Jumaat, 22 Mac 2013

ANWAR BUNUH KARIER POLITIK KIT SIANG

Dengan meletakkan Lim Kit Siang bertanding di Gelang Patah Johor menjadikan veteran DAP itu mengalami nasib yang amat gelap seperti malam tiada bulan.

Sudah dipastikan bahawa Johor adalah kawasan simpanan tetap Barisan Nasional dan orang Johor pula terkenal dengan semangat kesetiaan kepada pemimpin.

Pasti Kit SIANG akan jadi Kit MALAM selepas kalah di kawasan tersebut.

Dan yang akan menambahkan lagi kemaluan kepada DAP ialah veteran yang berkali kali menang di Ipoh Timor kalah bertanding di Johor tempat UMNO di tubuhkan.

Jadi Sangkakala nasihatkan kepada Kit Siang supaya bersedia dan mempersiapkan diri untuk mengalami kekalahan yang amat memalukan.

Kita lihat betapa bijaknya Anwar menggunakan situasi politik, letak Kit Siang bertanding di Johor dan beliau sendiri tidak mempertahankan kerusi di Permatang Pauh semuanya kerana agenda politik beliau sendiri dan ianya bukanlah untuk mengangkat Pakatan Pembangkang.

Jadi apa lagi yang ditunggu oleh pengikut pakatan pembangkang, kalau orang yang bersama sama beliau di permain mainkan, orang lain pula macam mana? Ada harapan ke nak duduk sekali?

Sangkakala memetik kepada satu kenyataan yang dibuat oleh pengacara majlis ceramah yang diadakan di Bagan Serai, beliau meminta supaya semua hadirin supaya rapat ke pentas kerana jika Anwar menjadi Perdana Menteri sudah pasti mereka tidak akan dibenarkan berbuat begitu.

Nampak tak apa yang dimaksudkan? Maksudnya disini ialah, Anwar hanya merapati rakyat sementara belum menjadi pemimpin negara, jika sudah menjadi pemimpin, perkara tersebut takkan berlaku.

Pilihlah pemimpin yang mahu menjiwai rakyat dan tidak mengira apa pun atau siapa pun mereka, mereka tetap akan mendampingi rakyat.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: