Sabtu, 23 Mac 2013

BUKTI DAP MENGATASI PKR

Pengerusi PKR Johor,Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP negeri itu Dr Boo Cheng Hau sebelum ini dikatakan bertelagah berhubung parti mana yang akan bertanding di Gelang Patah.

Dan satu kenyataan telah dikeluarkan oleh pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dengan menyelar Jui Meng hingga membuatkan Presiden PKR, Dr Wan Azizah tampil untuk menyokong Jui Meng.

Tapi kali ini secara terang terangan, DAP memenangi apa yang di panggil perang saraf antara parti, iaitu kepimpinan Pakatan pembangkang bersetuju meletakkan Lim Kit Siang di Gelang Patah dan ini sudah pasti menampakkan kemenangan berpihak kepada Dr Boo.

Ahli PKR tidak mampu untuk berkata apa apa melainkan hanya mampu melihat satu kerusi Parlimen di Johor kini diwakili oleh DAP dalam PRU akan datang.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: