Ahad, 22 Jun 2014

#DSIS @ismailsabri60 ROAD TO MAHA DI MELAKA MERIAH

Semalam telah diadakan satu program iaitu karnival Road to MAHA yang berlangsung di MITC Melaka bermula semalam hingga ke hari ini.

Beratus buah gerai disediakan di sekitar tapak program yang mengadakan pelbagai jualan produk atau hasil pertanian dari seluruh negeri Melaka.



Program ini berjaya mencuri tumpuan apabila ianya turut dihadiri oleh YAB Perdana Menteri yang dalam rangka lawatan kerja ke Melaka dan beliau sempat menjamah makanan yang disediakan di tapak karnival.


Karnival yang dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Idris Harun dilihat amat berjaya apabila ribuan orang dari sekitar negeri Melaka turut hadir sama dan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani juga turut hadir dalam program tersebut.




Paluan kompang serta pertunjukan tarian tradisional mengiringi majlis peradmian yang dilakukan oleh Ketua Menteri Melaka.



Dalam ucapan YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato Sri Ismail Sabri di majlis perasmian tersebut, beliauada menyatakan beberapa perkara yang seharusnya disambut baik oleh para petani, penternak dan nelayan di seluruh negara antaranya ialah, karnival MAHA kebangsaan kali ini mensasarkan jualan sebanyak RM 20 juta, barangan pertanian akan dieksport ke China melalui Xie An, pembukaan agro bazar di Singapura dan beberapa perkara lagi yang dilihatamat menguntungkan para petani, penternak dan nelayan di Malaysia.


Dalam ucapan perasmian Ketua Menteri Melaka pula beliau mengingatkan kepada para petani agar tidak lupa supaya sentoasa bersyukut kepada Tuhan serta menyentuh bahawa kemiskinan selalu dikaitkan dengan para petani, penternak dan nelayan sedangkan di luar negara, para petani, penternak dan nelayan ini merupakan salah satu sektor yang membuatkan seseorang itu mempunyai kekayaan yang luar biasa, jadi persepsi yang mengatakan bahawa para petani, penternak dan nelayan adalah satu kerja yang tidak menguntungkan haruslah dibuang dari pemikiran kita semua.


Tiada ulasan: