Khamis, 21 Jun 2012

RAFIZI LETAK JAWATAN KERANA KECEWA DENGAN ANWAR

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini dikhabarkan telah meletakkan jawatan beliau sebagai pengarah strategi pada hari ini, dan perkara ini telah heboh diperkatakan didalam blog-blog politik di Malaysia.

Apa punca utama hingga beliau meletakkan jawatan yang boleh dikatakan amat penting dalam PKR tersebut? Adakah beliau ingin memberi perhatian untuk menjadi calon setelah dikhabarkan akan diletakkan di kawasan Pandan?

Tapi secara teorinya Sangkakala merasakan bahawa beliau mungkin dinasihatkan supaya meletakkan jawatan setelah gagal untuk membuktikan tentang semua tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan oleh beliau gagal dalam mempengaruhi rakyat.

Ada satu lagi kemungkinan bahawa beliau tidak berpuas hati dengan apa yang telah dilakukan oleh beliau dan kini didapati orang yang beliau lindungi selama ini mempunyai kes yang lebih besar dalam menyeleweng wang rakyat yang dikatakan bernilai 3 billion ringgit.

Walau apa pun, yang pastinya kebenaran sudah kelihatan apabila Rafizi meletakkan jawatan tanpa diberitahu sebab-sebab yang munasabah dan masuk akal.

Tiada ulasan: