Selasa, 3 Jun 2014

PERKARA YANG TIDAK DIDEDAHKAN OLEH MENTERI TENTANG GST

Sejak kerajaan mengumumkan akan melaksanakan cukai baharu untuk menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan atau SST dengan GST atau cukai barangan dan perkhidmatan, ramai yang telah mula memperkatakan tentang perkara tersebut.

Dan yang paling hebat mengatakan tentang GST ini sudah pastilah puak pembangkang yang cuba untuk menjadi juara rakyat tetapi seringkali membuat perkiraan yang merugikan negara.

Mungkin ramai yang tidak mengetahui apa iti GST dan kini kerajaan terutamanya Kementerian Kewangan sedang giat memberikan penerangan tentang apa itu GST kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tentang GST ini bukan sahaja dipersetujui oleh mereka yang memegang jawatan kerajaan malah ketua umum PKR yang merupakan Ketua Pembangkang juga mengatakan bahawa ianya adalah baik demi keuntungan negara yang akan dikongsikan bersama dengan rakyat dalam negara ini.

Tapi tahukah kita bahawa ada perkara yang tidak diberitahu oleh mereka yang terlibat dalam pemakluman kepada rakyat tentang GST ini dan apa yang Sangkalala nak beritahu disini adalah untuk menjawab apa yang dikatakan oleh pembangkang bahawa GST ini adalah cukai berganda dan akan membebankan rakyat dengan kenaikan harga barang dan sebagainya.

Setiap negara dalam dunia ini tidak dapat mengelak daripada mengalami kenaikan harga barang sama ada GST dilaksanakan atau tidak.

Sepertimana yang pernah diminta oleh Timbalan Menteri Kewangan untuk menunjukkan kepada beliau mana satu negara dalam dunia yang tidak mengalami kenaikan harga barang.

Setiap tahun kenaikan harga barang pasti akan berlaku dan ianya berpunca daripada permintaan yang semakin bertambah dari semasa ke semasa dan juga kebergantungan harga global atau dunia.

Cuma disini ada satu perkara yang Sangkalala rasa tidak didedahkan oleh mereka yang sepatutnya memberikan penerangan tentang kebaikan GST berbanding SST.

Disini Sangkalala akan cerita kan sedikit sebanyak tentang apa yang Sangkalala fahami dan mengatakan bahawa GST itu lebih baik dari SST.

Sejak tahun 1972, rakyat Malaysia sudah mula membayar cukai yang mana cukai ini dikenakan oleh kerajaan kepada pengeluar, pemborong serta peruncit, namun apa yang menyedihkan ialah, cukai ini telah dikenakan pula kepada pembeli oleh mereka yang mengeluar serta membekalkan barangan tersebut.

SST dikenakan sebanyak 10 peratus oleh pengeluar, pemborong dan peruncit kepada pengguna atau pembeli tetapi cukai ini sebenarnya adalah untuk menambah pendapatan mereka disamping keuntungan jualan yang dikenakan.

Kenapa Sangkakala katakan begitu?

Baik, disini Sangkalala nak bagi tau yang mana pengilang mengenakan 10 peratus cukai kepada pemborong, pemborong pula mengenakan 10 peratus kepada peruncit dan peruncit pula mengenakan 10 perarus kepada pengguna.

Disini jika harga barang dari kilang berharga RM 100 maka RM 10 akan ditambah sebagai cukai jualan maka harga kepada pemborong adalah RM 110.

Pemborong pula akan mengenakan 10 peratus cukai daripada barangan yang dibekalkan kepada peruncit dimana jika kos dari kilang berjumlah RM 110 dan pemborong mengambil keuntungan sebanyak RM 40 maka harga tadi akan menjadi RM 150 dan ditambah pula dengan cukai sebanyak 10 peratus iaitu sebanyak RM 15 maka harga yang dikenakan kepada peruncit akan menjadi RM 165.

Disini pemborong telah mengambil keuntungan melalui cukai sebanyak RM 5 kerana hanya RM 10 sahaja yang dibayar kepada pengilang.

Peruncit pula apabila menerima barangan dari pemborong dengan harga RM 165 akan mengambil untung dan disini Sangkakala andaikan mereka mengambil keuntungan sebanyak RM 35 maka harga barangan tersebut akan menjadi RM 200 dan ditambah dengan cukai sebanyak 10 peratus iaitu RM 20 maka harga yang akan dikenakan kepada pengguna adalah sebanyak RM 220.

Disini pula, peruncit telah mengambil keuntungan sebanyak RM 5 daripada cukai yang dikenakan keatas pembeli kerana peruncit hanya membayar RM 15 kepada pemborong.

Cuba kita kira kembali, adakah pengguna membayar cukai sebanyak 10 peratus sepertimana yang dikenakan oleh pemborong kepada peruncit? Jawapannya adalah tidak. Harga barangan tadi asalnya adalah RM 100 dan apabila sampai ke tangan pengguna ianya sudah berjumlah RM 200 maka cukai yang dikenakan adalah RM 20 sama dengan 20 peratus.

Tapi adakah pengilang, pemborong dan peruncit ini membayar cukai yang dikenakan tersebut secara telus kepada kerajaan? Jawapannya juga adalah tidak.

Pengilang, pemborong dan peruncit ini selalunya atau majoritinya akan melarikan cukai yang mereka kenakan terhadap pengguna dengan cara menipu akaun jualan barangan masing masing dimana jika keuntungan mereka pada tahun itu berjumlah 10 juta, maka mereka akan mengatakan bahawa keuntungan mereka pada tahun itu hanyalah sekitar 1 juta dan baki 9 juta lagi akan hilang bersama dengan cukai yang dikenakan kepada pengguna.

Tapi dengan adanya GST, maka pengilang, pemborong dan peruncit ini tidak lagi boleh melarikan cukai yang sepatutnya mereka bayar kepada kerajaan dengan sistem yang telah disediakan melalui pelaksanaan GST.

GST hanya dikenakan sebayak 6 peratus dan ianya tetap dengan harga yang sebegitu tambahan pula hanya 10 peratus barangan yang akan mengalami sedikit kenaikan, dan baki daripada 688 barangan akan mengalami penurunan atau stabil dengan harga sekarang.

Apa keperluan kerajaan melaksanakan GST?

Kerajaan perlu melaksanakan GST memandangkan beberapa perkara dan salah satunya adalag kerana pihak pengeluar dan pembekal barangan kepada pengguna ini tidak telus hingga membuatkan kerajaan terpaksa menanggung beban dalam memberikan subsidi kepada rakyat.

Pembangkang acapkali mengatakan bahawa kerajaan Melaysia berhutang atau membunyai defisit yang tinggi dan mereka menghentam kerajaan dengan mengatakan bahawa kerajaan berbelanja dengan cara tidak berhemah dan boros.

Tapi adakah pembangkang ini sedar bahawa dengan cukai yang dilarikan oleh pengilang, pemborong dan peruncit ini mampu untuk menampung pelbagai pembiayaan kerajaan yang diberikan kepada rakyat seperti subsidi dan sebagainya.

Kerajaan terpaksa menanggung defisit kerana memberikan subsidi bernilai berbilion ringgit setahun tetapi mereka yang sepatutnya membayar cukai bagi menampung perbelanjaan ini, tidak melakukan sepertimana yang sepatutnya.

Kerajaan kehilangan berbillion ringgit apabila mereka yang sepatutnya membayar cukai ini tidak membayar cukai sepertimana yang ditetapkan dan mereka ini amat licik menyamun duit rakyat dengan cara mengenakan cukai kepada pengguna sedangakan kepada kerajaan mereka hanya bayar secebis daripada apa yang mereka perolehi baik dari segi keuntungan mahupun cukai jualan yang dikenakan kepada pengguna.

Atas sebab itu juga kita dapat melihat bahawa rata rata yang marah tentang perlaksanaan GST adalah mereka yang mempunyai perniagaan yang besar kerana mereka yang berniaga dengan pendapatan lebih RM 500 ribu keatas perlu mendaftar dengan pihak Kastam agat mereka dapat nenerima ribet cukai GST.

Dengan adanya GST, setiap daripada pengilang, pemborong dan peruncit ini tidak akan mampu lagi untuk melarikan cukai mereka kerana mereka ini perlu berdaftar bagi membolehkan mereka menerima rebet sebanyak 6 peratus dari kerajaan.

Jadi untuk membolehkan kerajaan mengutip cukai sepertimana yang sepatutnya daripada pengilang, pemborong dan peruncit yang layak dikenakan cukai, maka kerajaan mengambil pendekatan untuk melaksanakan GST dan seterusnya memansuhkan SST yang lebih tinggi nilai bayaran nya dan Sangkakala rasa dengan kejayaan mengutip cukai barangan dan perkidmatan atau GST ini, maka pendapatan negara akan bertambah untuk kemajuan, kebajikan dan keselesaan rakyat Malaysia.



Tiada ulasan: