Isnin, 2 Jun 2014

JAIS SERBU MAJLIS PERKAHWINAN TAK IKUT SYARAK

Sangkakala rasa hairan sikit dengan masyatakan di Malaysia yang mungkin tidak faham atau tdak mahu faham dengan tatasusila hidup dalam masyarakat berbilang kaum.

Kalau ada sikap toleransi dan faham memahami, Sangkakala yakin dan percaya bahawa tidak ada yang akan melanggar undang undang atau cuba bertindak mengikut kehendak nafsu dan diri semata mata.


Dalam portal Mymetro hari ini ada menyebut tentang serbuan oleh JAIS ke satu majlis perkahwinan yang dilangsungkan mengikut adat hindu.

Apa yang menjadi kekecohan semalam di laman laman sosial adalah, seorang gadis Melayu Islam dikatakan akan menikah dengan seorang lelaki India beragama Hindu dan dengan laporan tersebut,  pihak JAIS telah bertindak melakuka  serbuan

Macam yang Sangkakala katakan tadi, jika ada sikap hormat menghormati diantara kaum di Malaysia, sudah pasti perkara ini tidak akam berlaku.

Umum mengetahui bahawa seorang lelali atau perempuan Islam di Malaysia tidak boleh menukar agamanya kepada agama lain tetapi bagi lelaki atau wanita bukan Islam mereka diberika  kebebasan untuk menukar agama.

Jadi dalam konteks ini, Sangkakala beranggapan bahawa, jika lelaki India yang beragama Hindu seperti laporan diatas memahami konsep ini, maka tidak akan berlaku perkara seperti yang dilaporkan.

Lelaki beragama Hindu terbabit boleh memeluk agama Islam tetapi tidak boleh membawa gadis tersebut memeluk agama Hindu.

Ini bukan negara India la Machaa..ini Malaysia, lu sudah berapa tahun duduk ini negara? Takkan itu macam punya hal pun lu tak tau. Nasib baik semalam JAIS saja mari, kalau lain group mari mesti sudah kecoh punya.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tuan, sila rujuk artikel 11 perlembagaan persekutuan. Muslims can choose their own religion too, tht means they are allowed to convert out of islam.

Tanpa Nama berkata...

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0509&pub=utusan_malaysia&sec=mahkamah&pg=ma_01.htm&arc=hive