Khamis, 28 Mac 2013

ALAHAI NURUL LEMBAH PANTAI #BNbagus

Desas desus pasal video porno dan segala bagai tentang ahli parlimen Lembah Pantai, Sangkakala tak mau tahu walaupun pada satu masa dulu Sangkakala dah bagi hint pada pembaca tentang perkara tersebut.

Sangkakala pun kurang berminat dengan kisah kisah sebegitu sebenarnya tetapi kali ini Sangkakala nak kongsikan sikit tentang Ahli Parlimen Lembah Pantai ni yang kononnya nak batalkan daftar pemilih seramai 4'637 orang pengundi di Parlimen tersebut.

Ramai tu kalau nak diikutkan, sampai lebih dari 4 ribu orang pengundi yang diragukan dan mereka inilah yang hendak dibatalkan oleh Nurul Izzah.

Perkara batal membatal ni menampakkan seolah olah Nurul seperti baru sangat dalam arena politik tanah air tambahan pula beliau kini bergelar seorang ahli parlimen.

Kenapa PRU kali ni baru nak batalkan seramai itu pengundi? Kenapa tidak dibatalkan semasa PRU12 yang lalu?

Adakah Nurul Izzah sudah merasa kurang selamat disitu (lembah pantai) dan ada kemungkinan pengundi pengundi tersebut adalah orang orang UMNO yang sudah semestinya tidak menyokong beliau dalam pilihanraya yang lepas?

Dengan hanya kemenangan sebanyak 2'895 undi pada PRU12 ada kemungkinan anak pertama Anwar ini cuba untuk menidakkan kemenangan Barisan Nasional pada PRU13 nanti yang dilihat kini lebih memihak kepada parti kerajaan.

Datuk Seri Shahrizat Jalil pada PRU11 telah memenangi kerusi parlimen Lembah Pantai dengan majoriti undi sebanyak 15'288 dan ianya jauh berbeza dengan majoriti yang diperolehi oleh Nurul Izzah pada PRU12 yang lalu.

Atau mungkin juga Nurul melihat kemaraan kepimpinan Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Seri Raja Nong Chik yang sudah mula menyerang kawasan Lembah Pantai dan serangan ini membuatkan Nurul Izzah berasa gundah gulana disebabkan kerusi parlimen tersebut mungkin kembali ke tangan Barisan Nasional.

Nurul Izzah juga didapati tidak memberikan komitmen yang tinggi kepada parlimen berkenaan dan hanya bergantung kepada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan sebelum itu.

Nurul juga sebelum ini ada membuat dakwaan bahawa ramai pengundi luar dipindahkan ke kawasan Lembah Pantai dan kebanyakannya adalah dari kawasan parlimen Seputeh, tapi tidak pula Nurul Izzah dedahkan berapa pengurangan pengundi di kawasan parlimen tersebut.

Apa pun Nurul perlu bersedia untuk menerima kekalahan pada PRU13 dan diharap beliau dapat menerima kekalahan tersebut dengan hati yang terbuka dan jangan sesekali membuat fitnah yang bukan bukan terhadap Barisan Nasional.

Sangkakala bagi nasihat pun bukan apa, cuma nak menampakkan politik di Malaysia ini adalah politik yang profesional dan bukannya politik fitnah semata mata.


pssttt..berapa profesor bagi masa kat dalam bilik tu? Dengar kata RM 300 kan? Untung le badan..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: