Ahad, 29 Jun 2014

AKTIVITI JUDI PUNCA KEKALAHAN DALAM PRU

Baru baru ni Sangkakala bersembang atau berbual dengan seorang rakan dan perbualan kami dah tentu lah berkisar tentang politik tanah air yang dilihat kinibseperti carcamarba atau tidak ketahuan yang mana calon yang begitu banyak kontroversi dan begitu banyak masalah masih lagi memenangi pilihanraya dan calon yang hebat hebat pula dilihat kecundang dalam pemilihan wakil rakyat atau ahli parlimen sesebuah kawasan.

Dalam perbualan kami sedang rancak berjalan, tiba tiba rakan Sangkakala telah menukar topik perbualan daripada politik kepada 'BOOKIE' perjudian dimana menurut rakan Sangkakala, mereka ini sebenarnya yang menentukan kemenangan seseorang wakil rakyat.


Mula mula agak sukar juga Sangkakala menerima apa yang diperkatakan oleh rakan Sangkakala tu, tapi setelah beliau memberikan beberapa sebab dan bagaimana peranan BOOKIE dalam menentukan kemenangan calon Sangkakala rasa ada juga kebenaran daripada apa yang disebutkan oleh rakan Sangkakala tersebut.

Sebagai contoh, rakan Sangkakala mengatakan bahawa jika seorang calon itu daripada BN dan sememangnya diketahui bahawa calon tersebut mampu untuk menang maka ramai yang akan bertaruh dengan mengatakan bahawa calon tersebut akan menang dan BOOKIE pula sudah pasti akan menerima padah jika calon tersebut benar benar menang.

Jadi untuk menidakkan pertaruhan daripada kaki kaki judi ini, maka BOOKIE tadi akan mengarahkan orang orang mereka untuk berkempen bagi memastikan calon berkenaan kalah dalam pilihanraya dan seterusnya memberika kemenangan kepada BOOKIE berkenaan dan si kaki judi ini akan gigit jari.

Setelah kenyataan ini diberikan oleh rakan Sangkalala, Sangkakala teringat pula dengan dua siri pilhanraya, satu di Kajang dan satu di Teluk Intan.

Di Kajang ramai yang mengatakan bahawa Wan Azizah akan kalah memandangkan beliau bukan orang tempatan dan tidak mengetahui selok belok di Kajang mahupun tentang apa juga kejadian di Selangor hinggakan semalam dapat kita lihat apa yang berlaku hingga kawasan sendiri pun tidak dapat dibezakan oleh Wan Azizah.

Namun begitu, dalam orang ramai mengatakan bahawa Wan Azizah akan kalah, tapi beliau menang walaupun kita dapat melihat kawasan tersebut adalah kawasan dimana populasinya adalah dari kaum bukan Melayu dan seorang calon Melayu mampu untuk menang dan ianya mesti bersebab.

Dari apa yang Sangkakala lihat, apabila Wan Azizah diletakkan di Kajang, maka ramai yang menjangkakan Wan Azizah akan kalah kerana faktor beliau berbangsa Melayu sedangkan majoriti pengundi adalah cina dan faktor permasaalahan beliau dan pelbagai lagi.

Oleh kerana pertaruhan dibuat atas kekalahan Wan Azizah meningkat, maka BOOKIE pula terpaksa memainkan peranan untuk memastikan Wan Azizah menang di Kajang dan BOOKIE tidak akan mengalami kekalahan.

Itu juga yang berlaku dalam PRU ke 12 dan 13 yang lalu dan perkara ini akan berterusan. Bukanlah niat Sangkakala mahu mengatakan satu satu bangsa itu gemar berjudi, tetapi seperti yang kita maklum bahawa perjudian ini biasanya.di monopoli oleh kaum cina dan seorang rakan Sangkalala yang berbangsa Cina pernah mengatakan bahawa jika cina tidak berjudi dalam satu hari, ianya boleh disamakan dengan tak makan tengah hari, itulah ibarat yang boleh disamakan diantara mereka dengan perjudian.

Jadi disini Sangkakala rasa pihak kerajaan perlu melakukan sesuatu dengan membuat penyiasatan secara terperinci agar dapat mengekang kegiatan perjudian pilhanraya ini kerana dengan wujudnya elimen perjudian seperti ini, maka ianya akan merosakkan sebuah negara.

Jangan pula jadi macam pembangkang, cerita rasuah memanjang tapi lupa yang beri rasuah ni pun daripada Cina DAP juga dan yang berjudi ni pun rasanya sama je.


Tiada ulasan: