Khamis, 12 Jun 2014

#DSIS @ismailsabri60 HARAPAN BARU UNTUK PETANI DAN NELAYAN

Program Jom Bertani peringkat kebangsaan yang dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri di Besut tadi membawa sinar harapan baru kepada para petani, penternak dan nelayan di seluruh negara.

Program yang turut dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu banyak memberikan manafaat kepada para petani, penternak dan nelayan dengan pelbagai bantuan dan inisiatif yang diwujudkan oleh pihak kerajaan kepada golongan tersebut.

Timbalan Perdana Menteri dalam ucapannya memberitahu bahawa pihak FAMA telah memaklumkan kepada beliau bahawa 3 kawasan pasar borong baharu telah dikenal pasti untuk memberikan peluang bagi golongan petani, penternak dan nelayan memasarkan hasil jualan mereka.


Beliau juga mengatakan bahawa sebanyak RM 5 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk program Jom Bertani diseluruh negara dan pelbagai insentif disediakan seperti bantuan kepada nelayan dan penternak.

Dalam ucapan Menteri Pertanian pula, Dato' Sri Ismail Sabri mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana begitu mengambil berat tentang sektor pertanian, penternakan dan penangkapan ikan diseluruh negara.


Sebelum merasmikan program Jom Bertani di Besut, Timbalan Perdana Menteri telah diiringi oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Menteri Besar Terengganu diikuti oleh ahli parlimen Jerteh, exco exco kerajaan Negeri Terengganu dan ADUN ADUN dari beberapa kawasan telah melawat pasar jualan ikan di jeti nelayan Kuala Besut.


Timbalan Perdana Menteri juga disambut dengan penuh meriah di Kampung Nyor Tujuh Besut dimana tempat pelancaran program Jom Bertani berlangsung.




Tiada ulasan: