berjuang bersama sama tapi kenapa Ghafir tidak menyahut cabaran tersebut tetapi hanya bercakap di pentas ceramah.

Lepas ni kita boleh gelarkan mereka dengan gelaran Panglima pentas, dan bukannya panglima perang, jika beliau mengatakan bahawa tindakan kerajaan adalah sesuatu yang memalukan, kerajaan lebih malu kerana pernah memiliki bekas timbalan panglima perang seperti Ghafir.

Ghafir hanya dipergunakan oleh pakatan pembangkang demi keuntungan politik mereka dan sudah pastilah selepas pilihanraya nanti nasib mereka akan diketahui, dan sudah pasti kekecewaan akan melanda mereka.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: