Khamis, 29 November 2012
UCAPAN MENYOKONG DASAR PRESIDEN UMNO PAU 2012'
YBbhg Tan Sri Pengerusi Tetap, YAB Presiden, YAB Presiden, YB Naib Naib Presiden, YAB Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Ahli Majlis Kerja Tertinggi, sidang perwakilan dan pemerhati yang saya hormati sekalian.
YBhg Tan Sri Pengerusi Tetap,
Saya Khairul Azwan Harun, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak mewakili Badan Perhubungan UMNO Negeri mengambil tempat untuk Perbahasan saya akan menjuruskan kepada dua intipati pokok iaitu kesinambungan kepimpinan melalui pembentukan zuriat UMNO dan kedua istiqamah dalam melaksanakan plan transformasi.
Para perwakilan,ayat yang saya bacakan tadi merupakan doa Nabi Allah Zakaria dari surah Ali Imran ayat 38, yang bermaksud “ Ya Tuhan ku, kurniakanlah kepada ku ari sisi MU zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar doa permohonan”.
Sidang perwakilan,
Ayat Allah ini, secara jelas memperlihatkan peri pentingnya zuriat keturunan yang baik. Dalam konteks parti keramat ini, sudah tiba masa, waktu dan ketika bagi kita melahirkan zuriat UMNO yang punya kualiti untuk memastikan kelangsungan kuasa politik terus berada ditangan kita. Manifestasi kepada ayat ini sekiranya kita takwilkan membawa kepada maksud kita mahukan zuriat yang baik. Justeru itu, kita perlu berusaha melahirkan dan merangka pendekatan yang tersusun bagi melaksanakan proses peremajaan dan peralihan generasi dalam parti.
Oleh yang demikian, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendapat kesinambungan kepimpinan adalah merupakan pra syarat kelangsungan kuasa politik. Bagi maksud itu, UMNO Perak ingin mencadangkan agar parti secara tersusun melaksanakan program “Political Internship”. Melalui program ini, dicadangkan kita menempatkan generasi pelapis khususnya pemimpin pemimpin mahasiswa dan pertubuhan pertubuhan generasi muda di Pusat Pusat Khidmat Wakil Rakyat dan parti. Mereka yang terlibat, perlu kita dedahkan kepada program program parti, disamping memberikan ruang kepada mereka untuk menterjemahkan idealisma yang mereka junjung dalam bentuk program, sesuai dengan hasrat dan kehendak kontemporari mereka.
Proses peremajaan parti ini, tidak seharusnya terhenti dengan terlaksananya program, “Internship” tersebut. Sebaliknya, pada masa yang sama, UMNO perlu melahirkan lebih banyak zuriat yang akan mewarisi parti keramat ini.
Zuriat UMNO yang mahu kita lahirkan ini, mestilah mempunyai ciri ciri :
Pertama : taat dan setia
Kita ingin melahirkan zuriat yang sentiasa meletakkan perjuangan serta matlamat parti mengatasi kepentingan kepentingan lain pada sepanjang masa menggalas nama UMNO di pundak mereka. Peremajaan dan peralihan generasi yang kita harapkan mekar dan subur didalam UMNO akan memadamkan atau melenyapkan sifat sifat individualistik dan unsur-unsur pensabotaj perjuangan.
Kita mahu membentuk generasi yang taat dan setianya tertumpah sepenuhnya kepada perjuangan parti dan akur terhadap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan. Dalam konteks negara, zuriat UMNO yang taat dan setia ini akan sentiasa menjunjung institusi penting negara. Raja – Raja Melayu akan tetap dipertahankan, Islam didaulatkan, keamanan dikekalkan dan perpaduan disuburkan.
Ciri ketaatan dan kesetiaan ini penting kerana, jika kita lihat pihak disebelah sana benih ketaatan dan kesetian yang ditanam bukanlah perjuangan untuk mengangkat citra agama bangsa dan negara. Sebaliknya, puak puak ini membentuk generasi yang patuh membuta tuli kepada pemimpin yang ingin merosakkan keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Kita lihat bagaimana, orang yang bermimpi untuk menduduki kerusi Perdana Menteri di Putrajaya yang telah dilabelkan oleh YAB Timbalan Presiden sebagai pengkhianat dan dictator, ditaati oleh para pengikutnya walaupun sudah terang lagi bersuluh pemimpin ini cela moralnya.
Pengikut pengikutnya juga, diasuh, diajar dan ditanamkan dengan sifat sifat penderhakaan apabila institusi raja dihina, institusi islam diperlekeh dan perlembagaan negara dinoda atau diliwat.
Ciri kedua zuriat UMNO yang mahu kita lahirkan ialah generasi yang mesra islah. Dalam konteks ini, zuriat UMNO harus sentiasa bersedia bukan sahaja menerima perubahan atau islah, tetapi jauh lebih penting punya deria untuk menghidu dan memahami kehendak perubahan itu sendiri. Makna nya, mereka mampu melangkah setapak lebih kehadapan daripada tuntutan semasa. Mereka juga, akan sentiasa bersedia untuk mencari pendekatan pendekatan diluar kotak kebiasaan bagi memenuhi serta melonjakkan perubahan.
Perubahan yang akan dibawa akan lebih memperkukuhkan lagi apa yang kita capai pada hari ini. Sebagai contoh, program transformasi yang dibawa oleh YAB Presiden merupakan satu pembuktian bagaimana kepimpinan sekarang memahami tuntutan perubahan semasa.
Untuk itu, bagi memastikan transformasi ini berjaya, kita harus melahirkan generasi yang sentiasa mendambakan atau sentiasa dahaga kepada pendekatan pendekatan baru untuk menjamin kelangsungan perjuangan parti dan bangsa.
Barang sudah tentu, perubahan ini, bukanlah sifatnya reformasi. Yang kita laksanakan adalah transformasi. Kalau ikutkan perubahan itu dari kacamata reformasi maka lahirlah generasi demonstran, generasi perusuh, generasi yang sudah hilang tatasusila hingga sanggup melondehkan seluar dan menunjukkan bontotnya.
Dari kacamata reformasi yang dipelopori oleh puak puak pembangkang ini juga telah menyaksikan bagaimana keamanan kita terancam. Kerukunan hidup masyarakat mula luntur dan terbentuknya generasi yang sudah tidak lagi melihat kepada hakikat, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada fitnah, khabar angin dan persepsi.
Untuk itu, Y.Bhg. Tan Sri Pengerusi, marilah kita bersama – sama bermula diperingkat cawangan, bahagian, negeri dan diperingkat pusat, membuka ruang seluas luas nya kepada suara perubahan agar dapat kita depani harapan serta hasrat generasi yang bakal mewarisi susur galur perjuangan ini. Kita tidak mahu keengganan kita menerapkan islah akhirnya akan menjadikan parti kita eksklusif sifatnya dan jumud pendekatannya.
Insyaallah, generasi yang sentiasa mendukung agenda perubahan ini akan membentuk budaya baru dalam UMNO. Mereka akan menjadi golongan yang tahu dimana pintu masuknya dan dimana pintu keluarnya. Mereka akan sentiasa memahami isyarat isyarat yang diberikan oleh akar umbi dan rakyat. Ini seterusnya akan menjadikan proses peralihan dalam parti sebagai satu tradisi.
Para perwakilan sekalian,
Ciri Ketiga zuriat UMNO yang perlu kita lahirkan ialah mensyukuri nikmat. Malah ciri ini juga perlu disemai dikalangan generasi muda diluar daripada lingkungan parti. Untuk itu, UMNO harus menjadi peneraju kepada pembentukan generasi yang sentiasa meletakkan konsep syukur sebagai satu cara hidup. Ianya sesuai dengan sabda baginda Rasullullah SAW dari Nuqman bin Bashir RA yang menyebut “sesiapa yang tidak bersyukur dengan sedikit, nescaya tidak akan bersyukur pada yang banyak, sesiapa yang tidak bersyukur kepada manusia nescaya tidak bersyukur kepada Allah”.
Saudara saudari perwakilan, sejak lebih lima dekad begitu banyak nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT melalui kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional. Nikmat kemerdekaan adalah merupakan nikmat terbesar yang diperjuangkan oleh UMNO bersama pertubuhan – pertubuhan yang lain. Ulama nya, golongan nasionalis nya, golongan agama nya dan seluruh rakyat jelata. Begitu juga dengan nikmat pembangunan, daripada sebuah negara pertanian, kini kita muncul sebagai sebuah negara perindustrian, daripada kemunduran kepada kemajuan, daripada buta huruf kepada celik huruf.
Nikmat ini, tidak hanya berlegar dikalangan orang UMNO sahaja. Melayu, cina, india, iban, kadazan, dusun, penyokong dan penentang, semuanya mengecapi nikmat tersebut.
Alhamdulillah, kalangan orang UMNO dan Barisan Nasional sentiasa mensyukuri nikmat ini. Dengan sebab itu, ciri mensyukuri nikmat harus ditanamkan kepada setiap jiwa zuriat UMNO yang akan kita lahirkan.
Malangnya..........malangnya hari ini, apa yang diajar oleh puak puak pembangkang ialah amalan diluar tabie’ iaitu tidak perlu berterima kasih dan tidak perlu bersyukur. Hasilnya, seperti yang dapat kita lihat gerakan mereka untuk menggalakkan anak anak muda tidak perlu membayar hutang seperti PTPTN sebagai contoh. Memenuhi jalan jalanraya sehingga merosakkan harta benda awam, mencederakan pasukan keselamatan, menabur pasir dalam periuk peniaga peniaga kecil. Ini semua adalah bukti bukti nyata didepan mata kita bagaimana mereka tidak mensyukuri nikmat keamanan dinegara yang bertuah ini.
Mereka tidak bersyukur dengan apa yang mereka kecapi hari ini, mereka seolah olah mahu memadamkan sejarah dengan menafikan sumbangan dan jasa yang telah ditabur oleh UMNO dan Barisan Nasional. Inilah wajah hodoh, generasi yang bakal dibentuk oleh pembangkang sekiranya kita membenarkan mereka melangkahkan kaki ke Putrajaya.
Sementara kita ingin melahirkan generasi yang bersyukur pada masa yang sama, kita yang berada disini pada hari ini perlu juga menghayati dan menterjemahkan konsep syukur dalam gerakan kepartian kita. Jangan nanti, kita tidak ubah seperti ketam mengajar anak berjalan lurus.
Saudara saudari perwakilan,
Dengan ciri ciri zuriat UMNO yang mahu kita lahirkan itu, ia akan mewujudkan budaya Istiqamah dalam perjuangan. Yakni satu gerombolan atau satu pasukan yang tidak akan berpaling daripada perjuangan dalam apa jua keadaan sekali pun.
Terbentuknya, tamadun tamadun hebat dunia, adalah kerana wujudnya ramai pejuang pejuang yang sentiasa istiqamah dalam gerakan mereka. Istiqamah ini penting, kerana ia merupakan penyatuan hati, lisan dan perbuatan. Apa yang ada di hati, apa yang diungkapkan oleh lidah dan apa yang dikerjakan, bergerak sederap dan senada.
Istiqamah juga, akan menjamin gagasan besar yang dirangka mencapai kejayaan.
Dalam konteks hari ini, setiap daripada kita, baik yang berada didalam dewan ini mahupun mereka yang berada diluar sana, terus beristiqamah dalam melaksanakan transformasi yang telah digariskan oleh pucuk pimpinan. Transformasi ini, adalah terjemahan daripada denyut nadi rakyat. Transformasi ini, adalah manifestasi yang disuarakan oleh rakyat dan transformasi ini adalah agenda besar untuk masa depan rakyat yang lebih gemilang.
YAB Presiden, yakin dan percayalah, walau apa yang difitnah oleh pembangkang, walau apa yang diumpat oleh pembangkang, itu sebenarnya mengambarkan kegentaran mereka kepada sentuhan sentuhan yang telah dilaksanakan oleh YAB Dato Seri dan kerajaan Barisan Nasional.
Begitu juga dalam konteks kami dinegeri Perak, pelbagai serangan dibuat oleh pembangkang terhadap kepimpinan negeri, dengan bermacam macam tuduhan, kononnya UMNO sudah tidak relevan lagi, UMNO tidak punya masa depan, tetapi hakikatnya, mereka takut kerana hari ini, UMNO dan Barisan Nasional sudah didakap semula oleh rakyat hasil sentuhan pemimpin yang tidak pernah putus putus menyelesaikan masalah masalah yang dihadapi oleh mereka.
Y.Bhg Tan Sri Pengerusi Tetap,
Akhirul kalam, dengan zuriat UMNO yang taat setia, dengan zuriat UMNO yang sentiasa menerima perubahan atau islah dan dengan zuriat UMNO yang sentiasa mensyukuri nikmat, insyaallah kita akan terus istiqamah dalam perjuangan ini demi memastikan UMNO dan Barisan Nasional, mencapai kejayaan yang cemerlang pada Pilihanraya Umum yang ke 13 nanti.
Ayat Quran ; Surah Ali Imran ayat 139
Yang bermaksud “janganlah kamu merasa lemah dan janganlah kamu berduka cita, padahal kamulah orang orang yang tertinggi mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan jika kamu orang orang yang beriman.
Dengan peringatan Allah itu, Y.Bhg. Tan Sri, Perak mohon menyokong.
Rabu, 28 November 2012
MAHFUZ OMAR DEDAHKAN AIB PAS
Kenyataan ini berikutan tindakan Tun Mahathir yang menyalahkan Tun Abdullah sebagai pemimpin yang merosakkan UMNO.
Bagai mana pula dengan PAS Mahfuz woi, bukan ke Hasan Ali tu orang PAS yang infin menegakkan kebenaran di Selangor hingga dipecat dari semua jawatan yang beliau sandang?
UMNO menempelak pemimpin UMNO dengan tanpa dipengaruhi oleh mana mana pihak, tidak seperti PAS yang mengikut telunjuk DAP dalam kes yang melibaykan Hasan Ali.
Bukan hanya Hasan Ali, ramai lagi pemimpin PAS yang menjadi mannhsa ketidak adilan setelah mengeluatkan kenyataan kenyataan yang mengguris hati DAP sebagai gabungan kesayangan parti tersebut.
Nik Aziz sendiri pernah menempelak Hadi Awang apabila presiden parti itu mengatakan bahawa PAS akan berkerjasama dengan UMNO demi kepentingan bangsa Melayu dan Agama Islam.
Bukankah itu juga menikam kawan namanya?
Mahfuz mungkin tidak sedar dengan apa yang dikatakan oleh beliau hanyalah menbuka aib PAS.
Isnin, 26 November 2012
MELAYU PELUPA TERLUPA ATAU SAJA LUPA
Menurut arwah, semasa zaman pemerintahan Jepun dan komunis dulu, anak melayu berani bergadai nyawa untuk memerangi mereka agar negara ini mencapai kemerdekaan dan seterusnya kita semua dapat merasa kenikmatan hidup secara aman dan damai hingga kini.
Pengorbanan demi pengorbanan di lakukan oleh anak anak melayu hingga ada yang terkorban semata mata untuk melihat negara ini aman dan makmur.
Namun begitu, masihkah ada semangat kepahlawanan melayu dan darah paanglima mengalir dalam batang tubuh anak anak melayu kini?
Sangkakala melihat, anak melayu kini lebih sanggup untuk mengikut telunjuk cina DAP yang dahulunya menjadi musuh ketat orang melayu kerana dipercayai mereka ini komunis.
klik gambar |
Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa itu hanya filem, tapi cuba hayati lagu tersebut, lagu yang penuh dengan makna menyeru anak melayu mempertahankan negara yang tercinta ini.
Adakah anda semua mahu melihat kejadian seperti 13 mei 1969 tercetus kembali?
Adakah anda semua mahu melihat cina DAP memengang penyapu lidi yang memberi simbolik untuk mengusir melayu dari bumi melayu ini?
Adakah anda semua sanggup mendengar di sekitar jalan raya perkataan 'Malaysi" yang membawa maksud 'Mati Melayu'?
Hari ini kita lihat cina DAP sudah memainkan isu kemelayuan dan terus menghasut melayu untuk membenci melayu dan yang palin menyedihkan pula ialah, ada juga melayu yang menjadi talibarut cina DAP ini semata mata untuk meraih jawatan yang sudah lama diidamkan.
Berapa lama melayu seperti ini akan berkuasa? melainkan satu masa nanti meraka sendiri akan dimusnahkan oleh cina DAP yang disokong oleh mereka pada masa kini.
klik gambar |
Anda sudah tonton filem tersebut? nampak bagaimana kekejaman mereka terhadap melayu? Adakah ini yang menjadi kebanggaan pembangkang kini?
Adakah mereka ini yang dikatakan oleh Mat Sabu sebagaai pejuang? Hinggakan Karpal Singh dan DAP beriya iya untuk membawa balik Chin Peng ke Malaysia? Bukankah mereka (PKM) ini telah banyak memusnahkan keluarga dengan membunuh orang orang kampung?
Bukan itu sahaja, mereka juga bertindak merogol anak anak dara orang melayu kerana kerakusan mereka untuk memerintah.
Inilah yang telah dilakukan oleh cina yang sememangnya benci dan marah pada orang melayu, walau pun bukan semua cina begitu, tapi kita harus ingat, sebagai melayu dan sebagai anak melayu, kita yang sepatutnya mempertahankan tanah air ini.
Jangan kita harap pada bangsa lain untuk mempertahankan negara ini kerana jika tidak kita siapa? Jika tidak kini bila? Jika tidak disini dimana?
Bangunlah wahai anak melayu, sedarlah, jangan sampai kita merempat di negara kita sendiri, pertahankan apa yang telah ditinggalkan oleh nenek moyang kita dan ingatlah bahawa perjuangaan mereka nanti akan menjadi sia sia jika kita sendiri terpaksa mengemis dalam negara kita sendiri.
klik gambar |
Ahad, 25 November 2012
PWTC LENGANG TAKDE ORANG TANDA LYNAS SELAMAT
Ada yang mengatakan bahawa puak puak antilynas nak berdemo dan berhasrat untuk meletakkan sticker ABU (Asalkan Bukan UMNO) pada Sangsaka Bangsa iaitu bendera UMNO yang terletak disini.
Mana pulak perginya puak puak antilynas ni? Takkan baru diwar warkan bahawa kedatangan mereka akan disambut oleh pergerakan pemuda UMNO yang bersedia menerima kehadiran mereka disini.
Nampaknya puak puak antilynas yang diterajui oleh pembangkang memang suka melanggar undang undang dan perintah mahkamah.
Mahkamah telah memerintahkan dan memberi kebenaran untuk Lynas iaitu kilang nadir bumi ini beroperasi, apa lagi yang tak puas hati puak puak ni?
Sudah sudah la ikut telunjuk puak Pakatan Haram tu, susah susah nak bejalan jauh jauh hanya sebab kononnya Lynas tak selamat adalah tindakan bodoh.
Perlu diingat, dalam PAS ada seorang Doktor iaitu Dr Che Rosli yang pakar dalam bidang Nuklear dan beliau tak berani untuk keluarkan apa apa kenyataan pun yang mengatakan bahawa Lynas tidak selamat untuk beroperasi.
Untuk makluman pembaca semua, Sangkakala ada menerima maklumat yang boleh dikatakan berupa fakta jika diteliti dengan betul.
Mengikut kata sahabat Sangkakala yang tidak mahu namanya disebut ini, Malaysia dikhuatiri akan memiliki sebuah loji Nuklear dan akan menjadi kuasa besar dalam negara negara ASEAN, dan kuasa ini amat dikhuatiri oleh Singapura yang memang mahu menghancurkan politik Malaysia supaya mereka boleh menakluki serta merampas kekayaan negara ini.
Mereka ini dikepalai oleh PAP yang menjadi Ikon kepada DAP, perlu kita imbas kembali apabila ada kedutaan Singapura hadir semasa himpunan BERSIH baru baru ini untuk memantau keberkesanan strategi yang mereka cipta dan direalisasikan oleh penyokong penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Melayu yang tidak tahu agenda sebenar disebalik semua kisah ini.
Perlu juga kita kaji bahawa, negara islam yang mempunyai tenaga nuklear hanyalah Iran dan Pakistan dan ini juga ditakuti oleh dunia jika Malaysia juga menjadi negara yang mempunyai kuasa nuklear, pada halnya Lynas bukanlah untuk menghasilkan nuklear untuk dijadikan senjata.
Melayu melayu yang meyokong antilynas mungkin tidak sedar akan kemajuan yang bakal dikecapi sekiranya Lynas ini b eroperasi, ramai anak anak muda yang akan mendapat peluang pekerjaan dan taraf ekonomi penduduk sekitar Gebeng dapat dinaikkan.
Semua ini adalah agenda politik dari pembangkang dan sekali lagi dimaklumkan bahawa ianya kemungkinan adalah dari hasutan PAP Singapura.
Melayu melayu yang menyokong antilynas perlu fikirkan juga kemajuan dan masa depan anak bangsa, jika semua yang dilakukan oleh kerajaan semuanya dipandang serong apakah kemajuan yang akan kita kecapi selepas ini?
Fikir fikirkanlah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 24 November 2012
BETUL KE MAZLAN ALIMAN PAKAI ABBY ABADI
Apa juga yang didedahkan oleh blogger atau pengikut Barisan Nasional atau pun UMNO semuanya fitnah bagi mereka.
Tapi tajuk diatas tu memang betul, Mazlan Aliman pakai Abby Abady semata mata untuk menambah kehadiran dalam usaha beliau untuk menjatuhkan FELDA.
Semua orang tau Abby bukan anak FELDA pun, tapi kenapa beriya iya turun sekali untuk protes padal FELDA?
Tak sedar sedar lagi makjan sekor ni, tak malu ke bila anak anak FELDA sendiri ramai yang tak mahu mengikut telunjuk si Mazlan ni untuk menjatuhkan sebuah Agensi yang telah banyak membantu mereka.
Sudah sudah le tu Abby, takut nanti banyak sangat menabur budi sampai bertabur sekali dengan body, jadikan kisah kisah sebelum ini sebagai tauladan, kes gerabak keretapi, kes motivasi pukul 2 pagi, kes Mat Sabu, kes kat bilik hotel kat Pudu.
Takkan tak nampak semua tu? Atau memang suka sebab dah gersang agaknya.
HAIRIE OTHMAN MARAH PADA PAS
Mungkin ke Hairie sekarang rasa PAS yang diagung agungkan oleh beliau sudah menampakkan belang mereka?
Dengan berdoa meminta bala kepada orang Islam yang lain Hairie dah mula rasa pelik agaknya.
Kesian pulak Sangkakala tengok si Hairie ni, baru je rasa nak taubat, tetiba dah jadi macam ni pulak.
Lain kali bro pilih dulu mana nak ikut bro, jangan melulu je.
KEMATIAN NGERI AHLI PAS
Ada disebut bahawa mengingati mati itu adalah wajib, namun kalau pura pura mati macam mana pula?
Berlakon seolah olah mati akibat kekejaman yang mana ianya mungkin akan menjadikan satu rusuhan rasanya adalah satu dosa dan ianya sama juga seperti dosa memfitnah.
Gambar dibawah menunjukkan seorang pemfitnah dari kalangan orang PAS yang sanggup berlakon seolah olah meninggal untuk mencetuskan huru hara.
Taubat le pakcik ye, nanti masa betul betul dah mati jangan berlakon hidup pulak sebab takut kena soal dengan malaikat.
PAS SONGLAP DUIT RAKYAT
Tapi cuba kita bayangkan balik sekiranya duit tersebut di sumbangkan untuk kegunaan atau
membantu saudara Islam kita di Palestin, kan lebih baik?
PAS membuat kutipan di setiap lokasi mereka berceramah, namun kemanakah duit yang disumbangkan melalui tong tong milo yang dibawa oleh si tukang kutip?
Adakah ianya digunakan kejalan yang sepatutnya? Adakah ianya digunakan ke jalan Allah?
Atau ianya digunakan untuk kepentingan parti yang haloba untuk menjadi pemerintah?
Sama sama kita fikirkan dimanakah kedudukan PAS yang sebenarnya, adakah mereka ini benar benar menegakkan Islam hingga sanggup mendoakan kecelakaan bagi umat islam yang lain?
Fikir fikirkan lah.
Jumaat, 23 November 2012
STAFF MAXIS KURANG AJAR
Untuk bertanyakan masalah tersebut, Sangkakala telah menghubungi no telefon bebas tol 1-300 820 120 dan seperti biasa, ada awek komputer yang sambut dengan suara yang merdu, sejuk juga hati dengar suara mcm tu.
Namun panggilan awek komputer ni biasa la, makan masa sikit sebab lembab bercakap lepas tu siap ada iklan lagi, dah ambil masa lebih kurang 2 minit.
Panggilan Sangkakala telah disambungkan kepada pegawai perkhidmatan dan disini yang tak memuaskan hati Sangkakala.
Bukan Sangkakala tak suka jika pegawai lelaki menjawab panggilan tersebut, namun cara pegawai khidmat pelanggan memang melampau, dengan tidak memperkenalkan diri, beliau telah bertanya apa masalah yang Sangkakala hadapi.
Sangkakala memulakan perbualan dengan beliau dengan bertanyakan bila masalah prepaid broadband boleh diselesaikan.
Namun apa yang terjadi ialah, pegawai tersebut terus memutuskan panggilan telefon Sangkakala, wahh..ini sudah lebih ni, satu syarikat besar boleh pulak menggajikan pegawai yang semacam ini.
Kalau tak silap Sangkakala panggilan tersebut dikatakan akan direkod untuk rujukan pihak Maxis.
Lagi satu Sangkakala dapat tahu bahawa setiap nombor talian bebas tol 1-800 atau 1-300 bernaung dibawah Customer Relationship Management & Contact Centre Association Malaysia atau CCAM.
Tugas CCAM pula dikatakan memberikan khidmat nasihat cara cara melayan pelanggan kepada pegawai pegawai yang berkerja di sektor tersebut.
Harapan Sangkakala ialah CCAM buat sedikit penyelidikan kepada pegawai pegawai yang bakal diberikan tugas kerana tugas tugas mereka ini sentiasa dengan pelanggan yang bermasalah.
Harap dapat diberikan perhatian sepenuhnya dari pihak CCAM
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
RAFIZI DAH MULA RISAU
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Datuk Ghazali Cha.
Rafizi didakwa di bawah Bafia awal tahun ini kerana didakwa mendedahkan maklumat akaun perbankan penting yang berkaitan dengan NFC dan juga pengerusinya, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.
Walaupun membuat keputusan tersebut, Hakim Ghazali bagaimanapun membenarkan penangguhan prosiding di Mahkamah Sesyen sementara menunggu rayuan.
Haahaa..mesti anak ikan ni dah mula risau, kalau dulu banyak kes yang melibatkan pembangkang mendapat pelapasan, kini tidak lagi apabila kes kes mereka didapati relevan untuk di buat pendakwaan.
Dah mula risau anak ikan ni kot sekarang, kalau kes sangkut, harapan untuk menjadi calon akan berkubur begitu sahaja.
Khamis, 22 November 2012
PAS TAK LAYAK PAKAI NAMA ISLAM
Mereka yang bernaung di bawah pertubuhan bukan kerajaan, Minda Pondok turut membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Kelantan itu kerana mendakwa kenyataannya bukan sahaja bercanggah dengan Islam malah merosakkan akidah ummah.
Sah kini PAS telah lari dari landasan agama islam yang sebenar, dengan mendoakan kehancuran dan musiabah kepada sesama islam, adakah itu pegangan PAS selama ini?
Islam menggalakkan supaya umatnya mendoakan kesejahteraan serta kebaikan kepada seluruh umat di islam di seluruh dunia, namun PAS tidak sama sekali berbuat begitu.
Kenapa PAS tidak mendoakan kehancuran kepada rejim zionis yang kini sedang menzalimi rakyat Palestin, adakah kerana kenyataan Anwar Ibrahim bahawa bahawa beliau menyokong Israel kerana mempertahankan diri kononnya.
Jadi disini kita semua dapat membezakan siapa atau apa itu PAS dan parti tersebut tidak sama sekali layak untuk menggunakan perkataan Islam dalam parti mereka.
MP BANGANG DALAM PAS
Data berkenaan kemudiannya menjadi modal perbahasan Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) yang berkata jumlah tersebut menunjukkan kegagalan penggunaan kamera untuk mengelak kemalangan.
Cuba kita kaji semua apa yang Datuk Abu Seman sebutkan tu, kan ke beliau kata saman tersebut dari tahun 1996, kenapa itu pun jadi persoalan kepada Mahfuz?
Yang Mahfuz cerita pasal kamera segala bagai tu buat apa? Cuba Mahfuz berikan pandangan serta idea bagaimana cara untuk mengurangkan kadar kemalangan dalam negara, bukankah itu lebih baik dan menunjukkan bahawa mereka mengambil berat tentang rakyat.
Rabu, 21 November 2012
RAFIZI LAPOR ZURAIDAH KE SPRM
Rafizi juga dikatakan akan berangkat ke Hong Kong bagi memohon ICAC membuka kertas siasatan tersebut.
Rafizi berkata bahawa beliau akan mengemukakan bukti termasuk laporan media berhubung kenyataan pemimpin BN tersebut berhubung dakwaan berkenaan kepada ICAC.
Bro, kenapa tak lapor pada SPRM tentang kekayaan Zuraidah 'mak lampir' yang di keluarkan oleh blogger baru baru ini.
Yang beriya sangat nak campurkan ICAC tu buat apa bro? Macam le Malaysia ni takde pihak berkuasa.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Isnin, 19 November 2012
MB SELANGOR BERDOLAK DALIK
Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa kelulusan kondominium setinggi 29 tingkat di batu Cave diberi kelulusan semasa barisan Nasional memerintah negeri Selangor, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Selayang, Datuk Zainal Abidin A'ala diarahkan bertukar ke Institut Tadbiran Awam negara (INTAN).
Menurut kata kerajaan negeri, pertukaran tersebut dibuat oleh kerajaan pusat ekoran dari kenyataan tersebut.
Jelas menteri Besar dan kerajaan Selangor berdolak dalik dalam isu ini, kerana pada hari ini, Menteri Besar Selangor menjelaskan, cadangannya kepada pegawai penjawatan dari pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri itu adalah untuk memastikan kesinambungan dalam pengurusan sumber manusia untuk pegawai kerajaan yang berkhidmat di Selangor.
Jadi bukanlah kerana kerajaan pusat atau Barisan Nasional yang mengarahkan Datuk Zainal bertukar bahkan ianya adalah daripada permintaan kerajaan negeri sendiri.
Kenapa isu ini pun kerajaan Selangor masih nak simpan dan memutar belitkan situasi dengan menunding jari kepada kerajaan barisan Nasional?
HADI KATA AZIZAN TAK IKUT CARA RASULULLAH
Memetik ucapan penggulungan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang semasa muktamar PAS ke 58, beliau ada mengatakan bahawa Menteri Besar Kedah tidak mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah.
Apa dah jadi ngan Hadi Awang ni? Bukankah kenyataan begitu akan memalukan seorang pemimpin yang digelar sebagai ustaz?
Hadi berkata:" Saya tidak mahu menjadi seperti Ustaz Azizan (Abdul Razak), dia tahu saya suka memancing. Saya pergi Kedah, dia ajak saya memancing di laut, sebelum pergi, dia minta anak buah dia tumbuk rempah siap-siap nak masak ikan jenahak," katanya yang iringi gelak ketawa hadirin
"(Tetapi) pergi ke laut boleh ikan belukang... Belum apa-apa lagi dah tumbuk rempah... Dan kita perlu mengikut apa yang diajar oleh Nabi SAW," katanya.
Tidakkah Hadi merasakan bahawa apa yang diakatakan oleh beliau itu memalukan Azizan yang menjadi ketua di negeri Kedah?
Kalau dah pemimpin sendiri pun Hadi sanggup malukan, apatah lagi orang lain. Bukankah mengaibkan orang itu juga satu dosa?
Hadi perlu minta ampun dengan Azizan, mungkin Azizan boleh tersenyum namun dalam hati beliau siapa yang tahu.
CETEKNYA FIKIRAN HADI AWANG
Sangkakala terbaca dalam portal Malaysiakini malam tadi, dalam artikel yang bertajuk (Hadi bidas Dr M isu 'hudud untuk semua') jelas menunjukkan bahawa Presiden PAS itu bukanlah secerdik yang disangka oleh para pengikut parti itu.
Ini jelas sekali apa bila beliau mengatakan bahawa "Orang minum arak kena hukum, itu hukum hudud. Tapi tak hukum orang bukan Islam, sebab ia dibenarkan dalam agama dia,".
Adakah hudud itu hanya berkisar tentang minum arak?
Apa yang Sangkakala faham tentang apa yang diperkatakan oleh Tun Mahathir ialah bagi kesalahan jenayah, contohnya jika seseorang itu mencuri, dan adakah mencuri itu dibenarkan dalam agama lain?
Jika Hadi memahami bahawasanya kita sekarang berada didalam negara berbilang kaum, sudah pastilah Hadi tidak berani mengatakan perkara seperti itu.
Apa yang Sangkakala faham tentang Hudud ialah, seandainya seorang islam didapati mencuri maka tangan si pencuri akan di potong, itu bagi orang islam, bagai mana pula dengan orang bukan islam? sudah tentulah hukumannya hanya penjara kerana si pencuri akan didakwa di mahkamah sivil.
Adakah itu keadilan yang dikatakan oleh Hadi Awang?
Hadi Awang nampaknya perlu memahami konsep hidup didalam negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. nampak sangat mentaliti rendah hingga tidak dapat membezakan yang mana satu keadilan yang sebenar.
Ahad, 18 November 2012
ORANG DAH MULA MELUAT DENGAN @anwaribrahim NI
Kini jelas terbukti bahawa rakyat sudah jemu mendengar tohmahan serta fitnah dari beliau.
Anda semua boleh lihat dalam gambar yang Sangkakala letakkan dibawah artikel ni, tak sampai 500 orang yang hadir untuk mendengar ceramah beliau.
Semua ni berlaku dalam jelajah merdeka Anwar dengan bas mewahnya di Jengka 6.
Haha..sudah sudah le abang non, orang dah mula naik benci dah tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PAS TAK TAU ADAB BERDOA @nikabdulaziz @Tantawi100 @KhalidSamad @abdulhadiawang
PAS mungkin terlupa atau memag tak tau adap berdoa agaknya, mari sini baca kat bawah ni cara cara untuk mendapat barakah dalam doa.
ADAB BERDOA
Allah Berjanji Untuk Mengabulkan Doa
Orang yang Berdoa. Dibawah ini diberikan beberapa adab berdoa
berpandukan al-Quran dan hadis.
Allah berfirman: “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu
tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku
mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku,
maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah
mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” Al Baqarah: 186Ada beberapa adab dan peraturan yang disunahkan agar mendapat kelebihan dan barakah dari Allah dan supaya doa itu dimakbulkan. Berikut ini diberikan beberapa panduan menurut Al-Quran dan sunnah.
- Berdoalah dengan suara yang lembut
- Berdoa dengan penuh yakin
- Memohon Sebanyak Tiga Kali
- Bersalawat Kepada Nabi s.a.w.:
- Menghadap qiblat.
- Mengangkat Kedua-dua Belah Tangan Sambil Berdoa
Dalam hadis lain, berkata Abu Musa: Kemudian baginda Rasul s.a.w. mengangkat kedua-dua tangannya, lalu beliau berdoa: Ya Allah, ampunilah dosa ‘Ubaid Bin ‘Amir, dan aku melihat keputihan ketiak baginda. (HR Imam Bukhari)
- Berwudhu’ Sebelum Berdoa
- Berdoa Sambil Menangis
Lalu Rasul s.a.w. menganqkat kedua-dua tangannya dan berdoa: “Ya Allah, umatku, umatku “, (sambil baginda menangis). Selanjutnya Allah s.w.t. berfirman kepada Jibril (a.s.): Hai Jibril, pergilah engkau kepada Muhammad, dan katakan kepadanya: “Sesungguhnya Kami akan meredainya dan umatnya, dan kami tidak akan menyusahkan kamu “. (HR Imam Muslim)
- Berdoa Dengan Merendah Diri
“Dan (ingatlah kisah) Zakaria, tatkala ia menyeru Tuhannya: “Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkaulah waris yang paling baik”. (Al Anbiyaa: 89)
- Berdoa Pada Beberapa Waktu dan Keadaan yang Mustajab
Allah s.w.t. telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu dan pada waktu bersujud dalam sujud rakaat terakhir (doa dalam hati. tanpa mengeluarkan suara.)
Rasulullah s.a.w. pernah ditanya: Do’a yang manakah yang paling didengar (diterima)? Jawab baginda: (Do’a) akhir malam dan setelah solat wajib. H.R. At-Tarmizi – Sahih
Doa Pada Sepertiga Akhir Malam Sangat Makbul. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Allah (Yang Maha Suci Lagi Agung) turun ke langit dunia pada sepertiga yang akhir di setiap malam. Dia berfirman: “Barangsiapa mendoa kepada-Ku, akan Ku perkenankan doanya. Barangsiapa meminta kepada-Ku akan Kuberi dia. Siapa yang minta ampun, akan Kuampuni dia.” H.R. Bukhari.
pssst..belajar dulu adab tu baru le berdoa ye
CALON DAN BAKAL CALON BN JANGAN HANYA PANDAI BERJANJI
Semakin hampir pilihanraya, semakin banyak kita lihat kerenah kerenah pemimpin pemimpin peringkat bahagian melakukan pelbagai aktiviti.
Semua nak tunjuk pada kepimpinan tertinggi Barisan Nasional yang mereka mampu untuk melakukan tugas dan mejalankan amanah yang dipertanggungjawabkan kepada mereka sekiranya terpilih nanti.
Namun ahli politik masih juga ahli politik, cakap pagi petang belum tentu boleh pakai, janji awal jangan disangka sampai ke akhir.
Ramai yang Sangkakala lihat begitu pada hari ini, tidak seperti kepimpinan terdahulu, kini ramai yang mengejar peluang untuk menjadi wakil rakyat.
Tapi satakat mana kemampuan mereka untuk membantu rakyat di kawasan mereka? Adakah mereka benar benar ikhlas dalam memperjuangkan hak serta kebajikan rakyat?
Semua itu tidak mungkin dapat terjawab sekarang, namun ianya akan terjawab setelah apa yang mereka hajati tercapai nanti iaitu hajat untuk duduk di kerusi wakil rakyat dalam Sidang DUN mahu pun Parlimen.
Sudah menjadi lumrah pemimpin di peringkat kawasan tidak kira dari mana parti sekalipun, janji janji manis akan ditaburkan, janji setinggi langit seluas lautan.
Ayat yang biasa menjadi sebutan pula ialah "tegur tegurlah saya sekiranya saya silap" ayat normal yang digunapakai tak kira sama ada pemilihan parti atau semasa menjadi calon prilihanraya.
Tapi yang menjadi kesalan pula ialah setelah mereka terpilih nanti, ayat yang sama akan keluar, tetapi perkataannya diterbalik terbalikkan hingga berbunyi begini "silap kalau tegur tegur saya"..
Haha..ayat yang sama kan? Cuma diubah kedudukan ayat dan intonasi atau nada percakapan.
Ayat pertama tadi ("tegur tegurlah saya kalau saya silap") digunakan ketika merayu untuk menang, ayat seterusnya pula ("silap kalau tegur tegur saya") pula digunakan setelah mendapat jawatan serta apa yang diidamkan.
Ayat ini sebenarnya biasa digunapakai oleh orang orang UMNO, dan kerana itu jugalah rakyat menjadi muak dan jelak kepada parti keramat ini.
Rakyat mampu menilai jasa dan kebaikan UMNO/Barisan Nasional selama ini, tetapi oleh kerana adanya pemimpin seperti ini maka rakyat bangun untuk memberontak dan terjadilah peristiwa seperti PRU12 yang lalu, dimana kerajaan Barisan Nasional hampir hampir tumbang ekoran dari kepimpinan di peringkat kawasan yang jelas bekerja semasa musim pilihanraya sudah hampir.
Jika perkara ini terus berulang, tidak mustahil sekiranya satu hari nanti, Barisan Nasional akan menjadi pembangkang dalam dewan Parlimen serta dalam Dewan Undangan Negeri.
Dan semasa itu nanti juga segala sesalan sudah tiada gunanya lagi.
Kepada pemimpin pemimpin di peringkat kawasan, Sangkakala nasihatkan supaya JANJI DITEPATI, kerana apa? Jari jari yang digunakan sebelum dan semasa pilihanraya mampu untuk menggoncang kedudukan kalian di satu masa nanti.
Ini bukanlah satu ugutan, namun ini adalah kenyataan yang kalian harus terima.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 17 November 2012
PEMBOHONGAN KERAJAAN SELANGOR TERBONGKAR LAGI
Tapi cerita sebenarnya ialah, penamatan peminjaman Datuk Zainal Abidin A'ala sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mulai semalam adalah dibuat atas cadangan kerajaan negeri Selangor, demikian menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa.
Menurutnya, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor melalui surat bertarikh 15 Oktober lepas memaklumkan bahawa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan untuk menggantikan Zainal Abidin dengan pegawai lain.
Jadi apa lagi yang nak di bohongkan oleh kerajaan Selangor selepas ini?
Apa lagi fitnah nak dilemparkan kepada Barisan Nasional oleh Pakatan Rakyat Selangor.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
HADI AWANG TAKUT NAK SENTUH TENTANG HUDUD
Islamiah Kelantan di Kota Bharu semalam.
Berucap di hadapan 1,116 orang perwakilan selama kira-kira dua jam, beliau lebih menumpukan kepada persiapan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan penubuhan negara berkebajikan.
Turut hadir pada muktamar itu ialah Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw
Adakakah Hadi Awang takut kepada DAP sehingga beliau tidak mahu langsung menyentuh tentang hudud kerana kehadiran Tan Seng Giaw dan Wan Azizah?
Kita semua sedia maklum bahawa DAP cukup pantang tentang hudud dan penubuhan negara islam hingga Karpal ada menyebut 'over my death body' kepada PAS sekiranya bercadang untuk menubuhkan negara Islam.
Fikir fikirkanlah, jika dalam muktamar PAS sendiri presiden parti takut untuk bersuara, bagai mana pula jika ada kuasa memerintah nanti?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
BNYJF BUKTI KERAJAAN PRIHATIN
Ribuan peluang kerja daripada ratusan agensi dan syarikat swasta ditawarkan disini.
Ini juga salah satu usaha Barisan Nasional untuk membantu golongan muda yang kini agak sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana kekurangan maklumat dimana atau syarikat mana yang memerlukan pekerja mengikut kesesuaian taraf pendidikan.
Tahniah kepada kerajaan Barisan Nasional yang begitu mengambil berat tentang kebajikan golongan muda dalam meningkatkan taraf hidup.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1MOCC BANYAK SUSAH DARI SENANG
Mungki bagi yang pertama kali melihat 1MOCC ini atau pertama kali mendengar apa tugas-tugas 1MOCC akan mengatakan bahawa ini adalah sistem terbaik atau untuk mempermudahkan rakyat membuat sebarang aduan kepada Jabatan Kerajaan yang di pertanggungjawabkan untuk menjaga kebajukan serta keselesaan rakyat.
Namun bagi Sangkakala pula ianya akan menyukarkan lagi keadaan, pelanggan akan menghubungi 1MOCC untuk membuat aduan, adakah ianya mengikut apa yang diperkatakan?
Baik, Sangkakala ambil contoh disini, sekiranya seorang pelanggan ingin melaporkan satu kejadian atau sebagainya berkeaan dengan agensi kerajaan, adakah pegawai di 1MOCC mampu menjawab secara lisan, atau adakah mereka juga perlu untuk mendapatkan jawapan daripada pihak yang diadu?
Jika pegawai di 1MOCC sendiri perlu mendapatkan jawapan dari agensi berkenaan, Sangkakala rasa ianya ada sesuatu yang menyusahkan kerana apa?
Si pengadu akan menunggu satu jangkamasa yang panjang sebelum mereka dapat bercakap dengan pegawai 1MOCC, tetapi adakah pengadu akan mendapat jawapan secara tepat dan cepat? Atau adakah pegawai berkenaan juga perlu menghubungi agensi yang diadu?
Jika pegawai 1MOCC perlu mendapatkan jawapan dari pihak yang diadu, ianya akan mengambil masa lagi.
Seperti kata rakan blogger Sangkakala, saudara Yuseri Yusoff di dalam blog beliau, sekiranya setiap panggilan dikenakan caj sebanyak RM0.05 seminit sekali pun, sekiranya mengambil masa lama sudah tentulah bayaran yang dikenakan agak tinggi juga bukan?
Ikuti link artikel blog dibawah untuk bacaan lanjut tentang perkara tersebut
Itu pendapat yang diberikan oleh rakan blogger Sangkakala.
Dari sudut lain pula, sejauh mana keberkesanan talian aduan yang diwujudkan ini? Adakah ianya nanti mampu untuk memuaskan hati pengadu? Sangkakala tidak memberikan keyakinan sepenuhnya dalam hal tersebut.
Cuba kita bayangkan, jika pegawai yang menjawab panggilan si pengadu di 1MOCC juga perlu mendapatkan jawapan daripada agensi yang diadu, lebih baik si pengadu terus sahaja membuat aduan kepada agensi tersebut, untuk apa mereka mengeluarkan perbelanjaan lebih semata-mata untuk membuat aduan kepada pihak yang tidak mampu membuat keputusan?
Talian 03 8000 8000 ini adalah talian berbayar dan 1MOCC dikatakan beroperasi selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu, adakah laporan yang dibuat pada waktu lepas waktu pejabat akan mendapat jawapan segera atau perlu menunggu keesokan harinya baru jawapan boleh diperolehi?
Sangkakala juga berpendapat, sekiranya kerajaan ingin mendapatkan laporan telus berkenaan kepincangan agensi-agensi dibawahnya, kerajaan perlu melantik satu badan bukan kerajaan atau NGO tidak kiralah ianya persatuan atau pertubuhan.
Seperti yang Sangkakala pernah katakan dalam artikel berkenaan isu sama dahulu, Sangkakala dapat tahu bahawa ada sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang dinamakan sebagai Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia (CCAM).
Pertubuhan ini juga tidak berapa lama dahulu pernah memberikan Anugerah kepada YBhg Datin Seri Rosmah Mansur. Dan Sangkakala yakin bahawa kerajaan pada hari ini sedar bahawa pertubuhan ini mampu untuk mengawal selia sistem panggilan khidmat pelanggan, kerana pertubuhan ini juga mempunyai ramai ahli dikalangan syarikat-syarikat besar yang menggunakan talian 1-800.
Kenapa tidak diberikan sahaja kepada pertubuhan ini untuk mengendalikan panggilan khidmat pelanggan tersebut, pertubuhan ini juga diyakini amat mampu untuk menjalankan amanah yang diberi.
Sangkakala dengar juga, pertubuhan ini ada memberikan latihan khusus kepada pegawai-pegawai Khidmat Pelanggan ini cara-cara untuk mengawal situasi dan cara-cara untuk menjawab panggilan telefon secara berhemah seperti kehendak Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.
Kerajaan perlu fikirkan semula kewujudan 1MOCC ini sebelum ada rungutan daripada rakyat jelata, ingat!! Kerajaan dipilih untuk memberikan keselesaan, tapi janganlah setuasi sebaliknya yang berlaku.
psstt..tutup jelah sebelum ada masalah..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Jumaat, 16 November 2012
CERDIKNYA ORANG TELUK INTAN
Agak melucukan bila kamera AES ini telah diselimutkan oleh orang kampung dengan harapan gambar tidak dapat ditangkap oleh kamera ini.
Ini jelas membuktikan bahawa ada dua kemungkinan sebenarnya.
Yang pertama, orang kampung terbabit suka melihat kemalangan yang berlaku dan yang ke dua pula, orang kampung menunjukkan tanda protes diatas pemasangan kamera tersebut.
Apa-apa pun Sangkakala minta supaya kerajaan menimbang serta memperhalusi kebaikan pemasangan kamera AES ini.
Psstt..gelap-gelita gambar tu nanti..haha
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Khamis, 15 November 2012
NASIB NIZAR LAMBAI SUDAH DIEKETAHUI
Kemenangan Nizar Jamaluddin sebagai Ahli Parlimen semasa Pilihanraya Kecil Bukit Gantang sudah diduga dan dijangka.
Ini kerana semasa itu gelombang tentang pergolakan politik dalam negeri Perak terlalu kuat dan Nizar telah mengambil kesempatan diatas kesilapan beliau sebagai Menteri Besar dengan menuduh bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah melaukan rampasan kuasa kerajaan Negeri.
Namun Sangkakala amat yakin, dalam PRU 13 sekiranya Nizar sekali lagi bertanding di kawasan Parlimen Bukit Gantang, beliau akan balik ke kampung dengan menaiki motor kapchai seperti didalam gambar diatas.
Tidak akan ada lagi kemenangan untuk beliau di kawasan itu kerana menurut seorang rakan Sangkakala, penduduk di kawasan Bukit Gantang sudah jelak dengan sikap Nizar yang dikatakan kurang ajar bukan sahaja dengan Sultan Perak malah dengan Sultan Johor juga.
Disamping itu, mereka juga mengatakan bahawa Nizar gagal menjalankan tugas sebagai seorang Ahli Parlimen kerana beliau bukan berasal dari kawasan tersebut dan banyak perkara yang berada diluar pengetahuan beliau.
Nampaknya lepas ni Nizar boleh bungkus tikar bantal dan duduk di stesen minyak seperti didalam gambar diatas.
PERLU KE ANWAR BUAT SAMPAI MACAM NI
Menurut kata Penasihat Agama kepada Istana Perak yang juga merupakan Mufti Kerajaan Negeri, Tan Sri Harussani Zakaria, seseorang yang memakai pakaian seperti orang kafir akan kehilangan akidah.
Gambar-gambar diatas dapat membezakan yang mana satu pakaian keagamaan dan yang mana satu pula gambar pakaian kebangsaan.
Anwar dalam dua gambar diatas dilihat memakai pakaian untuk upacara keagamaan kaum Hindu, sedangkan Perdana Menteri pula memakai pakaian yang biasa digunakan oleh kaum India.
Mungkin artikel ini nampak rasist, tapi ini adalah hakikat yang perlu kita semua terima.
Perdana Menteri pergi dengan memakai pakaian kaum India yang mana beliau hanya pergi ke pentas yang disediakan diluar kuil dan tidak ada langsung upacara atau gimik upacara sembahyang bagi agama Hindu disitu sedangkan Anwar dapat kita lihat dan nilaikan seperti diatas.
Adakah ini kebebasan beragama yang dimaksudkan oleh anak beliau, Nurul Izzah baru-baru ini?
Maaf le kepada kaum India yang beragama Hindu, Sangkakala tidak berniat untuk mengata agama mereka tetapi apa yang dilakukan oleh Anwar itu adalah tidak bertepatan dengan kehendak agama Islam.
Nampak sangat Anwar akan melakukan apa sahaja demi untuk mencapai cita-cita sebagai Perdana Menteri.
Na'uzubillahiminzalik..mohon supaya Anwar diampunkan oleh Allah dan rakyat Malaysia dihindarkan dari orang-orang sebegini.
Rabu, 14 November 2012
KAMALANATHAN MINTA KERAJAAN SELANGOR DEDAHKAN MINIT MESYUARAT KEPADA RAKYAT
Lagi isu tentang kelulusan kondominium di kawasan Batu Cave yang kini hangat diperkatakan, kerajaan Selangor telah menunding jari kepada Barisan Nasional kononnya semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah, kelulusan telah diberi kepada pemaju.
Sangkakala menghubungi YB Kamalanathan untuk mendapatkan kisah sebenar disebalik apa yang berlaku sebenarnya tentang isu kondominium 29 tingkat tersebut.
Menurut YB Kamalanathan, kelulusan awal bagi pembinaan kondominium telah diberi oleh Majlis Perbandaran Selayang pada tahun 2007 dengan syarat kepada pemaju untuk membolehkan pemaju mendapatkan kelulusan dari pada pihak-pihak yang bertanggungjawab.
Menurut YB Kamalanathan lagi, kelulusan ini perlu diberi kepada pemaju untuk membolehkan kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar dan sebagainya diperolehi dan kelulusan awal ini tidak membolehkan pemaju mejalankan kerja-kerja pembinaan.
Menurut beliau juga, seperti kebiasaan, pemaju akan mengemukakan kertas cadangan kepada Majlis Perbandaran untuk dibawa kepada mesyuarat Jawatan Kuasa Pembangunan, dan Majli Perbandaran telah mengeluarkan kelulusan awal untuk kerja-kerja kajian kesesuaian tanah serta kawasan.
Tapi menurut satu sumber dari Majlis Perbandaran Selayang pula ada mengatakan bahawa, kelulusan untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan telah diberi kepada pemaju pada bulan March 2008 dan ini adalah selepas pilihanraya umum ke 12 dimana kerajaan Pakatan Rakyat telah memenangi kerusi DUN negeri Selangor serta menjadi kerajaan bagi negeri tersebut.
Namun kelulusan akhir tersebut dibuat sebelum ada perlantikan ahli majlis yang baru kerana Ahli Majlis Perbandaran Selayang hanya dilantik pada pertengahan tahun 2008.
Menurut kebiasaan yang dilakukan, pentadbir Majlis Perbandaran perlulah mengemukakan projek-projek yang telah diluluskan sebelum perlantikan baru untuk makluman kepada ahli-ahli majlis yang baru dilantik dan sekiranya terdapat apa-apa bantahan maka projek tersebut boleh dibatalkan atau ditangguhkan sementara waktu.
Bagi YB Kamalanathan lagi, adalah lebih baik sekiranya kerajaan Selangor mengemukakan minit mesyuarat kelulusan dari awal permohonan hinggalah kepada kelulusan akhir projek tersebut untuk membolehkan rakyat menilai siapa yang bersalah.
Satu lagi kata beliau, kenapa setelah 4 tahun kelulusan diberikan, barulah kerajaan Selangor tampil menunding jari mengatakan bahawa itu adalah kesilapan kerajaan Barisan Nasional? Bukankah kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk membetalkan projek tersebut?
Ini semua sebenarnya adalah gimik politik kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk memburuk-burukkan Barisan Nasional dan mereka (PR) sendiri tahu, jika meereka membataalkan kelulusan tersebut, maka kemungkinan besar untuk diambil tindakan oleh pemaju adalah tinggi kerana kelulusan akhir diberi semasa pemerintahan mereka.
Mungkin kerajaan Selangor sudah ketandusan isu untuk memburukkan Barisan Nasional yang dilihat begitu mengambil berat tentang kebajukan rakyat.
kita semua perlu juga melihat dimana kekejaman kerajaan Selangor terhadap rakyat berbanding dengan kerajaan Barisan Nasional yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan serta keselesaan rakyat.
Sebagai contoh, kerajaan Selangor kini tidak mahu memberikan kerjasama dalam isu air yang mana mereka mengatakan bahawa simpanan air di negeri itu mencukupi sedangkan telah banyak rungutan dan laporan yang dikemukakan bahawa air di Selangor pada ketika ini adalah kritikal.
Menteri Besar pula telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh dimana beliau sendiri mengatakan bahawa Selangor akan menggunakan air lombong dan sebagainya untuk menampung keperluan air bagi rakyat di negeri itu. Adakah ini ciri-ciri seorang pemimpin yang mengambil berat tentang rakyat? Sanggup melihat dan memberikan rakyat menggunakan air yang tidak diketahui puncanya.
Sama juga dengan isu AES, kerajaan Selangor memberikan tempoh kepada kementerian Pengangkutan supaya mencabut kembali kamera yang telah dipasang di beberapa kawasan di negeri tersebut.
Adakah kerajaan Selangor mahu membiarkan pengguna-pengguna jalan di negeri itu diundang kecelakaan akibat dari kemalangan yang mana negeri Selangor adalah pencatat kemalangan tertinggi di dalam negara.
KAMALANATHAN SENYUM RONNIE LIU MENANGIS
Liu berkata, surat tuntutan permohonan maaf tersebut diterima di pejabatnya hari ini dan beliau akan berbincang dengan peguamnya sebelum mengambil tindakan lanjut.
Cuba kita bayangkan, hanya dengan menghantar surat tuntutan maaf Ronnie sudah mengelabah nak jumpa peguam dan sebagainya, hebta juga rupanya YB Kamalanathan ni ye.
Dalam senyuman yang sentiasa terukir, rupanya racun berbisa yang mampu membuatkan Ronnie tak senang duduk.
Haha..caya lah YB Kamal, bukan semua orang ada kelebihan macam tu, marah pun senyum, suka pun senyum, rupanya ada yang kecut perut dengan senyuman YB Kamal.
Dalam surat tersebut juga menyebut akan menuntut bayaran sebanyak RM1 juta daripada Ronnie Liu sekiranya Ronnie tidak memohon maaf, bertambah goyang le si Ronnie bila YB Kamal kata macam tu sebab dah memang terbukti tuduhan yang dibuat oleh Ronnie Liu terhadap YB Kamalanathan adalah fitnah kerana YB Kamalanathan hanya berkhidmat sebagai ahli majlis di Majlis Perbandaran Selayang daripada 2004 hingga 2006 dan projek kondominium itu hanya dibincangkan dan diluluskan pada 2007.
APA KU LI CAKAP NI
Ku Li mengatakan bahawa rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan.
Haha, mesti Anwar pening kepala kali ni sebab Ahli Parlimen Gua MUsang itu memang terkenal dengan kajian dalam politik tanah air.
Beliau juga berkata bahawa sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu.
Agaknya Anwar siapkan surat perletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang selepas ini nanti, kerana beliau juga mengatakan bahawa sekiranya Pakatan Rakyat gagal untuk menakluki Putrajaya pada PRU13 beliau akan mengundurkan diri dari arena politik.
SAH AZMIN BELI LAMBOGHINI
Kelakar pulak Sangkakala dengar siTanggang sorang ni becakap dalam satu ceramah, siTanggang ni kata kalau pilihanraya bulan 12 bulan 1 boleh beli kereta, kalau pilihanraya bulan 2 bulan 3 boleh beli kereta.
Azmin lupa ke agaknya yang dia sedang berceramah di sebuah kampung? Mampu ke orang kampung tu nak beli sebuah kereta import seperti Ferrari yang digunakan oleh beliau?
Azmin dalam ceramahnya mengatakan bahawa sekeping AP atau permit import sebuah kenderaan berharga RM0.50 dan beliau juga berkata bahawa sekiranya Pakatan Rakyat memerintah maka cukai kenderaan tersebut akan dikurangkan sebanyak 25%. Kenapa 25%? Kenapa Pakatan Rakyat tidak mengatakan bahawa cukai tersebut dimansuhkan sahaja?
Ini semua satu lagi pembohongan yang dicipta oleh Pakatan Rakyat untuk mengelabukan mata rakyat supaya memilih mereka menjadi kerajaan pada pilihanraya yang akan datang.
Beliau juga berkata bahawa Pakatan Rakyat akan memberikan AP kepada setiap rakyat Malaysia, ini bermakna tidak akan ada lagi Syarikat yang bertanggungjawab untuk membawa masuk kenderaan.
Jika semua rakyat diberikan AP kenderaan, siapa yang akan membeli dan siapa yang akan menjual? Dan persoalan yang lebih penting siapa pula yang akan pergi berunding untuk membawa masuk kenderaan-kenderaan ini ke dalam negara?
Apa yang pastinya kini, Pemimpin Pakatan Rakyat bukan mahu memberikan kelebihan kepada rakyat dalam isu AP ini, apa yang dapat kita lihat ialah, pemimpin mereka ini rakus untuk membeli kereta-kereta mewah seperti yang digunakan oleh mereka kini.
Cuba kita lihat kenderaan-kenderaan yang digunakan oleh pemimpin Pakatan Rakyat seperti dibawah, semuanya mewah-mewah bukan? berbanding pula dengan Perdana Menteri kita yang hanya menggunakan Proton Perdana Eksekutif sebagai kenderaan.
Fikir-fikirkanlah,pemimpin Pakatan Rakyat hanya memikirkan keuntungan yang bakal mereka perolehi sekiranya mereka menjadi kerajaan.
CAMRY NIZAR LAMBAI |
KENDERAAN NIK AZIZ |
FERRARI AZMIN |
KERETA ANWAR IBRAHIM |
KERETA NAJIB RAZAK |
Selasa, 13 November 2012
1MOCC ADAKAH IANYA RELEVAN
Kalau diikutkan dari satu sudut, ianya adalah amat baik bagi rakyat Malaysia, tapi jika difikirkan pula dari sudut lain, mampukah ianya bertindak seperti mana yang dikehendaki oleh rakyat?
Mampukah ianya nanti memberikan khidmat yang memuaskan?
Menurut Perdana Menteri ianya akan beroperasi 24/7 termasuk pada cuti umum itu sejajar dengan prinsip rakyat didahulukan dan percaya ia dapat meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat.
Apa yang Sangkakala risaukan ialah ianya nanti akan menjadi seperti 'tikus baiki labu', harapan Perdana Menteri agar pusat ini menjadi tempat aduan namun nanti pusat ini pula yang diadukan kepada kementerian atau jabatan atau agensi yang bertanggung jawab.
Apa yang Sangkakala ketahui Pusat Khidmat ini juga menggunakan nombor telefon biasa yang mana ianya sudah tentulah akan dikenakan bayaran oleh pihak telekomunikasi dan seperti biasa, panggilan akan di sambungkan kepada pegawai-pegawai yang bertanggungjawab untuk diambil tindakan.
Seperti biasa, untuk disambungkan kepada pegawai yang bertanggungjawab ini, panggilan tersebut akan sudah pastilah akan mengambil masa yang agak lama, alasan yang diberikan pegawai sedang sibuk dan sebagainya.
Sangkakala berpendapat bahawa, kerajaan perlu melantik satu badan seperti badan bukan kerajaan yang mampu untuk mengendalikan kes-kes aduan ini dan ianya akan mengemukakan laporan yang telus kerana ianya tidak bersangkutan dengan kerajaan, dan barulah laporan yang diterima adalah benar-benar tepat.
Sangkakala juga pernah mendengar kewujudan satu persatuan iaitu Customer Relationship Management and Contact Centre Association of Malaysia atau CCAM.
Rakyat serta semua pihak perlu sedar bahawa Pegawai yang bertugas untuk memberikan perkhidmatan di Pusat Perhubungan atau Pusat Panggilan bukan bertaraf operator yang hanya bertugas mengalihkan panggilan ke pihak tertentu tetapi Pegawai tersebut merupakan Agen penyelesaian bagi setiap interaksi. Ini kerana pegawai-pegawai tersebut perlu mempunyai tahap pengetahuan mengenai sesuatu bidang secara menyeluruh di samping memiliki kemahiran berkomunikasi serta berinteraksi dan juga kemahiran menguruskan sistem dengan cekap.
Apa yang diketahui juga 1MOCC ini dikendalikan sepenuhnya oleh MAMPU dan mampukah badan kerajaan ini memastikan pegawai-pegawai 1MOCC dilengkapi dengan latihan berinteraksi yang secukupnya serta tahap pengetahuan yang tinggi bagi membantu menyelesaikan masalah atau pertanyaan daripada masyarakat?
Adalah lebih baik sekiranya MAMPU menyertai CCAM sebagai ahli bagi memastikan tahap perkhidmatan yang diberikan oleh 1MOCC sentiasa berada di tahap yang tertinggi dan terbaik. Kerana dari maklumat yang Sangkakala ketahui, CCAM merupakan platform kepada Industri tersebut di mana segala pengetahuan, teknologi, proses serta best practices dapat dikongsi bersama seterusnya dapat melonjakkan lagi Malaysia sebagai Negara yang mempunyai mutu perkhidmatan yang berkualiti dan terbaik.
Jangan nanti MAMPU hanya mampu mendengar keluh kesah rakyat tapi tidak mampu untuk berbuat apa-apa atau perkhidmatan yang diberikan tidak seperti yang diingini oleh rakyat sekaligus harapan untuk menjadikan negara kita sebagai hub bagi Industri Perkhidmatan Pelanggan dan Pusat Perhubungan di peringkat antarabangsa melalui kelebihan-kelebihan yang sedia ada seperti kemudahan infrastruktur, keadaan ekonomi yang stabil, sokongan serta inisiatif berterusan daripada Kerajaan serta sumber manusia yang berkualiti terkubur begitu sahaja.
JANJI DITEPATI DI NEGERI SELANGOR
Masyarakat India yang beragama Hindu hari ini boleh menarik nafas lega apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa pembinaan kondominium setinggi @( tingkat berhampiran dengan Kuil Batu Cave akan dibatalkan sekiranya Barisan Nasional kembali menjadi kerajaan negeri Selangor selepas PRU13 nanti.
Ini adalah sesuatu yang amat baik bagi menyelesaikan kes Kondominium yang menjadi kontroversi di negeri tersebut.
Seperti yang diketahui umum, kerajaan Barisan Nasional akan menunaikan janji tersebut dengan syarat Barisan Nasional diberi mandat untuk memerintah negeri itu.
Tidak seperti kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya akan tahu berjanji namun segala janji tersebut akan lenyap setelah mereka mendapat kuasa memerintah.
Harap-harap masyarakat India khususnya yang beragama Hindu mengambil iktibar dariapa yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat selama mereka memerintah di negeri Selangor.
DEWAN ULAMA PAS MAHU NURUL IZZAH JATUH DALAM POLITIK
Dewan Ulama PAS yang mengambil jalan mudah dengan meminta rakyat untuk menilai apa yang diperkatakan oleh Nurul Izzah melambangkan bahawa mereka dengan sengaja mahu Naib Presiden PKR itu jauh tersungkur dalam arena politik tanah air.
Dengan meminta rakyat membuat penilaian seolah-olah PAS tidak mengabil berat langsung terhadap agama Islam yang menjadi agama rasmi negara.
Tindakan dewan ulama PAS yang langsung tidak memberikan teguran kepada Nurul Izzah juga membuktikan bahawa PAS tidak mampu untuk menjaga agama Islam.
Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengatakan bahawa rakyat kini sudah pandai menilai dan dalam keadaan sekarang, rakyat sudah dapat menilai bukan sahaja Nurul Izzah bahkan rakyat juga sudah menilai sejauh mana PAS mempertahankan kesucian agama Islam.
AZIZAN RAZAK SAHKAN PAS LARI DARI LANDASAN
Desakan supaya pemimpin PAS kembali ke tujuan asal datang daripada suara minoriti dan pihak yang tiada 'locus standi', kata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata kebanyakan pihak yang terbabit dalamwacana 'Kembalikan PAS Ke Landasan Asal' pada Sabtu lepas telah dipecat danmerupakan bekas anggota parti itu.
Kalau diikutkan daripada apa yang diperkatakan oleh Azizan Razak seperti diatas, jelas menunjukkan bahawa PAS sudah lari daripada perjuangan asalnya dalam mempertahankan Islam.
Jika sudah ada pihak yang berani membuat teguran dan Azizan pula mengatakan itu adalah dari suara minoriti ini bermakna Azizan mengatakan jika suara majoriti yang meminta supaya PAS kembali ke jalan asal sudah pasti kepimpinan PAS akan menurut kata mereka, tetapi oleh kerana ianya datang dari sekumpulan kecil bekas ahli PAS maka mereka (PAS) tidak perlu kembali kejalan asal dan perjuangan mereka kini memang sudah terpesong.
Isnin, 12 November 2012
PAS KEJAM TERHADAP AHLI
Dalam tanpa di sedari rupanya ramai ahli PAS yang terdiri daripada pekerja dan kontraktor yang mencari rezeki di dalam kawasan pembinaan Lynas.
PAS Pahang mengatakan bahawa ahli ahli mereka yang mencari rezeki di kilang tersebut adalah balaci kepada BN dan UMNO.
Cuba kita lihat betapa singkatnya pemikiran pemimpin PAS yang sanggup mengatakan ahli mereka sendir sedemikian rupa demi untuk memenuhi kerakusan mereka mendapatkan kuasa.
Tidakkah pemimpin PAS pahang memikirkan bahawa itu adalah punca rezeki kepada rakyat Pahang dan ahli ahli PAS yang bekerja disitu.
Jika ini pemikiran mereka, sudah pasti tiada kemajuan yang akan dinikmati oleh rakyat seperti di negeri Kelantan.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
MOHAMAD ASFIA KEKAL SEBAGAI SPEAKER DUN SARAWAK
Untuk berita lanjut sila layari link di bawah
http://bit.ly/TEb2pQ
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Ahad, 11 November 2012
MANA JANJI KERAJAAN SELANGOR
Pangsapuri yang menempatkan 1300 unit rumah itu dikatakan tidak pernah mendapat subsidi air percuma setelah mereka dikatakan menggunakan meter pukal.
Kerajaan Selangor sememangnya menggunakan kelebihan bahawa terdapat banyak kediaman dalam negeri itu yang menggunakan meter pukal untuk mereka tidak memenuhi janji menifesto mereka.
Kerajaan yang mengambil kesempatan seperti ini perlu ditolak dalam pilihanraya yang akan datang agar semua rakyat mendapat hak sama rata.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PAS KATA KELANTAN TERPINGGIR SULTAN PULA UCAP TERIMA KASIH
Baginda bertitah Kelantan tidak harus dibiarkan ketinggalan kerana ia sebahagian daripada Malaysia, dan berharap projek yang dilaksanakan dapat merangsang lagi pertumbuhan ekonomi di negeri itu.
Untuk bacaan lanjut klik
http://bit.ly/SULC93
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
GILIRAN USTAZ NASHA HENTAK NURUL
Sedangkan, surah al-Quran yang dipetik oleh Nurul Izzah dalam ucapan pada 3 November itu hanya tertakluk kepada golongan bukan Islam.
Nah, kalau dah orang yang dikatakan ulamak satu masa dulu oleh puak puak PAS bersuara mcm ni, apa pula kata pengikut pengikut PAS tentang kenyataan Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR yang menjadi parti bersekutu dengan PAS? Adakah pengikut PAS tetap akan mengatakan bahawa tindakan Nurul mengeluarkan kenyataan tersebut adalah benar?
Pengikut PAS dan Melayu dalam PKR serta DAP perlu meninggalkan parti yang mereka sokong kerana sudah jelas bahawa kepimpinan mereka mempunyai agenda yang amat membahayakan agama Islam serta bangsa Melayu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Sabtu, 10 November 2012
SURENDRAN BERLAGAK HERO
Bukankah mereka juga yang mengatakan bahawa kerajaan telah memberikan hak kerakyatan kepada warga asing sebelum ini? Tapi kenapa kini Surendran pula cuba untuk menjadi 'hero' masyarakat india yang tidak memiliki kad pengenalan yang mana kemungkinan mereka juga adalah warga asing?
PKR bukan sahaja memutarbelitkan keadaan bahkan kini sudah jelas bahawa parti itu cuba menggunakan kaum india sebagai senjata pertahanan terakhir mereka menjelang pilihanraya dengan harapan mereka akan mendapat sokongan dari kaum india.
Sangkakala bukan menidakkan kerakyatan mereka, tetapi kerajaan selama ini meneliti serta menghalusi setiap kerakyatan yang akan diberikan kepada mereka.
Bukan dengan cara mendesak Perdana Menteri untuk memberikan hak kerakyatan tersebut kerana mungkin rekod kelahiran mereka tidak terdapat dalam sistem Jabatan Pendaftaran Negara dan sekaligus menyukarkan proses untuk mendapatkan kad pengenalan.
Apa yang menjadi kegusaran serta kebimbangan kita rakyat Malaysia sekarang ini ialah kebanjiran warga asing yang cuba untuk menjadi rakyat negara ini semakin menjadi jadi.
Surendran selaku seorang peguam sudah semestinya arif dalam proses pelaksanaan serta undang undang sekiranya seseorang itu ingin medapatkan kerakyatan dalam negara kita.
Sangkakala juga hairan, darimana datangnya sebegini ramai kaum india yang masih tidak mempunyai kad pengenalan? Adakah mereka ini benar benar lahir di Malaysia atau mereka telah datang sebagai pendatang tanpa izin di negara kita ini.
Surendran nampaknya bermain dengan satu permainan bodoh, hingga beliau tidak tahu yang mana satu benar benar rakyat Malaysia dan yang mana satu pendatang.
Kita jangan mudah terpengaruh dengan kata kata bahawa kerajaan tidak memberikan kerakyatan atau kad pengenalan kepada kaum india ini kerana jika mereka benar benar lahir di negara kita, sudah pastilah ada rekod tentang kelahiran mereka di dalam negara ini.
Kemungkinan besar juga mereka yang tidak mempunyai kad pengenalan ini cuba untuk mengambil peluang dengan menangguk di air keruh kerana rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Jadi mereka beranggapan adalah amat mudah untuk memalsukan diri dengan mengatakan bahawa mereka juga telah lahir di Malaysia.
Sangkakala harap supaya Surendran lebih bijak dalam menangani isu tersebut, kerana kita lebih kepada menjaga rakyat sendiri dan bukannya rakyat asing. Dan satu lagi, Surendran juga Sangkakala nasihatkan supaya tidak cuba untuk menjadi 'hero' dalam situasi ini. Jika mereka benar benar lahir di Malaysia, keluarkan bukti dan sudah pasti kerajaan akan memberikan kad pengenalan kepada mereka.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
ANWAR DISERANG LAGI
Kenyataan tersebut diberikan Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin sebagai respons terhadap tindakan Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mahu menyaman Utusan Malaysia.
Semalam, Nurul Izzah, menerusi notis yang dikeluarkan peguam bela dan peguam cara Mohamed Hanipa & Associates, menuntut Utusan Malaysia memohon maaf dalam masa 48 jam berhubung penyiaran artikel berkenaan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu yang disifatkan beliau sebagai fitnah.
Sumber: Utusan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
RAFIZI HILANG TARING
Mungkin akibat dari pembohongan yang selalu dilakukan oleh beliau membuatkan penyokong penyokong PKR sudah mula jelak dengan 'lembu' sekor ni.
Dapat dilihat dengan mata kita sendiri melalui gambar yang Sangkakala terima dari seorang rakan yang menghadiri ceramah beliau di Kg. Bukit Sekilau, Kuantan.
Menurut rakan Sangkakala, tak sampai 100 pun kehadiran. Orang kampung pun tak berapa kerat je yg hadir. Yang hadir sekadar nak cukupkan korum adalah orang dari luar.
Haha..naye la kali ni si Rafizi, kalau dah ceramah pembohongan beliau sekarang sudah tidak mendapat sambutan, apa akan jadi lagi dengan pembohongan akan datang? Sudah pastilah tidak akan ada lagi cara untuk menambat hati pengikut di kawasan tersebut.
Apa apa pun Sangkakala ucapkan tahniah kepada penduduk kampung yang bijak memilih mana intan dan mana kaca, 'lembu' ni patutnya di hambat keluar je sebab akan merosakkan minda orang ramai dengan fitnah dan pembohongan beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone