Khamis, 28 Jun 2012

MAHKAMAH TOLAK SAMAN BUKTI HUDUD BOLEH DILAKSANAKAN DI KELANTAN






Menteri Besar Kelantan merakamkan kesyukuran penolakan Mahkamah Rayuan terhadap saman dari tiga orang penduduk Kelantan yang menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi di negeri itu.

Mahkamah Rayuan Malaysia semalam yang secara sebulat suara telah menerima rayuan Kerajaan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB – BRI) dalam isu judi sekaligus membatalkan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi pada tahun lepas.

Saman tersebut telah dikemukakan pada Julai 2011 oleh tiga orang tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa dan Gan Han Chuan serta diiringi oleh anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Tuan Guru Nik Aziz ini kejayaan besar dalam usaha untuk memastikan dasar yang telah dilaksanakan semenjak tahun 1990 ini tidak diganggu gugat oleh mana-mana pihak. 

Bagi Sangkakala, ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa untuk melaksanakan undang-undang hudud berdasarkan kejayaan kerajaan negeri dalam mengenepikan saman tersebut.

Mengapa PAS Kelantan masih lagi mengatakan bahawa undang-undang hudud itu disekat atau di halang perlaksanaannya oleh kerajaan pusat?

Jelas ini semua hanya mainan PAS semata-mata dalam mengaburi mata dan minda pengundi serta rakyat. Isu hudud hanyalah untuk kepentingan politik semata-mata dan ianya bukanlah benar-benar hendak dijalankan oleh PAS.

Tiada ulasan: