Selasa, 12 Jun 2012

PAS JOHOR TERDESAK


Dengan apa yang telah dilakukan oleh Nizar lambai baru-baru ini ternyata PAS negeri Johor kini dalam keadaan terdesak, ini dapat dilihat daripada kenyataan keyua pemuda PAS pusat, Suhaizan Kaiat yang kini cuba mencari alternatif bagaimana untuk memenangi kerusi di negeri tersebut.

Suhaizan dalam kenyataan beliau meminta supaya Dr Puad Zarkashi menyertai parti itu semula, ini hanya kerana Dr Puad mengatakan bahawa PAS Johor kini berpecah dan tidak mungkin dapat memenangi kerajaan negeri itu pada pilihanraya yang akan datang.

Ini semua salah Nizar yang gatal mulut dengan mempertikaikan pembelian nombor plate WWW1 oleh KeBawah Duli Sultan Johor yang telah membangkitkan kemarahan rakyat di negeri itu.

Sangkakala dapat merasakan pemuda PAS pusat melihat jika Dr Puad menyertai semula parti tersebut maka kemarahan rakyat Johor setelah Sultan yang mereka kasihi dipertikaikan akan kembali reda semula.

Sangkakala yakin bahawa rakyat Johor tidak akan menerima parti yang mempunyai pemimpin seperti pemimpin-pemimpin PAS yang secara terang-terangan menghina Sultan, bukan sahaja Johor malah pernah terjadi di Perak satu ketika dulu.

Jadi rakyat Johor sudi-sudikanlah untuk menghalau parti yang kurang sopan ini keluar dari negeri JOhor Darul Takzim.

Tiada ulasan: