Selasa, 17 Jun 2014

CARA PR MENANGANI ISU WAN AZIZAH DI KAWASAN KAJANG

Semalam sidang DUN Selangor telah bermula dan soalan dari Wan Azizah ADUN kawasan Kajang telah ditolak kerana kononnya tidak mengikut prosedur dalam dewan.



Apa yang peliknya ialah, Hannah Yeoh selaku speaker dewan telah mengatakan bahawa ianya adalah kesilapan beliau kerana tidak memberitahu tentang prosedur soalan mulut dan lisan kepada Wan Azizah.


Kalau nak diikutkan, rasanya semua ADUN perlu mengetahui prosedur dewan kerana ianya telah dimasukkan dalam buku peraturan mesyuarat dan ianya dibekalkan kepada setiap ADUN tidak kira dari pembangkang ataupun kerajaan.

Dalam kes ini Sangkakala melihat bahawa Wan Azizah sengaja melakukan kesilapan agar soalan tersebut tidak dibawa ke dalam dewan yang kemungkinan besar akan merosakkan imej kerajaan negeri dan ada juga kemungkinan soalan tersebut hanya soalan remeh.

Sangkakala juga tidak menolak kemungkinan ini semua dibuat kerana Wan Azizah dilihat tidak mengemukakan soalan yang berkaitan dengan kawasan Kajang dan tidak mengemukakan permasaalahan rakyat dalam kawasan beliau.

Kalau nak dikatakan Wan Azizah tidak tahu tentang prosedur dewan, bagaimana semasa beliau menjadi ahli parlimen serta ketua pembangkang dalam dewan parlimen dulu? Siapa yang menyiapkan soalan dan sebagai satu kumpulan, sudah pasti Wan Azizah atau pegawai beliau mencari sumber rujukan dalam membuat satu satu soalan.

Yang sebenarnya Hannah Yeoh sengaja menjadi kambing hitam untuk menyingkatkan masa persidangan dan dari apa yang Sangkakala tahu, sidang DUN kali ini adalah yang paling singkat masanya kerana tidak banyak soalan yang dikemukakan oleh ADUN kerajaan Selangor sendiri.

Takkan semua kawasan tiada masalah? Dan kalau nak diikutkan 44 orang ADUN kerajaan jika dikalikan dengan 20 soalan setiap seorang ianya sudah menjadi 880 soalan mulut dan bertulis dan itu tidak termasuk lagi soalan tambahan yang dikemukakan dalam mencari pencerahan dan keyakinan.

Kesian rakyat Selangor apabila ADUN (PR) mereka tidak mampu membawa permasaalahan di kawasan masing masing untuk dibincangkan dalam Dewan Undangan Negeri sebaliknya mencari alasan murahan agar mereka tidak dipersalahkan.




Tiada ulasan: