Khamis, 21 Mac 2013

LAWATAN TURUN PADANG @ZambryAbdKadir KE KAMPUNG BATU 12 CHANGKAT JONG @tunfaisal @azwanbro @hairul_own

Lawatan kedua YAB Menteri Besar sempena program turun padang diteruskan di kampung batu 12 Changkat Jong.

Bertempat di sekolah rendah jenis kebangsaan cina kampung batu 12, Menteri Besar telah disambut oleh penduduk kampung serta murid murid sekolah.

Ucapan dimulakan oleh Pengerusi PIBG sekolah yang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar kerana sudi untuk datang ke kampung batu 12.

Beliau juga memohon kepada YAB Menteri Besar supaya dibina sebuah sekolah tadika bagi anak anak pra sekolah.

Satu lagi permintaan beliau ialah, kerja kerja baik pulih kantin serta bilik darjah sekolah tersebut.

Dalam ucapan Menteri Besar pula, beliau amat gembira melihat begitu ramai orang dari kaum tiong hua menyambut beliau dan beliau merasa amat berbesar hati.

Dalam menjawab permohonan dari pihak sekolah, YAB Menteri Besar telah meluluskan peruntukan sebanyak RM 65 ribu yang mana RM 30 ribu untuk baik pulih kantin dan RM 35 ribu adalah untuk naik taraf bilik darjah sekolah tersebut.

Lawatan seterusnya ke Batu 14 changkat Jong.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: