Isnin, 11 Jun 2012

PAKATAN RAKYAT MULA BENCI NIZAR LAMBAI

Apa bila Nizar lambai mempertikaikan pembelian nombor plate WWW 1 yang di beli oleh Sultan Johor baru-baru ini, ramai di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat mengatakan apa yang di nyatakan oleh beliau adalah benar.

Mereka juga mempertikaikan pembelian tersebut dengan mengatakan bahawa Sultan Johor menggunakan wang rakyat dalam membeli nombor yang penuh kontroversi itu.

Tetapi sesuatu telah berlaku apabila ramai orang dikalangan rakyat Johor mahupun negeri-negeri lain memarahi kenyataan Nizar tersebut dengan mengatakan bahawa itu adalah hak Sultan.

Ini ditambah lagi dengan kenyataan Sultan Johor sendiri bahawa baginda tidak menggunakan wang rakyat dalam pembelian nombor tersebut.

Nizar telah di panggil oleh pasukan polis yang membuat siasatan apabila begitu ramai yang membuat aduan polis berkenaan dengan kenyataan yang di buat oleh Nizar didalam laman akaun twitter milik beliau tidak lama dulu.

Semalam telah diadakan satu himpunan secara aman oleh rakyat negeri Johor yang menyatakan sokongan mereka kebawah Duli Tuanku Sultan.

Menurut laporan juga, Sultan Johor merasa sebak semasa berucap di majlis menjunjung kasih yang turut di sertai oleh NGO-NGO bukan melayu di perkarangan Istana Rasmi Sultan.

Ini juga satu kejutan buat pakatan rakyat, kerana kita semua perlu maklum bahawa rakyat Johor amat kasih kepada Sultan mereka yang dianggap berjiwa rakyat dan begitu prihatin dengan masalah rakyat selama ini.

Apa bila perbuatan Nizar telah menitiskan air mata Sultan mereka, Sangkakala rasa adalah agak mustahil jika rakyat Johor boleh menerima kehadiran Pakatan Rakyat di negeri tersebut.

Perbuatan Nizar ini juga membuatkan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu bagaimana untuk menembusi kawasan-kawasan di Johor.

Sangkakala rasa tak perlu rakyat Johor memilih pakatan rakyat yang tidak menghormati institusi Raja di negara ini.

Belum mereka memerintah, mereka sudah berani untuk mempertikai hak keistimewaan Raja dan Sultan, jika mereka memerintah, tidak mustahil Raja atau Sultan di perlakukan lebih dari itu.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami rakyat johor takkn sesekali terima pakatan rakyat!!! kami sayang sultan dan negeri kami!!!

Tanpa Nama berkata...

Tiada masuk surga orang yang dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan. (HR. Muslim)