Isnin, 2 Jun 2014

SERATUS RIBU UNTUK BELANJA TIGA ORANG ??? TINGGI TU !!!

Banyak betul duit yang digunakan untuk perbelanjaan 3 beranak dalam PKR ni, duit dari mana datang agaknya.


Gaji, elaun dan tuntutan untuk Anwar, Wan Azizah dan Nurul Izzah dikatakan berjmlah lebih dari RM 100 ribu sebulan dan adakah mereka ini memberikan khidmat sepertimana yang mereka perolehi setiap bulan?

Anwar sendiri tidak diketahui bila balik ke Permatang Pauh untuk meninjau kehidupan rakyat serta para pengundi, begitu juga Nurul Izzah di Lembah Pantai dan baru baru ini Wan Azizah memenangi DUN Kajang juga mengulangi perkara sama.

Apakah wang rakyat yang diberikan kepada mereka ini hanya semata mata untuk memberikan mereka peluang untuk berceramah/berpolitik dan sebagainya tetapi tidak memberikan khidmat yang sewajarnya.

Ketiga tiga mereka ini mengatakan bahawa kerajaan Barisan Nasional membazir wang rakyat tetapi sedar ataupun tidak, dengan memberikan elaun dan tuntutan segala bagai kepada mereka ini adalah lebih merugikan.



Tiada ulasan: