Isnin, 30 Jun 2014

MCA JANGAN JADI DURI DALAM DAGING !! ENAU DALAM BELUKAR !!! @NajibRazak

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden MCA amat mengecewakan Sangkakala dan untuk makluman Presiden MCA atau sesiapa sahaja dalam parti komponen tersebut ialah hati hati dengan kenyataan kerana anda semua sedang diperhatikan.

Maksud diperhatikan disini ialah, jangan sampai kami ahli UMNO pula hilang kepercayaan terhadap MCA yang selama ini selalu membuat kenyataan kenyataan pelik berhubung dengan kerajaan.


Bagi Sangkakala ayat mengkritik tu seolah olah MCA kini berada di pihak pembangkang dan bukan bersama sama dengan kerajaan kerana jika mereka bersama kerajaan sudah pasti ayat yang dikeluarkan ialah menasihati atau memaklumkan tapi bukan mengkritik.

Adakah dengan mengkritik kerajaan maka ianya akan memberi penambah baikan? Dan MCA perlu sedar bahawa yang boleh mengkritik sebenaranya adalah ahli UMNO kepada parti MCA yang dilihat semakin gagal dalam mendapatkan kepercayaan masyarakat cina kepada mereka.

Tambahan pula mereka (MCA) dalam PRU yang lepas dilihat semakin merosot prestasinya dalam memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Jika nak dibandingkan, adakah layak MCA menduduki kerusi Menteri seperti yang diberikan sekarang? Dengan oencapaian yang tidak memberangsangkan adakah mereka sewajarnya diberi mandat untuk menyertai kabinet?

MCA sepatutnya bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk menyertai kabinet dan mewakilinkaum cina di Malaysia walaupun kepimpinan Barisan Nasional tahu bahawa parti tersebut kini semakin lama semakin pupus kepercayaannya.

MCA sepatutnya bekerja bersama sama dengan parti komponen lain dalam memajukan negara serta rakyat dan bukannya mengeluarkan kenyataan angkuh bahawa mereka akan terus mengkritik kerajaan sama seperti mereka tidak menyertai kabinet.

Dua perkara berbeza mengkritik dengan menasihat iaitu, mengkritik boleh kita katakan sebagai menghentam dan menasihat adalah untuk penambah baikan dan kedua dua perkara ini perlu diperhalusi oleh MCA jika mereka masih mahu terus bersama sana dalam Barisan Nasional.



2 ulasan:

panglima perangcyber berkata...

Pedas tapi sedap hehe

polris berkata...

MCA trying to capture the attention of majority Chinese.They want to show that MCA is more critical of the Govt then the DAP on subjects close to the hearts and minds of the Chinese.