Akhir-akhir ini kita melihat bahawa terlalu banyak rahsia-rahsia kerajaan yang dibongkarkan, ianya melibatkan bukan sahaja rahsia kecil, malah rahsia-rahsia yang boleh menggugat kemanan negara juga turut terbongkar.
Sangkakala dapat merasakan bahawa situasi ini amat merbahaya kepada keselamatan dan keharmonian tanah air yang mana ianya dapat memporak perandakan keamanan serta kemakmuran negara ini.
Sangkakala juga merasakan bahawa apa yang terjadi hari ini tidak sepatutnya terjadi, apatah lagi jika ianya melibatkan kakitangan kerajaan itu sendiri.
Persoalannya ialah, siapa yang membongkar rahsia-rahsia tersebut hingga dapat ke tangan pihak yang tidak sepatutnya?
Kenapa situasi ini boleh terjadi hinggakan minit mesyuarat serta kehadiran ahli lembaga mesyuarat juga di bocorkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Mungkinkah ada musang berbulu ayam di dalam kementerian atau Jabatan-jabatan yang terlibat?
Jika ianya melibatkan kakitangan kerajaan, sudah pastilah mereka ini berjawatan agak besar dalam kementerian atau jabatan tersebut hingga dapat membocorkan segala macam maklumat termasuk minit serta kehadiran, ini bermakna mereka juga turut sama hadir dalam mrsyuarat tersebut.
Sangkakala tidak mengatakan mereka ini merbahaya kepada pemerintah sahaja, ianya juga turut membahayakan rakyat.
Sangkakala mengambil pendekatan bahawa, tidak kira walau parti mana memerintah sekalipun, mereka ini dilihat seoerti api dalam sekam atau gunting dalam lipatan atau boleh juga diibaratkan seperti duri dalam daging yang menjadi parasit kepada negara.
Kita bayangkan jika mereka ini menjual maklumat serta rahsia negara kepada negara luar hanya semata-mata mereka akan mendapatkan imbuhan yang tidak seberapa, tetapi dijanjikan dengan pelbagai janji serta keselamatan jika mereka berbuat demikian.
Sangkakala berharap, agar kerajaan kita pada hari ini mecari jalan penyelesaian terbaik dalam menangani masalah ini, mungkin dengan cara mengeluarkan pengkhianat-pengkhianat ini dari dalam kementeria mahupun jabatan agar ianya dapat dibendung serta dikekang sebleum ianya merebak dengan lebih parah.
Tidak hairan pada Sangkakala jika satu masa nanti semua rahsia kewangan, keselamatan serta yang lain-lain akan jatuhnke tangan negara lain apatah lagi apabila ianya jatuh ke tangan pembangkang yang hanya menanti masa untuk memusnahkan negara demi mencapai niat mereka untuk menjadi pemerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan