Ahad, 24 Jun 2012
KERAJAAN SELANGOR GUNA ALAMAT PELAJAR UNISEL UNTUK DAFTAR PEMILIH
Sangkakala dikejutkan baru sebentar tadi dengan kehadiran dua orang remaja yang mengatakan bahawa mereka mewakili SUK Negeri Selangor untuk mengenal pasti pengundi di kawasan Subang dan mungkin juga di kawasan-kawasan lain di dalam negeri Selangor.
Remaja tersebut (seorang lelaki dan perempuan) tersebut telah mnegetuk pintu rumah ibu Sangkakala dan bertanyakan tentang adik Sangkakala yang berada di dalam bilik pada ketika itu.
Setelah Sangkakala keluar, Sangkakala ditanya oleh remaja perempuan sama ada adik Sangkakala ada atau tidak dirumah.
Sangkakala membuat pertanyaan kepada beliau ada urusan apa untuk berjumpa dengan adik Sangkakala, remaja ini menjawab bahawa beliau adalah wakil dari SUK untuk mengaudit pengundi berdaftar.
Sangkakala sempat melihat borang yang diberikan oleh remaja tersebut dan jelas ianya adalah borang dari pejabat SUK kerajaan negeri Selangor yang meminta supaya borang tersebut diisi dengan pelbagai maklumat.
Antara yang Sangkakala lihat tadi ialah, siapa yang mendaftarkan adik Sangkakala sebagai pemilih, adakah SPR, KEMAS, atau sendiri.
Soalan lain yang terdapat didalam borang tersebut berbunyi begini, adakah penama bermastautin dialamat yang tertera diatas?
Untuk maklumat pembaca sekalian, diatas sekali sebelah kiri borang tersebut, tertera nama dan alamat penuh adik Sangkakala.
Persoalannya dari mana SUK dapat nama, alamat serta semua maklumat tersebut?
Setelah Sangkakala imbas kembali, kemungkinan alamat ini diperolehi dari pihak UNISEL kerana adik Sangkakala merupakan penuntut di Universiti milik kerajaan negeri tersebut.
Harap-harap lepas ni SPR perlu melakukan sesuatu, adakah kerajaan negeri diberi kuasa untuk mengaudit daftar pemilih seperti yang Sangkakala katakan tadi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan