Sabtu, 30 Mac 2013

NURUL IZZAH BERDEPAN DENGAN DUA GERGASI

Kecut perut kali ni Nurul Izzah bila 2 gergasi dalam UMNO akan berganding bahu untuk menentang beliau di Lembah Pantai.

Dua nama besar tersebut ialah Datuk Seri Raja Nong Chik dan juga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang juga menrupakan Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Apa yang membuatkan Nurul Izzah gelisah ialah, selama ini beliau tidak menjalankan tanggungjawab sepertimana yang diperlukan oleh rakyat.

Dengan asyik berceramah disana sini serta melakukan kerja yang tidak memberi manafaat pengundi Lembah Pantai pasti akan menghukum beliau dalam pilihanraya kali ini.

Nurul yang hanya memenangi undi sebanyak 2 ribu lebih berbanding dengan Datuk Seri Shahrizat yang mendapat lebih 15 ribu undi majoriti.

Mana nak pegi? Mau tak mau kena juga bertanding di situ sebab kerusi ditempat lain telah dipenuhkan oleh pakatan pembangkang yang lain.

Nurul Izaah juga dikatakan tidak begitu popular dikalangan penduduk Lembah Pantai hingga ada yang mengatakan bahawa tidak pernah berjumpa dengan beliau selepas PRU12 yang lalu.

Ini adalah amalan biasa yang boleh kita lihat melalui kepimpinan pembangkang, kerana apa? Kerana mereka ini akan menabur janji umpama menabur benih yang tidakkan cambah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: