Khamis, 14 Jun 2012

RAHSIA DISEBALIK PENYERTAAN BEKAS KAKITANGAN KERAJAAN KE DALAM PAKATAN RAKYAT

Kini kita melihat beberapa orang bekas kakitangan kerajaan menyertai Pakatan Rakyat, dengan dahulunya mempunyai jawatan sebagai pegawai-pegawai tinggi yang mana mereka adalah penyokong-penyokong kerajaan kini berpaling kearahparti pembangkang.

Setelah Sangkakala kaji secara dalam, penyertaan mereka ini sebenarnya bukanlah sebagai pejuang untuk rakyat atau cuba untuk berjuang demi negara bangsa dan agama, mereka ini menyertai pembangkang hanya kerana mereka merasakan apabila mereka menyertai pembangkang, maka peluang mereka untuk menjadi ADUN atau Ahli Parlimen bagi pembangkang amat cerah disebabkan pembangkang kekurangan ahli-ahli profesional untuk diketengahkan.

Sangkakala kata begini setelah mengkaji, jika mereka merasakan kerajaan tidak memenuhi kehendak rakyat selama ini, kenapa mereka sanggup berkhidmat selama puluhan tahun dengan kerajaan dan mengapa mereka tidak meletakkan sahaja jawatan yang mereka sandang didalam kementerian atau jabatan selama mereka berkhidmat?

Mungkin juga apabila sudah pencen atau bersara dari kementerian atupun jabatan, mereka sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat untuk mengisi masa lapang atau mungkin juga ada agrnda-agenda lain disebalik semua ini.

Paakatan Rakyat mengatakan bahawa terdapat banyak kes-kes rasuah didalam kementerian serta jabatan, tidakkah pakatan rakyat terfikir bahawa rasuah ini sebenarnya dilakukan oleh orang-orang atau pesara-pesara ini semasa mereka didalam perkhidmatan?

Jika pembangkang menunding jari kearah kerajaan dalam membanteras kesalahan rasuah, kenapa mereka sendiri menerima kemasukan pegawai-pegawai ini kedalam parti mereka? Tidakkah nanti jika mereka bertanding sebagai ADUN atau Ahli Parlimen, maka gejala ini akan menular pula didalam pakatan rakyat?

Sangkakala tidak bermaksud mengatakan bahawa semua pegawai atau kakitangan kerajaan ini bersikap seperti itu, masih ada lagi yang baik dan jujur, tetapi kebaikan serta kejujuran itu tidak terpahat di muka kakitangan kerajaan dan ini adalah sesuatu yang amat sukar untuk kita semua kesan.

Mungkin kita biasa dengar dengan perkataan bahawa kemasukan mereka ke dalam parti pembangkang adalah kerana tidak tahan dengan rasuah dan sebagainya, tetapi pembangkang merisik siapa mereka ini yang sebenanya? Adakah pembangkang mengkaji latar belakang mereka dengan sebaik-baiknya?

Pembangkang hanya menerima kemasukan mereka dengan  merasakan ini adalah cara untu menawan putrajaya, dengan tidak mengambil langkah berjaga-jaga terlebih dahulu.

Sangkakala amat yakin jika pembangkang menjadi kerajaan maka kes-kes rasuah yang melibatkan kakitangan kerajaan ini tidak dapat dibendung dan dihapuskan malah mungkin akan menjadi lebih teruk lagi.

Kerajaan pada hari ini begitu komited dalam melaksanakan program-program membanteras kegiatan rasuah, tetapi seperti biasa tidak akan ada kegiatan jika tidak ada permintaan, maka dengan itu juga adalah amat sukar untuk kerajaan membanteras kegiatan ini, dan kini pembangkang pula mengambil mereka sebagai ahli parti dengan cara dijaja keasa kemari kononnya untuk membongkar segala kejahatan kerajaan sedangkan kejahatan itu semuanya berpunca dari mereka sendiri.

Bak kata pepatah 'lempar batu sembunyi tangan' itulah yang boleh diibaratkan kepada kakitangan-kakitangan ini. Seperti yang Sangkakala katakan tadi, tidak semua yang bersifat begitu, tetapi yang mnaa berpaling melawan arus kita senidir perlu fikir-fikirkan kenapa, menagapa dan sebab apa.

Cuma jangan sesekali mengatakan bahawa mereka sudah jemu muak atau sebagainya kerana seperti juga yang Sangkakala katakan tadi, mereka ini semua mempunyai pendapatan puluhan ribu sebulan selama mereka nerkhidmat dalam kerajaan.

1 ulasan:

Wan Mokhtar Bin Awg.Ramlee Al-Sambas @ Dave Li Wanji berkata...

UMporNO/LEMBUMNO BE END MEMANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN DGN RASUAH. RASUAH SINONIM DGN UMporNO. HIDUP PAKATAN RAKYAT.