Rabu, 27 Jun 2012

RAKYAT SELANGOR PERLU BANGKIT SALAH GUNA KUASA HUKUMANNYA LETAK JAWATAN


Baru-baru ni heboh diperkatakan tentang arahan perletakkan jawatan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin (gambar), pelbagai spekulasi kedengaran tentang perkara ini.

Dan hari ini, semua jawapan telah terjawab apabila Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) negeri Selangor hari ini  memutuskan sebulat suara agar Faekah meletakkan jawatan atas tuduhan menyalah gunakan kepala surat Pejabat Menteri Besar untuk kepentingan ahli keluarga beliau.

Hanya letak jawatan semua masalah selesai, itulah yang bermain difikiran Sangkakala semasa menulis artikel pada kali ini.

Jika ada dikalangan pemimpin UMNO atau Barisan Nasional melakukan kesalahan tersebut, sudah pastilah akan bergegar seluruh alam meminta diadakan siasatan oleh SPRM dan sebagainya atas kesalahan yang serupa.

Tapi kali ini hanya meletakkan jawatan dan seterusnya boleh menjawat jawatan lain didalam kerajaan atau anak-anak syarikat kerajaan yang lain, kenapa pemimpin Pakatan Rakyat Selangor tidak mendesak supaya tindakan atau siasatan oleh SPRM atau diwujudkan Suruhanjaya DiRaja dalam menyiasat kes tersebut.

Jika Faekah menggunakan kepala surat pejabat Menteri Besar, sudah tentulah ianya melibatkan sesuatu yang besar juga bukan? Akan tetapi ianya tidak dinyatakan, mungkin untuk menutup kesalahan yang terlalu besar agaknya.

Pakatan Rakyat, khususnya Menteri Besar dilihat amat -amat mempertahankan kedudukan Faekah, mungkinkah Menteri Besar juga ada terlibat sama dalam penyalah gunaan tersebut dan cuma meminta Faekah mengakui dan diberi sesuatu atau diberi satu jawatan dalam anak syarikat kerajaan negeri kelak?

Semua ini hanya kerajaan negeri Selangor yang perlu jawab, dan Sangkakala berharap akan ada anak-anak Selangor yang berani untuk membawa perkara ini kemuka pengadilan supaya ianya disiasat secara menyeluruh dan bukannya hanya diberi hukuman yang amat ringan kepada satu kesalahan yang mungkin amat besar.

Tiada ulasan: