Ahad, 17 Jun 2012

DAKWAAN UMMI HAFILDA BENAR ATAU MENGIKUT ARUS

Sangkakala kadangkala merasa hairan dengan beberapa dakwaan yang dikeluarkan oleh ahli perniagaan yang juga merupakan adik kepada Azmin Ali, Ummi Hafilda. Apa yang Sangkakala lihat hari ini, Ummi Hafilda hanya mengikut arus isu yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Mana tidaknya, apabila Datuk Nalla mengatakan bahawa ada bukti tentang skandal melibatkan Anwar dengan Shamsidar, maka Ummi juga mengatakan bahawa dia tau apa yang terjadi dengan hubungan mereka itu.

Pernah dulu dikeluarkan video seks Anwar, maka Ummi juga mengatakan bahawa beliau tahu dengan hubungan Anwar dengan china doll dan memang Anwar suka melakukan perkara-perkara tersebut.

Apabila gambar kontroversi Azmin dikeluarkan, Ummi hadir sekali lagi dengan mengatakan bahawa beliau tahu dengan apa yang terjadi sebenarnya.

Apa yang telah dikeluarkan, semua diketahui oleh Ummi, tetapi kenapa Ummi sendiri tidak mengeluarkan perkara-perkara tersebut? Mungkin alasan Ummi cukup mudah iaitu tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak.

Jika itu alasan yang dikatakan oleh Ummi, bagi Sangkakala lebih baik Ummi berdiam diri terus, dan jangan mengeluarkan apa-apa kenyataan selepas ianya dikeluarkan.

Seperti juga semalam, apabila cerita Anwar mempunyai 20 akaun bank, Ummi juga tampil memberikan bukti terbaru kononnya, kenapa selepas didedahkan baru Ummi mendakwa mempunyai itu dan ini?

Adakah Ummi sengaja mencari publisiti dengan berbuat begitu? Jika Ummi benar-benar untuk memperjuangkan serta mendedahkan segala rahsia Anwar dan cuba untuk menyelamatkan abangnya Azmin dari terus dicengkam Anwar, Sangkakala nasihatkan buatlah betul-betul, jangan sampai orang jadi muak dengan apa yang dikeluarkan oleh beliau setelah isu tersebut meletup.

Sangkakala tidak mengatakan bahawa Ummi tidak mempunyai bukti dengan segala dakwaan beliau, tapi Sangkakala lihat Ummi hanya mengikuti arus dan tidak konsisten dengan apa yang diperkatakan oleh beliau untuk mendedahkan segala rahsia Anwar Ibrahim yang didakwa ada dalam simpanan beliau.

Tiada ulasan: