Kecoh dalam laman portal milik pakatan rakyat di Selangor tentang penarikan semula apa yang dikatakan 'USUL' oleh UMNO Selangor tentang hudud yang akan dibentang dalam sidang DUN yang aoan bermula esok.
Ada juga portal milik pakatan seperti harakahdaily yang mengatakan bahawa UMNO telah terkeliru dengan usul berkenaan hingga membuatkan UMNO Selangor menarik semula setelah didesak oleh parti komponen kononnya.
Apa yang Sangkalala lihat disini ialah, UMNO sebenarnya mengambil pendekatan menarik balik USUL berkenaan sebab ianya bukanlah USUL sepertimana yang didakwa.
Sepertimana kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Samsudin Lias yang mengatakan bahawa ianya boleh dibuat dalam soalan atau dalam sesi perbahasan dewan dan dengan itu ternyata bahawa apa yang disebut sebagai USUL itu sebenarnya lebih kepada soalan.
"Bahawa Dewan yang mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengkaji kebarangkalian pelaksanaan undang-undang hudud pada masa hadapan di negeri Selangor selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu Islam sebagai agama Persekutuan".
Itu namanya persoalan bukannya USUL dan kalau usul ianya akan berbunyi begini,
"Bahawa Dewan Yang Mulia ini menggesa kerajaan negeri Selangor untuk melaksanakan kajian tentang hukum hudud seperti mana yang akan dibawa oleh kerajaan Kelantan ke Dewan Parlimen selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan perkara 3 iaitu islam sebagai agama Persekutuan".
Dan jika seperti itu barulah boleh dikatakan usul, takkan itu pun tak boleh faham, maksud perkataan dan ayat yang dikeluarkan dan jelas dalam apa yang dikatakan USUL oleh macai PR termasuklah Menteri Besar Selangor yang tak berapa cerdik ada menyebut 'mengkaji KEBARANGKALIAN diulangi KEBARANGKALIAN atau dalam maksud lainnya KEMUNGKINAN pelaksanaan hukum hudud di Selangor.
Dan Menteri Besar Selangor yang tak berapa cerdik ni pulak mengatakan UMNO jangan kelirukan rakyat, apa yang kelirunya? Yang menjadi kekeliruan apabila kerajaan PR seolah olah menunjukkan bahawa mereka telus dalam apa yang dibincangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri.
Sepertimana yang kita ketahui, usul hanya dapat diluluskan sekiranya majoriti ADUN memberikan undi menyatakan sokongan terhadap satu satu usul yang dikemukakan dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Negara.
Tapi jika tiada yang menyokong maka usul tersebut tidak ada nilai untuk dibawa dan dalam kes yang berlaku di Selangor ini, adakah semua ADUN Melayu dan beragama Islam akan menyokong usul tersebut? Jika digabungkan PAS dengan UMNO/BN dalam Dewan Undangan Negeri Selangor cuma ada 28 orang ADUN dan untuk mendapatkan undi bagi meluluskan usul tersebut Dewan memerlukan undi sebanyak 29 orang Ahli Dewan Undangan Negeri.
Persoalannya disini, berapa orang ADUN dari PAS yang berani untuk tampil memberikan sokongan kepada USUL ini?
Apa yang Sangkakala nampak, takkan ada yang berani untuk menyatakan sokongan malah dalam usul menyokong penolakan COMANGO dalam sidang lepas sahaja jelas menunjukkan bahawa ADUN PAS dalam Dewan Undangan Negeri tidak berani untuk menyanggah malah mereka (PAS) mengatakan bahawa usul tersebut tidak perlu dibawa kerana undang undang syariah dinegara ini kuat dan tidak perlu risau dengan kehadiran COMANGO yang cuba membawa budaya songsang ke Malaysia.
Jadi disini, jika UMNO Selangor membawa usul hudud bagi kajian atau pelaksaan, adakah ianya akan dipersetujui dan diberi sokongan?
Hannah Yeoh pula yang sebenarnya bermain tarik tali dalam permainan selamat kerana beliau mengetahui bahawa jika usul tersebut diberikan kebenaran untuk dibahaskan sekalipun, ianya tidak akan membawa kepada kelulusan kerana majoriti ADUN dari DAP dan PKR malah PAS sendiri tidak akan menyokong usul yang cuba dibawa ini.
Jadi untuk itu, tindakan yang diambil oleh UMNO Selangor adalah amat tepat dan kena pada tempatnya apabila akan membawa perkara ini dalam perbahasan dan bukannya usul untuk dibahaskan yang akan membawa kepada ketidak setujuan Ahli Dewan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan