Ahad, 24 Jun 2012
ANWAR IBRAHIM TAK BAYAR CUKAI LHDN
Setelah kisah Anwar mempunyai 20 akaun yang berjumlah Ringgit Malaysia 3 billion oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara baru-baru ini, nampaknya pelbagai bukti bakal didedahkan oleh individu yang mengenali beliau, ini termasuk juga Ummi Hafilda Ali yang juga merupakan saudara kandung kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.
Dalam diam rupanya Anwar buat kerja, dan sekarang beliau cuba untuk tunjuk baik dengan mengaatakan bahawa beliau ingin menjaga wang rakyat, beliau memperjuangkan hak rakyat sedangkan hak yang sebenarnya telah dilarikan terlebih dahulu.
Jika benar Anwar melarikan wang tersebut, maka sudah tentulah beliau tidak membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri kan?
Tapi Sangkakala nak tanya sikit disini, adakah semua individu dalam parti pembangkang membayar cukai tersebut? Dan kalau ada yang membayar cukai LHDN berapa ramai dan adakah mereka ini membayar sepenuhnya cukai tersebut?
Jika mereka tidak membuat bayaran cukai, ini bermakna mereka ini adalah warganegara yang tidak bertanggungjawab serta tidak mementingkan pembangunan yang perlu dibuat dengan menggunakan duit tersebut.
Fikir-fikirkanlah jika mereka-mereka ini menjadi pemerintah, sudah pasti mereka akan mengaut hasil keuntungan negara dan dibawa lari keluar sebelum mereka meninggalkan negara ini dalam keadaaan papakedana serta dalam keadaan miskin.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan