Jumaat, 6 Jun 2014

BERI SARANAN KEPADA PPMI !!! YUSERI YUSOFF ENGGAN MOHON MAAF

Semalam Sangkakala keluarkan dua artikel berkenaan dengan kes porcine babi yang terdapat dalam coklat Cadbury.

Artikel yang pertama telah mendapat respon yang agak memeranjatkan apabila wakil daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah memberikan masa selama 48 jam agar Yuseri Yusoff yang membuat kenyataan didalam akaun facebook milik beliau bahawa PPMI telah meminta sesuatu daripada syarikat Cadbury bagi membersihkan nama syarikat tersebut.


Sheikh Abd Kareem Said telah memberikan komen diruang komentar dalam blog Sangkakala dan seperti kenyataan diatas, beliau memberikan masa 48 jam bagi saudara Yuseri Yusoff membuat kenyataan atau permohonan maaf dan jika gagal berbuat demikian, PPIM kononnya akan mengambil tindakan terhadap beliau.

Mungkin Yuseri Yusoff juga ada membaca komen tersebut dan beliau telah bertindak untuk menaikkan status baharu di laman facebook milik beliau tetapi bukannya kenyataan memohon maaf seperti diminta oleh PPIM malah memberikan saranan kepada persatuan NGO pengguna Islam tersebut.


Nampaknya isu PPIM meminta sesuatu daripada syarikat Cadbury makin panas apabila Yuseri Yusoff mengemukakan pertanyaan sama ada Datuk Nadzim ada membuat kenyataan berbunyi "kami akan pastikan kilang (Cadbury) ditutup, jadikan ianya satu sejarah, biar Cadbury lupus dalam pasaran dunia".

Persoalan ini nampaknya agak berat dan Yuseri Yusoff telah membuat pertanyaan berikut secara terbuka dilaman sosial dan adakah pertanyaan ini akan dijawab oleh pihak PPIM atau ianya akan lenyap begitu sahaja?

Kalau benar sepertimana yang didakwa oleh Yuseri Yusoff tentang kenyataan Datuk Nadzim, Sangkakala sendiri merasakan bahawa tindakan ini adalah amat tidak wajar dan dibuat mengikut emosi semata mata.

Kita perlu tahu bahawa salah satu pemilik saham dalam Cadbury ialah syarikat Bousted yang dimiliki oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan satu lagi ialah Felda Berhad yang mana kedua dua syarikat ini berkepentingan menjaga hak orang Melayu.

Walau apa pun kita kena menunggu jawapan daripada PPIM untuk mengambil tindakan selanjutnya terhadap Yuseri Yusofd atau tidak, dan bagi Sangkakala, Yuseri Yusoff mesti ada sesuatu yang lebih besar akan didedahkan tentang PPIM dan Sangkakala akan memantau perkara ini untuk disebarkan kepada semua pembaca untuk dijadikan pengetahuan.



Tiada ulasan: