Selasa, 12 Mac 2013

SATU LAGI PERAJURIT GUGUR MASIH KATA WAYANG KERAJAAN ???

Seorang lagi perajurit kita gugur di medan juang setelah ditembak oleh penembak curi pengganas di Sabah.

Adakah ini juga nanti dikatakan sebagai wayang kerajaan oleh pemimpinpembangkang?

Sembilan orang telah syahid akhirat, namun sehingga kini masih belum ada apa apa ucapan takziah dari kalangan pemimpin pembangkang.

Ye, ada yang mengatakan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim ada pergi menjengah ke rumah salah seorang anggota keselamatan yang gugur di Klang Selangor, namun adakah itu mencukupi setelah ada dikalangan pemimpin pakatan pembangkang yang mempersoalkan tentang perjuangan anggota anggota keselamatan di perbatasan tersebut?

Sangkakala belum dengar lagi mana mana pemimpin yang mengucapkan takziah terutamanya dari PAS, kini seorang anak Kelantan pula menjadi mangsa tembakan pengganas pengganas tersebut.

Namun PAS hanya akan berdiam diri dan membiarkan kerajaan menjalankan tanggung jawab sebagai pemerintah.

Bagi mereka (pembangkang) tidak ada langsung istilah untuk membantu malah mereka mengutuk pasukan keselamatan sepertimana yang dilakukan oleh Jeneral politik PKR yang juga merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera.

Tidakkah mereka ini mempunyai perasaan sebagai seorang manusia yang mana ada manusia lain yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menjaga keamanan dikutuk dengan pelbagai perkataan.

Sebagai contoh, Tian Chua yang mengeluarkan kenyataan bahawa kematian anggota anggota keselamatan ini sebagai mati katak, dan setelah mendapat kecaman dari pelbagai pihak, beliau cuba mengalihkan isu dengan kenyataan lain pula.

Cuba kita fikir sejenak, adakah pakatan pembangkang kini menjalankan tugas mereka selain dari terus berpolitik siang dan malam pagi dan petang dengan melemparkan fitnah terhadap kerajaan.

Mereka tidak langsung memikirkan bahawa kerajaan Barisan Nasional telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dan cekap selama ini dalam menangani pelbagai isu dan kemelut dalam negara demi untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan negara serta rakyat?

Mentaliti sebegini sememangnya tidak layak untuk diangkat sebagai pemimpin terutamanya sebagai kerajaan pusat yang mana nanti pasti akan melihatkan kegagalan demi kegagalan akibat dari ketidak bertanggungjawaban mereka ini.

Pembangkang harus ditolak oleh rakyat Malaysia demi mencapai apa yang di inginkan oleh semua pihak iaitu kestabilan ekonomi, prasarana yang mantap serta pengagihan kekayaan serta hasil negara sepertimana yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional sekarang.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: