Isnin, 18 Mac 2013

PERTANDINGAN 3 PENJURU PARLIMEN BAGAN SERAI @ZambryAbdKadir @azwanbri @tunfaisal @hairul_own @Muaamarghadafi

Bukti ketidak sepakatan Pakatan Pembangkang sudah jelas kelihatan dengan bukti yang tertera keratan diakhbar diatas sana.

PAS mahukan calon mereka dan PKR meletakkan calon dan calon itu pula dikatakan tidak mesra dengan para pengikut PAS yang menjadi ahli terbesar dalam pakatan pembangkang di Bagan Serai.

Kesudahan kepada situasi ini nanti akan melihatkan bahawa pertandingan 3 penjuru pasti akan diadakan di Bagan Serai.

Tidak seperti UMNO dan Barisan Nasional yang selama ini sepakat untuk meletakkan calon dalam pilihanraya tidak kira dimana sekali pun.

Belum pernah kita dengar bahawa ada parti komponen dalam Barisan Nasional yang ditunjangi oleh UMNO bertelagah dalam pemilihan siapa yang lebih berhak menjadi calon dai satu satu kawasan.

Cuma di dalam pakatan pembangkang ianya terjadi, dan bukti untuk itu telah ditunjukkan bukan sahaja di Bagan Serai malah ianya juga terjadi di Johor apabila pengerusi PKR negeri tersebut bertelagah dengan pengerusi DAP negeri dalam menentukan siapa yang lebih berhak untuk bertanding di sesebuah kerusi parlimen.

Adakah pertelingkahan ini sesuatu yang sihat didalam pakatan pembangkang, jika asyik bertelingkah, mampukah mereka ini membela nasib rakyat dimasa akan datang?

Sudah tentu jawapannya tidak sama sekali kerana jika PAS dipilih sebagai calon di Bagan Serai, makan PKR akan menentang habis habisan dan jika PKR pula meletakkan calon maka begitu juga dengan PAS.