Isnin, 25 Mac 2013

NI APA HAL MAIN BAKAR2 NI ???

Adoiyaaiii..sekarang dah main bakar bakar lak? Bukan bakar sampah tau tapi bakar bendera.

Macam perangai budak budak la, kalau ye pun kerja budak budak, takkan dah umur bapa budak tak boleh nak tegur kot.

Sangkakala terbaca dalam blog blackpanther yang mengatakan ada kes bakar bendera Barisan Nasional di Lumut.

Buka link dibawah
http://bit.ly/XzErms

Nampaknya Barisan Nasional masih kuat daripada segi politik tanah air, ye lah, parti mana yang banyak berjasa ye tak kalau bukan Barisan Nasional.

Sebab tu juga lah mereka ni bakar bendera Barisan Nasional sebab mungkin risau dengan kemaraan parti kerajaan itu dan kebangkitan jentera Barisan yang begitu kuat di seluruh negara.

Kalau berani bakar la bilik gerakan, jangan bakar bendera, tapi menurut sumber, orang yang membakar ni sudah dikenal pasti, hanya menunggu masa untuk ditangkap.

Jangan bagi sampai kena tangkap dengan orang Barisan Nasional, lunyai nanti kena lanyak, nampak lagi salah orang Barisan Nasional.

Apa apa pun Sangkakala harap agar ahli Barisan Nasional bersabar, jangan buat benda benda bodoh dan takde faedah, kalau kita buat maknanya kita pun sama macam mereka ni.

Mereka dah tentu le bangang jangan kita ikut bodoh pula, kalau jumpa orang yang bakar bendera tu, serah pada polis jangan buat tindakan melulu pulak.

Mereka bakar 1 bendera kita tegakkan lagi 10 bendera, jangan berhenti, mereka dah goyang tu yang sebenarnya bila tengok momentum penyokong Barisan Nasional yang begitu bersemangat kini.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: