networkblog

Pengikut

Isnin, 25 Jun 2012

MAKLUMAT TENTANG SASHA DAN LYNN ANAK KEPADA SHADANA

Sebelum ni Sangkakala keluarkan artikel tentang Shadana dan sekarang Sangkakala akan ceritakan pula tentang Sasha dan Lynn anak kepada Shadana.

Seperti gambar diatas, kedua-dua gadis tersebut adalah anak kepada Shadana dan dikhabarkan bahawa kedua-dua mereka ini sekarang membantu Shadana dalam bidang perniagaan menjual kuda.

Suami kepada Shadana yang merupakan anggota polis yang telah meninggal dunia dikatakan berasal dari Sarawak dan menurut sumber, nama arwah ialah Hadeni.

Tapi kalau nak diikutkan dari segi pendapatan Shadana, dari mana datangnya duit untuk beliau memulakan perniagaan kuda? Tambahan lagi ianya melibatkan urusan antarabangsa, dari Dubai ke Malaysia.

Seperti gambar diatas, Lynn yang berdiri disebelah kiri, membantu ibunya Shadana di Malaysia dan Sasha disebelah kanan berada di Dubai untuk menjaga perniagaan Shadana disana.

Gambar tersebut dihantar oleh kenalan kepada Sangkakala dan beliau mengakui bahawa kehidupan kedua-dua gadis ini penuh kemewahan.

Cuba kita bayangkan, dimana Shadana mendapat sumber untuk menjalankan perniagaan tersebut sedangkan suaminya dulu bukan dari kalangan orang-orang korporat atau ahli perniagaan yang berjaya, cuma anggota polis yang gajinya tak mungkin melebihi 10 ribu sebulan.

Sedangkan untuk membeli seekor kuda, harga yang diperlukan mencecah ke ratusan ribu ringgit.

Dan kehidupan mereka suatu masa dulu amat mewah. Mungkin juga ini semua atas pemberian Anwar dan ianya termasuk dalam wang berjumlah tiga billion tersebut.

Apa-apa pun Sangkakala minta kerajaan menyiasat sedalam-dalamya akan hal ini agar ianya tidak menjadi barah yang menyusahkan kemudian hari.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone