Isnin, 23 Jun 2014

KURANG DIDIKAN AGAMA MUNGKIN PUNCA Y.A ZAINUN ALI MENYOKONG GEREJA

Hari ni kita dapat melihat kemenangan berpihak kepada Islam apabila kes kalimah Allah yang cuba digunakan oleh pihak gereja tidak mendapat sokongan daripada 4 dari 7 Hakim yang bersidang di mahkamah Rayuan Putrajaya.

Tapi apa yang menjadi kekecewaan ialah apabila seorang daripada 3 hakim yang menyokong pihak gereja dalam kes tersebut adalah melayu dan kemungkinan juga Islam.


Ada kemungkinan juga hakim ini kurang mendapat didikan agama sehingga beliau tidak tahu dimana kedudukan kalimah Allah dalam agama Islam hingga beliau menyokong kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja.

Sangkakala bukanlah berniat untuk mempertikai kedudukan beliau sebagai seorang hakim, tapi jelas menunjukkan bahawa hakim yang tidak mempunyai sensitiviti dalam hal agama seperti ini tidak layak untuj berada di kerusi tinggi dalam perundangan.

Sudah jelas dalam perlembagaan bahawa agama Islam adalah agama persekutuan dan dalam agama Islam, kalimah Allah adalah kalimah yang paling suci dan jelas juga dalam agama Islam bahawa Allah yang merupakan Tuhan kepada umat Islam tidak boleh disekutukan dengan apa sahaja dimuka bumi atau dengan tuhan bagi agama lain.

Kalau ini tidak diketahui atau tidak diambil kira, adakah layak untuk beliau duduk di kerusi Yang Arif?




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak silap saya, Zainun Ali mendapat pendidikan sekolah menengah di Sultan Ibrahim Girls School, Johor Bahru, sama seperti Zainah Anwar (founder/ahli lembaga Sisters in Islam).Sekiranya di antara mereka ada hubungan persahabatan yang akrab,tidak menghairankan jika mereka memegang kepada pendirian yang sama tentang isu kebebasan beragama dsbnya. Allahua'lam.

Nazaruddin Abdul Razad berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.