Khamis, 28 Mac 2013

PAS KEDAH TAKKAN BUBAR DUN #SaveKedah @tunfaisal

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak tidak akan membubarkan DUN selagi tidak mendapat mandat atau lampu hijau dari PAS Pusat.

Ini rupa kerajaan negeri ke? Langsung tak berani untuk menunjukkan pendirian dalam negeri sendiri.

DUN Kedah akan terbubar dengan sendirinya pada 5 Mei ini dan sehingga kini Perdana Menteri masih tidak membubarkan parlimen.

Apa pasal pulak Azizan nak tunggu lampu hijau segala bagai untuk bubarkan DUN?

Bukan ke Kedah tu dibawah pentadbiran beliau, atau beliau tidak berani dengan kepimpinan PAS pusat yang kini di genggam oleh tangan tangan hitam dari DAP dan PKR.

Sebelum ini kerajaan Selangor telah mengatakan bahawa mereka akan membubarkan DUN terlebih dahulu sekiranya Perdana Menteri tidak membubarkan parlimen pada 26 Feb yang lalu.

Dah sebulan pun, masih belum lagi Selangor menunjukkan yang mereka akan membubarkan DUN Selangor seperti mana yang diperkatakan.

Azizan dan Khalid dilihat sama sahaja, nama Menteri Besar, tapi takut dengan kepimpinan tangan hitam dari pakatan pembangkang pusat.

Seolah olah mereka ini bukan menjadi pemerintah di Selangor dan Kedah.

Dalam kenyataan lain pula, Lim Kit Siang kata negeri negeri bawah Pakatan Pembangkang hanya akan bubar DUN sekiranya parlimen dibubarkan.

Kenapa mesti tunggu parlimen? Takut negeri negeri tersebut kembali kepada Barisan Nasional agaknya ni.

Apa pun, rakyat Kedah dan Selangor termasuk negeri negeri lain di bawah pakatan pembangkang perlu bersedia dengan keadaan dimana rakyat seharusnya menolak pembangkang secara total dalam PRU13 nanti.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: