Ahad, 10 Jun 2012

ANWAR IBRAHIM GAGAL MATEMATIK

Kalau satu masa dulu orang atau rakyat Malaysia mengatakan bahawa Anwar Ibrahim pakar dalam kira-kira yang boleh menguntungkan negara nampaknya silap.

Anwar jelas menunjukkan bahawa beliau gagal dalam matematik apabila mengatakan bahawa jika kerajaan menghapus kira pinjaman PTPTN sebanyak RM 5 Billion negara tidak akan bankrap.

Anwar kata begitu kerana apa? Adakah Anwar bin Ibrahim ini bercita-cita untuk menjadi perdana menteri sepenggal dan kemudiannya akan melarikan diri setelah berjaya menghancurkan negara?

Sangkakala lama tak menulis, kerana sibuk dengan tugasan yang diamanahkan. Kini Sangkakala menulis lagi seperti biasa.

Baik, kita sambung semula cerita Anwar tadi, Anwar mengatakan bahawa pendapatan negara melalui pasaran minyak berjumlah RM 80 billion maka jika RM 5 billion diberi kepada pelajar makan negara ini tidak akan bankrap.

Nampaknya Anwar hanya mengira dari segi setahun atau sepenggal jika beliau menjadi perdana menteri.

Anwar mengatakan jika pendapatan negara sebanyak RM 5 billion diberikan kepada peminjam PTPTN untuk menghapus kira pinjaman bagi setahun, bagai mana pula dengan tahun-tahun yang mendatang?

Adakah minyak kita akan kekal selama-lamanya tanpa susut atau kehabisan? Bagaimana pula nanti jika kita kehabisan stok minyak sedia ada? Siapa pula yang akan memberikan bantuan sebanyak RM 5 billion tersebut?

Anwar hanya mengira selama dia boleh hidup atau dia memerintah untuk mengaut keuntungan, tetapi tidak mengira kebajikan untuk anak-anak muda atau pelajar dimasa hadapan.

Jika ini orang yang dipilih untuk menjadi perdana menteri ianya kemungkinan baik untuk generasi sekarang, tetapi bagaimana dengan anak-anak serta cucu-cucu kita nanti? Adakah mereka juga akan dapat seperti yang kita dapat pada hari ni?

Fikir-fikirkanlah, jangan kegembiraan yang kita perolehi pada hari ini tidak dapat kita warisi kepada waris yang akan datang.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: