Sabtu, 7 Jun 2014

PPIM MULA MENGUGUT BLOGGER YUSERI YUSOFF

Sangkakala agak kecewa dengan apa yang dilakukan oleh PPIM dalam menangani tuduhan yang dilemparkan oleh seorang penggiat media sosial yang juga merupakan seorang blogger Yuseri Yusoff tentang satu permintaan yang dikemukakan oleh PPIM terhadap syarikat Cadbury untuk membaik pulih nama syarikat tersebut yang dikaitkan dengan porcine babi dalam coklat keluaran mereka.

Tindakan seolah olah mengugut blogger tersebut dilihat amat tidak bermoral dan PPIM kini Sangkakala sendiri lihat seperti sebuah persatuan kongsi gelap yang akan melakukan ugutan sekiranya mereka merasa tergugat.


Dengan mengatakan "KAMU BERMAIN DENGAN API" Sangkakala melihat seolah olah persatuan ini dinaungi atau dimiliki oleh mereka mereka yang akan menyerang siapa sahaja jika mereka terusik atau tercabar.

Bukan susah sangat nak jawab soalan dari Yuseri Yusoff tu, beliau meminta agar pemimpin PPIM melakukan sumpah mubahalah sekiranya mereka tidak meminta apa apa dari syarikat Cadbury dan bagi Sangkakala ini adalah untuk membuktikan bahawa mereka tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Tapi bila ugutan seperti ini dilakukan oleh PPIM, Sangkakala sendiri pun dah mula rasa tercabar seolah olah PPIM terlalu hebat dan jika PPIM mahu, Sangkakala sendiri pun boleh mengisytiharkan perang melalui media cyber dengan persatuan tersebut kerana mereka tidak berani menyatakan bahawa mereka ada atau tidak mengemukakan tuntutan terhadap Cadbury dan Sangkakala mengambil pendekatan kerana saham Cadbury turut dimiliki oleh Bousted Holding serta Felda Holding berhad dan kedua dua syarikat ini adalah milik bumiputera.

Jadi di sini Sangkakala pula memberikan pilihan sama ada mereka (PPIM) mahu meneruskan peperangan atau mengambil tindakan lain bagi menyelesaikan masalah tersebut.



*sangkakala tunggu jawapan*




Tiada ulasan: