Isnin, 30 April 2012

AZMIN ALI BUAT APA DALAM TANDAS DENGAN PEREMPUAN TU



Astaghfirullah, betul ke ni? Sangkakala menerima gambar ni dari seseorang melalui email, katanya gambar ni memang sahih dan nyata, tapi susah juga Sangkakala nak mengiyakan sama ada ainya betul atau tidak.

Sangkakala masukkan disini supaya pembaca dapat menilai sama ada gambar ini sahih atau bukan, sebab semua kita kenal dengan rupa bentuk Azmin Ali bukan? Jadi nilaikanlah sendiri ye.

Cuma Sangkakala rasa kalau gambar ini betul ianya tidak patut berlaku, maklumlah si Azmin ni timbalan Presiden PKR yang terhebat. Hebat hingga sanggup memberikan isteri sendiri diratah oleh manusia bernama Anwar (kata Nallakarupan ais krim).

JELAS NIK AZIZ KELIRU DENGAN ORANG SENDIRI



Sah Nik Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan tidak layak lagi untuk menjawat jawatan didalam PAS, beliau sendiri sudah keliru untuk membezakan pengikut PAS ataupun bukan. Ini jelas dalam kenyataan beliau bahawa yang melakukan keanasan di Dataran Merdeka kelmari dalam himpunan BERSIH adalah bukan dari golongan orang atau pengikut PAS.

Jika bukan pengikut PAS, mereka ni pengikut siapa? Yang baju berwarna merah yang mengatakan mereka adalah unit amal PAS itu pula datang dari mana?

Adakah itu juga nak dikatakan orang-orang UMNO atau BN?

Semua persoalan ini perlu dijawab oleh PAS, Nik Aziz juga kelihatan sudah mula mencari ruang untuk melepaskan diri dari bertanggungjawab dalam insiden keganasan kelmarin.

Nik Aziz juga mengakui beliau ada memberikan wang kepada peserta yang pergi ke Dataran Merdeka, dengan kenyataan ini terbukti bahawa Nik Aziz adalah salah seorang playmaker dalam himpunan tersebut.

Dengan cara memberi wang kepada peserta, maka beliau menggalakkan peserta untuk berhimpun dan seterusnya terjadi kekecohan yang kononnya dimulakan oleh pihak polis.

Jika difikirkan, pihak polis hanya menerima arahan untuk bertahan di Dataran Merdeka, apabila keadaan menjadi tegang maka adalah menjadi tanggungjawab polis untuk mengambil tindakan.

Dalam kejadian keganasan melampau yang dilakukan oleh pengikut-pengikut BERSIH, beberapa orang peserta himpunan serta anggota polis dilaporkan telah mengalami kecederaan dan dirawat dihospital.

Mungkin PAS kini amat terdesak untuk mendapatkan kuasa hingga sanggup melakukan apa saja termasuk berkompromi dengan pembela murtad iaitu Ambiga yang juga merupakan seorang penyokong LGBT.

Ahad, 29 April 2012

AMARAN DARI ANGKATAN TENTERA LAUT

Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (gambar) meminta Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin supaya berhenti mengeluarkan kenyataan mengaitkan pasukan tentera dengan dakwaan komplot rampasan kuasa tanpa sebarang bukti.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu perlu menunjukkan bukti bagi menyokong dakwaannya memandangkan beliau telah mengeluarkan kenyataan tersebut.

"Jangan libatkan kami dalam perkara begini. Memandangkan beliau telah buat kenyataan, beliau perlu tunjukkan bukti. Kalau tidak, jangan undi dia.

"Ada laporan polis dibuat terhadap beliau dan biarlah pihak berkuasa siasat," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis penutup Projek Jiwa Murni Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pembaikan Jeti Kampung Masjid di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak dalam ceramahnya Ahad lalu, mengeluarkan kenyataan kononnya Perdana Menteri ada mengadakan pertemuan dengan para pemimpin tentera dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Menteri Besar Perak itu juga menegaskan bahawa beliau bukan membuat dakwaan tetapi mahu mengetahui sama ada maklumat tersebut benar atau sebaliknya.

Ketika dihubungi pemberita semalam, Mohammad Nizar menyatakan beliau mendapat maklumat mengenai perkara tersebut daripada pegawai TLDM ketika mereka bertemu dalam beberapa program masyarakat di kawasannya serta sekitar Manjung.

Ditanya mengenai dakwaan Mohammad Nizar itu, Abdul Aziz menegaskan, pemimpin tersebut tidak wajar membuat tuduhan tanpa sebarang bukti.

"Beliau perlu menunjukkan bukti atau setidak-tidaknya mendedahkan identiti pegawai tentera yang dimaksudkannya," tegas beliau.

BUKTI HADI AWANG MENYOKONG KEGANASAN



Dalam Harakah Daily hari ini telah terbukti bahawa Presiden PAS, Datuk Haji Hadi Awang adalah penyokong kepada keganasan, ini dapat dibuktikan apabila beliau mengucapkan tahniah kepada perserta-peserta demo semalam kerana mengikut arahan, sila baca disini <klik> .

Apa yang dimaksudkan oleh Hadi Awang "mengikut arahan"? Adakah arahan untuk membuat huru-hara semalam juga adalah arahan dari pihak kepimpinan PAS?

Hadi Awang juga perlu di pertanggungjawabkan dengan insiden semalam yang membabitkan kecederaan beberapa orang anggota keselamatan serta kemusnahan harta awam serta kerajaan.

Hadi Awang nampaknya cuba untuk mengimbau kembali kisah Memali apabila Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya menemui ajal setelah mendengar amanat haji hadi yang mengatakan bahawa menentang kerajaan itu adalah jihad dan jika melibatkan kematian maka kematian itu adalah Syahid.

Setelah lebih 20 tahun, haji Hadi dengan mudah menarik balik amanat tersebut setelah beberapa orang pengikut PAS mati akibat bertempur dengan pihak berkuasa hinggakan mayat ustaz Ibrahim tidak dimandikan kerana percaya bahawa arwah mati syahid.

Kini sekali lagi Haji Hadi menyeru supaya pengikut-pengikut PAS bertempur dengan pasukan keselamatan hingga menyebabkan kecederaan dan kerosakan harta benda.

Haji Hadi juga perlu di dakwa atas perbuatan yang dilakukan olehnya, beliau perlu bertanggungjawab dalam keganasan semalam di Dataran Merdeka.

AMBIGA MULA KETAKUTAN

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga mengakui gagal mengawal emosi peserta demonstrasi Bersih 3.0 hingga memaksa polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata.


Sambil melahirkan rasa kecewa, Ambiga bagaimanapun menegaskan tindakan provokasi sebilangan penyokong Bersih hingga bertindak merempuh penghadang polis di Dataran Merdeka bertentangan dengan arahan yang dikeluarkan pihaknya.

Tindakan merempuh dan melanggar penghadang polis di Dataran Merdeka bukan sesuatu yang kita sokong.

Sejak daripada awal kita sudah berjanji untuk tidak melanggar sekatan. Saya percaya akibat daripada itulah pihak polis mengambil tindakan menembak meriam air dan gas pemedih mata," katanya

Bagi Sangkakala, itu semua adalah ayat-ayat Ambiga untuk melepaskan diri dari dipertanggungjawabkan dengan insiden semalam.

Dengan mengeluarkan kenyataan tersebut, tidak bermakna Ambiga dapat meloloskan diri dari dikenakan tindakan undang-undang.

Sabtu, 28 April 2012

AJARAN NIK AZIZ JELAS TERPESONG

Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan Mursyidul Am PAS ternyata membawa pengikut-pengikutnya ke jalan yang jauh terpesong.

Ini dapat kita lihat apabila beliau yang di gelar sebagai tuan guru menyeru kepada ahli-ahli PAS supaya mengikuti demonstrasi BERSIH 3.0 yang di ketuai oleh Ambiga.

Ambiga ialah peguam yang menjadi peguambela kepada Lina Joy yang pernah menggemparkan negara kerana memohon untuk menjadi murtad.

Nik Aziz terkenal kerana diiktiraf oleh pengikut-pengikut PAS sebagai seorang Ulamak dan seharusnya beliau tahu akan hukum hakam orang murtad dan orang yang menyokong usaha ke arah itu.

Adakah Nik Aziz nyanyuk, lupa atau sengaja tidak mahu peduli tentang semua itu? Adakah kerana terlalu taksub dengan kuasa makan semua itu diletakkan ke tepi?

Jelas lah kini ajaran yang di bawa oleh Nik Aziz memungkinkan seseorang itu mengikut telunjuk orang yang menyokong murtad serta seks bebas. Tapi apa nak dihairankan juga, Nik Aziz boleh memastikan seseorang itu terhapus dari segala dosa dan masuk syurga..

Taubat la Nik Aziz Nik Mat, sementara masih ada umur dikandung badan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BERSIH GAGAL DALAM DEMO

BERSIH hari ini melaporkan bahawa hampir 15000 orang mengikuti mereka dalam demonstrasi di Kuala Lumpur.

Apa yang Sangkakala nak katakan disini ialah, jika jawatankuasa BERSIH mengambil kira keseluruhan orang yang berada di sekitar tempat tersebut, memang Sangkakala tidak nafikan.

Apa yang menjadi kelakarnya ialah, cuba kita bayangkan tempat yang dihadiri oleh peserta-peserta tersebut semasa ketiadaan himpunan, adakah ianya kosong?

Sangkakala amat yakin semua tempat-tempat itu dipenuhi dengan manusia dan ianya tidak perlukan himpunan BERSIH.

Jadi himpunan kali ini Sangkakala anggarkan cuma dalam lingkungan 5000 orang dan selebihnya adalah orang yang sememangnya secara kebetulan berada di tempat himpunan.

BERSIH telah gagal.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KESILAPAN DIN PUDU KALI NI

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, yang membuat persediaan untuk bertanding di Johor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), di Kampung Skudai Kiri di sini semalam, penduduk berasa kurang senang dengan kehadiran beliau lantas berlaku sedikit kekecohan.

Kekecohan, yang dilihat sebagai ujian awal ke atas beliau, berlaku apabila sebahagian mereka berkeras tidak mahu pemimpin parti itu mencampuri urusan berkaitan pemilikan tanah di kawasan berkenaan.

Kedatangan Salahuddin yang ditemani Ketua Pemuda Pas negeri, Suhaizan Kaiat bersama lebih 20 penyokong pada jam 12.25 tengah hari menerima sambutan dingin penduduk, malah kenderaan pacuan empat roda yang mereka naiki diketuk dari luar sehingga memaksa pasukan polis datang untuk menenangkan keadaan.

Setelah keadaan beransur reda, Salahuddin yang kelihatan tenang kemudian menghampiri sekumpulan orang kampung yang sedang berkumpul setelah diberi tempoh sepuluh minit untuk bercakap oleh pihak polis.

Ahli Parlimen Kubang Kerian ini disahkan akan bertanding di Johor kali ini tetapi kerusinya belum disahkan lagi.

Dalam ucapan ringkas beliau berkata, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed adalah rakan baiknya di Parlimen dan kehadirannya di kampung itu adalah untuk membantu menyelesaikan masalah penduduk.

“Umno dan Pas adalah parti sahaja. Kita semua orang Melayu dan tidak perlu bergaduh. Kalau saya bertanding di sini pun, belum tentu menang atau kalah, jadi biar kita sama-sama perjuangkan hak rizab Tanah Melayu ini.

“Kedatangan saya ke sini sekadar mahu memberi bantuan. Saya akan cuba memanjangkan isu ini ke peringkat Parlimen dan kementerian yang berkaitan bagi menuntut hak kepada mereka yang berhak,” katanya sebelum beredar menuju ke kenderaannya semula.

Sangkakala rasa ayat yang dilontarkan oleh Din Pudu ni cuma ayat untuk coverline je sebab dah malu dengan sambutan penduduk setempat.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada Ketua Umno Cawangan Skudai Kiri 2, Mohd Sultan Abdul Rahim yang berkata, kehadiran Salahuddin memang tidak dapat diterima, apatah lagi Pas tidak mempunyai cawangannya di kampung tersebut.

Malah dakwanya, dokumen memorandum penduduk yang dibawa Suhaizan juga adalah salinan kepada apa yang telah disuarakan mereka selama ini.

“Bagi saya kehadiran mereka (Salahuddin dan Suhaizan) hanya menyemak di sini. Isu yang cuba dibawa juga telah kami perjuangkan sejak tahun 2003 lagi.

“Kami yang membawa segala bentuk tuntutan penduduk Skudai Kiri kepada Ahli Parlimen, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman. Tiba-tiba orang Pas datang dan kata mahu perjuangkan nasib penduduk," katanya.

Sementara itu, bekas ketua kampung, Mohamed Ibrahim berkata, segelintir penduduk tidak faham dan tidak sabar dengan permohonan yang dibuat, lalu mewujudkan laluan kepada orang luar untuk mengambil kesempatan.

Katanya, segala permohonan yang dibuat itu perlu melalui prosedur dan protokol yang ditetapkan.

“Sebagai contoh, kawasan yang ditambak di bahagian belakang bukan sebahagian daripada kampung itu tetapi adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

"Namun, kontraktor datang memberi pampasan, malah laluan sungai untuk kegunaan nelayan juga telah diusahakan,” katanya.

Jumaat, 27 April 2012

RUPANYA NIK AZIZ PUN SAMA MACAM ANWAR

Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan menyeru kepada semua pengikut PAS agar turut sama dalam himpunan BERSIH 3.0 yang akan diadakan esok oleh jawatankuasa BERSIH yang diketuai oleh Ambiga.

Mungkin juga ada sesetengah orang lupa bahawa Ambiga ini adalah penyokong kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual atau LGBT.

Sangkakala hairan kenapa Nik Aziz sanggup untuk menyeru kepada semua pengikut PAS agar mengikut orang yang secara terang-terang telah menentang hukum alam serta hukum Allah, adakah semata-mata kerana Nik Aziz merasakan hanya dengan cara itu maka populariti PAS serta beliau akan naik serta mendapat sokongan semua pihak?

Jika itu tujuan atau matlamat nik Aziz ternyata apa yang dicanangkan oleh beliau serta PAS selama ni memang tidak layak diberi penghormatan dan sekiranya iu tidak menjadi agenda utama, apakah agenda disebalik semua ini/

Sangkakala mendapat laporan dari seorang rakan bahawa, 3 buah bas dipenuhi oleh pak lebai telah turun ke Kuala Lumpur untuk memberi sokongan kepada pengamal LGBT serta pembela murtad Malaysia ini.

Adakah semua ini berbaloi dengan apa yang diperjuangkan oleh puak-puak PAS yang melaung-laungkan agama sebagai pegangan hidup mereka? Adakah islam menggalakkan kita menyokong orang seperti Ambiga?

Seperti biasa, fikir-fikirkanlah kerana kita semua adalah manusia yang dikurniakan oleh Allah dengn akal dan fikiran.

ANAK AZMIN ATAU ANWAR NI

Persoalan demi persoalan terpacul keluar dari kepala rakyat Malaysia, tambahan lagi apa bila Datuk Dr Hasan Ali mencabar Azmin Ali membuat ujian DNA keatas anak perempuan beliau.

Kini kita lihat pula anak pemimpin kedua tertinggi PKR dalam keadaan pakaian yang boleh dikatakan mengghairahkan juga.

Sangkakala dapat gambar ini melalui Facebook yang di upload oleh seorang rakan.

Wow hebat remaja perempuan ni rupanya, dalam sibuk PKR dan PAS mencanangkan pelbagai isu, anak remaja ini pula menjadikan dirinya isu yang hangat.

Berpakaian mendedahkan bukan sahaja aurat, malah terdedah seluruh badan cuma yang tertutup hanyalah alat sulit, sudah cukup membuktikan bahawa remaja ini bermasalah.

Apa kata orang PAS bila terjumpa gambar yang sebegini? Adakah menutup mata dan mengatakan biarlah?

Persoalan ini biarlah dijawab oleh mereka-mereka yang arif dalam soal agama tambahan pula mereka selalu mengatakan bahawa pemimpin serta keluarga pemimpin yang bersekutu dengan mereka tidak pernah melakukan kesilapan serta kesalahan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

ARAHAN MAHKAMAH APA KATA AMBIGA

Hari ini mahkamah telah memutuskan bahawa tidak dibenarkan sesiapa juga berada secara berkumpulan atau melakukan apa-apa himpunan di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei 2012 nanti.

Ini adalah arahan dari mahkamah persekutuan yang mengharamkan perhimpunan khususnya BERSIH 3.0 yang dijadual akan dijalankan esok dengan slogan 'Duduk Bantah'.

Kita lihat sama ada Ambiga akan membawa pengikut-pengikut haramnya ke Dataran Merdeka esok atau pun tidak.

Bagi Sangkakala, selaku seorang peguam dan pernah memegang jawatan Presiden Majlis Peguam Malaysia sudah pasti Ambiga tau bahawa arahan atau perintah mahkamah tidak boleh diperkecilkan dan jika ianya terjadi maka sipelaku boleh didakwa.

Esok adalah hari dimana kita semua dapat melihat sejauh mana si Ambiga ini menghormati undang-undang dan jika beliau melanggar arahan tersebut, Sangkakala cadangkan agar taraf profesional dan warga negara beliau ditarik balik termasuk dengan gelaran Datuk yang diperolehi oleh beliau.

Ini berikutan, tidak ada gunanya beliau menyimpan taraf profesional jika beliau sendiri tidak tau menghormati undang-undang negara ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

TAHNIAH KEPADA NFCORP

Sangkakala pernah mengeluarkan artikel bahawa pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli boleh didakwa berikutan beliau telah mendedahkan akaun syarikat NFC.

Mengikut akta BAFIA 1989 adalah menjadi satu kesalahan sekiranya mana-mana pihak mendedahkan akaun mana-mana pihak kepada umum.

Disini Sangkakala ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Dr Mond Salleh Ismail kerana telah tampil membuat laporan polis keatas Rafizi Ramli.

Sebelum ini juga, seorang pelakon telah membuat laporan polis terhadap ahli parlimen Ampang, YB Zuraidah atau Mak Lampir yang juga telah mendedahkan akaun pelakon tersebut kepada umum.

Jadi kepada kedua-dua mereka ini, bersiap sedialah untuk membayar kompaun atau denda yang dikenakan nanti.

Akta BAFIA adalah sebuah akta perbankan dibawah akta Bank Negara 1989.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Khamis, 26 April 2012

TANAH SUCI MEKAH JADI MAINAN BERSIH

Madinah ialah kota paling suci yang kedua bagi umat Islam. Hal ini adalah kerana di Madinah terletaknya Masjid an-Nabawi yang mana terdapat makam Nabi Muhammad s.a.w.. Kawasan itu dibina di atas tapak rumah Nabi Muhammad s.a.w. Rumah baginda kemudiannnya menjadi sebahagian daripada bangunan masjid apabila masjid itu diperbesarkan oleh Khalifah Al Walid ibni Abdul Malik daripada Kerajaan Ummaiyyah.

Sepatutnya bila umat Islam niat mengerjakan ibadat UMRAH ke kota suci Mekah dan Madinah, sebaik-baiknya meninggalkan soal politik, kerja, duniawi apatah lagi sebuah demonstrasi yang dipimpin oleh bukan islam, Ambiga S yang juga menyuarakan kebebasan Seks Sejenis di negara kita yang diiktiraf sebagai Negara Islam oleh Organization of Islamic Congress (OIC).

Pada pendapat saya, ini adalah satu penghinaan besar terhadapa agama Islam sehingga mereka sanggup lalai dan taksub terhadap demonstrasi BERSIH 3.0 yang jelas dan nyata tiada pendiriaan kerana 8 Agenda mereka telah dijawab dengan fakta oleh Kerajaan serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Kesian bila melihat umat Islam pergi ke kota Madinah semata-mata untuk memakai baju BERSIH dan mencari simpati di luar negara.

http://m.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.malaysiawaves.com%2F2012%2F04%2Fpelancaran-bersih-30-di-mekah-dan.html&h=NAQHEWi4r

Shahrul Nasrun B. Kamarudin
President Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PEMIMPIN NEGERI DITIPU PENGARAH PROGRAM BERGELAR DATO

Sama ada benar atau tidak masih lagi belum dipastikan, tapi apa yang Sangkakala dengar kejadian ini memang berlaku.

Seorang pengarah program dikatakan menipu pemimpin beberapa buah negeri dengan mengatakan dirinya bergelar Dato'. Ini semua kerana beliau ingin mengadakan program untuk negeri-negeri tersebut.

Betul ke? Jika betul, ini adalah kes berat yang perlu diambil serius, tapi yang Sangkakala tau orang yang dimaksudkan memang tidak pernah diberikan darjah atau bintang yang membawa gelaran Dato'.

Perkara ini perlu diambil serius kerana ianya boleh dikira sebagai penipuan identiti membabitkan pingat atau bintang atau darjah kebesaran. Harap-harap ada mana-mana pemimpin yang boleh untuk memastikan agar perkara ini tidak berulang. Dengar khabar juga program terkini beliau akan dijalankan di negeri Perak.

Sangkakala harap agar orang yang suka menggunakan gelaran tersebut menghentikan sikap yang sebegitu, tak guna menipu identiti, tunjukkan yang kita mampu untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (12)


TUDUHAN

Isu pengundi hantu.

JAWAPAN

Isu “pengundi hantu” yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu telah berkali-kali diperjelaskan oleh SPR sebelum ini bahawa pengundi hantu tidak wujud di dalam pilihan raya di negara ini. Pada SPR, dakwaan “pengundi hantu” adalah satu tohmahan yang sengaja diadakan oleh pihak-pihak tertentu bermotifkan politik serta bertujuan untuk memburukkan imej SPR di mata umum.

Hakikatnya tohmahan tersebut tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak samaada di mahkamah atau di luar mahkamah.

Dalam sejarah pilihan raya di negara ini, isu pengundi hantu tidak pernah terbukti dalam mana-mana petisyen pilihan raya yang di failkan di mahkamah selepas pilihan raya.

Semasa pilihan raya, apa yang berlaku ialah terdapat pemilih berdaftar yang telah tidak bermastautin di alamat tempat beliau mendaftar sebagai pemilih.

Apabila tiba pilihan raya, pemilih berkenaan balik mengundi di tempat beliau telah mendaftar sebagai pemilih.

Oleh yang demikian, pemilih berkenaan adalah seorang pengundi yang sah dari segi undang-undang, bukannya “pengundi hantu” sebagaimana yang sering didakwa oleh pihak yang menuduh SPR sengaja membiarkan nama-nama pengundi berkenaan di kekalkan di dalam daftar pemilih.

Walaupun mereka tidak bermastautin di dalam kawasan pilihan raya berkenaan.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (11)


TUDUHAN

Isu anggota polis dan pasangan didaftar sebagai pengundi pos.

JAWAPAN

Mengikut Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003, anggota polis dan pasangan Polis Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah golongan yang layak mengundi secara pos. Perkara ini disebut dengan jelas di bawah sub peraturan 3(1)(c) undang-undang tersebut.

Prosedur memproses permohonan pendaftaran pengundi pos bagi anggota polis di buat secara teliti bagi mengelak berlakunya pendaftaran berganda di kalangan mereka di mana nama seseorang pengundi pos berkenaan tidak akan wujud di dalam senarai pengundi awam.

Seperti juga dengan anggota tentera, anggota polis juga akan mengundi secara pengundian awal pada PRU-13 nanti. Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan tugasan operasi, mereka bolehlah memohon untuk mengundi secara pos.

Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan anggota polis dan pasangan PGA didaftarkan sebagai pengundi pos tidak seharusnya ditimbulkan.



JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (10)


TUDUHAN

Isu isteri anggota tentera sebagai pengundi pos

JAWAPAN

Peraturan 3 (1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 menetapkan isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera adalah berhak mengundi secara pos.

Justeru itu, pertikaian terhadap kedudukan pasangan tentera mengundi secara pos tidak sewajarnya berbangkit.

Untuk PRU-13 akan datang, golongan tersebut yang dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir, dan berhak mengundi secara pos, SPR akan memperkenalkan kaedah Sistem Pengundian Awal untuk mereka.

Isteri atau suami kepada anggota angkatan tentera akan mengundi awal di Pusat-pusat Mengundi Awal yang akan dibuka dan diuruskan oleh pegawai-pegawai SPR di dalam kem di mana mereka didaftarkan sebagai pengundi.

Bagaimanapun, bagi mereka yang terlibat dengan operasi, mereka boleh memohon untuk mengundi secara pos.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (9)


TUDUHAN

SPR gagal memastikan akses media yang saksama kepada semua pihak semasa sesuatu pilhanraya

JAWAPAN

Kuasa untuk mengawal media semasa pilihan raya tidak terletak di bawah bidang kuasa dan tanggungjawab SPR. Apatah lagi bagi media milik swasta yang mempunyai dasar dan pendekatan berbeza berhubung dengan sokongan dan sikap mereka terhadap isu-isu yang berbangkit tentang pilihan raya.

Justeru, mereka bebas untuk membuat laporan mengikut selera dan kepentingan mereka. SPR tidak diperuntukkan kuasa bagi mengawal mana-mana media supaya menyediakan akses yang saksama kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya. Walaubagaimanapun, untuk PRU-13, SPR akan berbincang dengan pihak yang berkenaan dalam usaha untuk mewujudkan ruang dan akses yang saksama terhadap media awam kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya.

Selain itu SPR juga akan berbincang dengan beberapa pemilik media swasta utama (media elektronik dan media cetak) untuk mendapatkan kerjasama mereka dalam usaha mewujudkan akses media yang saksama kepada semua parti politik dan calon yang bertanding.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (8)


TUDUHAN

SPR sengaja menambah ramai petugas yang akan mengundi secara pos pada PRU ke 13 nanti.

JAWAPAN

Sub peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 memperuntukkan kepada mana-mana Pegawai Pilihan Raya yang menjalankan tugas pada hari pengundian boleh memohon untuk mengundi secara pos.

Justeru, melalui peruntukan tersebut petugas-petugas SPR dibenarkan membuat permohonan kepada Pegawai Pengurus di kawasan masing-masing untuk mengundi secara pos.

Bagaimanapun, tidak kesemua petugas SPR akan mengundi secara pos. Bagi mana-mana petugas yang bertugas di Pusat Mengundi di mana dia adalah pemilih berdaftar di kawasan berkenaan, petugas tersebut biasanya akan mengundi secara pengundian biasa, sama seperti pemilih awam yang lain.

Demikian juga, sekiranya seseorang petugas SPR itu bertugas di sebuah Pusat Mengundi yang berdekatan dengan Pusat Mengundi lain di mana nama beliau berdaftar di kawasan berkenaan, beliau akan diberi kelonggaran untuk pergi mengundi sebagai pengundi biasa di Pusat Mengundi berkenaan.

Adalah menjadi amalan SPR untuk melantik seseorang petugas dari kalangan mereka yang datang dari sesuatu kawasan di mana mereka mendaftar sebagai pemilih. Ini akan membolehkan mereka mengundi sebagai pengundi biasa pada hari pengundian.

Bagaimanapun perlu disedari untuk pilihan raya umum, SPR perlu melantik jumlah petugas yang ramai. Justeru itu, amatlah sukar untuk SPR memastikan mereka yang dilantik itu terdiri daripada pemilih di kawasan mereka bertugas.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (7)


TUDUHAN

berlaku peningkatan pengundi secara mendadak di beberapa kawasan yang diwakili calon pembangkang.

JAWAPAN

Langkah SPR secara agresif menjalankan promosi menyeru rakyat mendaftar sebagai pengundi, ditambah pula dengan suasana semasa yang hampir dengan PRU-13 merupakan faktor utama yang menyebabkan pendaftaran pemilih mencatatkan peningkatan yang tinggi sehingga suku tahun keempat tahun 2011.

Peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku secara menyeluruh di semua bahagian pilihan raya di seluruh negara. Walaubagaimanapun, terdapat bahagian-bahagian pilihan raya yang mencatat peningkatan yang lebih tinggi daripada yang lain seperti yang berlaku di beberapa negeri dan di beberapa bahagian pilihan raya tertentu.

Perkara ini tidak harus dipertikaikan kerana sehingga Jun 2011, masih terdapat sejumlah 3.7 juta warganegara Malaysia yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pengundi. Jumlah mereka yang belum mendaftar yang tertinggi mengikut negeri ialah di negeri Selangor diikuti dengan Wilayah Persekutuan, Johor, Perak dan lain-lain. Maka, jika peningkatan pendaftaran yang tinggi berlaku di negeri Selangor, itu adalah sesuatu yang selari dengan fakta di mana seramai 750,000 warga yang masih belum mendaftar sehingga Jun 2011 adalah terdiri daripada warga Selangor.

Di sesetengah bahagian pilihan raya peningkatan jumlah pendaftaran telah berlaku dalam kadar yang tinggi dengan peratusan melebihi 30 peratus berbanding dengan kedudukan bilangan pemilih pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (2008). Ini termasuklah kawasan-kawasan seperti P.107 Subang (34%), P.158 Tebrau (34%), P.111 Kota Raja (33%), P.086 Pekan (33%), dan P.032 Gua Musang (30%).

Pertambahan jumlah pendaftaran pengundi ini bukanlah satu perkara yang dirancang oleh SPR bagi tujuan tertentu sepertimana yang didakwa oleh beberapa pihak. Sebaliknya ianya berlaku disebabkan masih terlalu ramai mereka yang layak mendaftar sebagai pemilih di seluruh negara, termasuk Selangor, yang belum mendaftar sebagai pemilih.

Ekoran dari promosi pendaftaran yang agresif dan berterusan, mereka mula sedar dan tampil mendaftar secara besar-besaran melalui pejabat-pejabat pos dan penolong-penolong pendaftar yang dilantik oleh SPR di seluruh negara.




JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (6)


TUDUHAN

Daftar pemilih SPR kotor kerana mengandungi ramai pemilih yang didaftarkan di satu-satu alamat

JAWAPAN

Tanggapan umum terhadap kajian MIMOS bahawa terdapat ramai pemilih yang berdaftar secara berkelompok di satu-satu alamat adalah tidak tepat. Apa yang berlaku ialah pihak MIMOS telah tersalah tafsir dengan menganggap pemilih yang mendaftar dalam suatu kawasan Lokaliti yang sama sebagai pendaftaran di satu alamat yang sama.

Hakikatnya ialah apa yang dilakukan oleh SPR adalah untuk membolehkan mereka yang mendaftar dapat ditentukan Daerah Mengundi dan Pusat Mengundinya. Untuk itu, SPR menetapkan dasar dengan merangkumkan beberapa alamat pendaftaran tersebut di dalam sebuah Lokaliti.

Dalam peta pilihan raya, Lokaliti adalah unit yang terkecil yang mengandungi beberapa alamat, dan kemudiannya melalui beberapa Lokaliti dibentuk menjadi Daerah Mengundi dan daripada beberapa Daerah Mengundi pula terbentuknya bahagian pilihan raya DUN dan seterusnya menjadi bahagian pilihan raya Parlimen.

Sebagai contoh, di Lokaliti Kampung Melayu Majidee di Johor, yang telah dianggap sebagai satu alamat yang mempunyai lebih daripada 100 pemilih, di Lokaliti berkenaan sebenarnya terdapat berpuluh-puluh alamat lengkap dan yang tidak lengkap.

Alamat-alamat tersebut kemudiannya disatukan sebagai satu Lokaliti iaitu Lokaliti Kampung Melayu Majidee. Hal ini telah disalah tafsir oleh MIMOS sebagai satu alamat, walhal ia sebenarnya adalah merupakan satu Lokaliti dalam Daerah Mengundi.



JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (5)



TUDUHAN

Masih ramai pemilih berusia lebih seratus tahun dalamdaftar pemilih SPR

JAWAPAN

Pemotongan nama seseorang pemilih berdaftar hanya dapat dibuat atas dua sebab iaitu pertama, pemilih telah meninggal dunia mengikut pengesahan rekod di JPN dan kedua, pengesahan hilang kelayakan sebagai pengundi berdasarkan bukti pengesahan dari jabatan-jabatan yang berwajib.

Justeru itu, walaupun umur seseorang pemilih itu telah melangkaui 100 tahun, undang-undang tidak membolehkan SPR untuk memotong nama mereka sewenang-wenangnya atas anggapan bahawa mereka mungkin telah meninggal dunia.

Jikalau ada mana-mana pihak yang mengetahui dan dapat membuktikan bahawa terdapat waris mereka yang telah meninggal dunia, SPR berharap mereka tampil ke JPN untuk mengemaskinikan rekod kematian waris berkenaan. Dalam soal pengesahan rekod kematian seseorang warganegara, SPR terpaksa bersandarkan kepada maklumat yang sahih daripada pihak JPN bagi mengelak penipuan atau sebagainya.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (4)


TUDUHAN

SPR telah mendaftar pemilih yang terdiri dari warga asing yang telah mendapat taraf warga negara


JAWAPAN

Hanya warganegara Malaysia sahaja yang layak dan berhak untuk menjadi pengundi dalam pilihan raya di negara ini. Mereka yang bukan warganegara mustahil akan dapat mendaftar sebagai pengundi.

Sesiapa sahaja warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun dan ke atas yang memohon untuk di daftarkan sebagai pemilih, permohonan mereka akan diproses sewajarnya melalui sistem komputer dan mengikut tatacara pemerosesan yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Justeru itu, tidak timbul persoalan tentang siapa atau apa jua latar belakang seseorang warganegara itu apabila ia memohon untuk menjadi pemilih kerana yang menjadi asas kelayakan ialah seseorang itu mestilah terdiri daripada warganegara Malaysia dan telah mencapai umur 21 tahun dan ke atas serta memenuhi apa-apa syarat kelayakan lain yang ditetapkan di bawah Perlembagaan.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (3)


TUDUHAN

SPR gagal membersihkan daftar pemilih. seramai 42,015 pengundi awam ragu masih berada dalam daftar pemilih SPR hingga sekarang.

JAWAPAN

Sebagai langkah yang berterusan untuk membersihkan Daftar Pemilih, SPR telah menghantar Daftar Pemilih Induk (DPI) yang melibatkan kesemua nama 12.5 juta pemilih berdaftar kepada pihak JPN pada bulan Julai 2011 untuk semakan secara menyeluruh bagi tujuan pengesahan dan pembersihan.

Pada bulan September 2011, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa dari jumlah 12.5 juta tersebut, terdapat sebanyak 42,051 nama-nama pemilih yang tidak memiliki maklumat yang jelas dan sahih. Ini bermakna nama-nama 42,051 pemilih berdaftar berkenaan ada di dalam rekod di JPN, tetapi masalahnya mereka tidak dapat dihubungi untuk diminta datang mengemaskini status terkini kedudukan mereka kerana ketiadaan alamat yang jelas.

Di waktu yang sama mereka juga telah tidak datang ke mana-mana pejabat JPN untuk mengemaskinikan status mereka. Oleh yang demikian, SPR membuat keputusan mengkategorikan 42,051 nama-nama berkenaan sebagai pemilih awam di bawah status yang diragui kesahihannya disebabkan ketiadaan maklumat yang terkini tentang status mereka.

Berikutan itu, sebagai langkah yang betul serta bagi menjamin hak rakyat selaku pemilih berdaftar yang dijamin di bawah Perlembagaan, SPR tidak boleh memotong nama-nama mereka dari daftar pemilih sewenang-wenangnya tanpa pengesahan dari jabatan yang berwajib iaitu JPN. SPR sebaliknya mengambil inisiatif untuk mempamerkan kesemua 42,051 nama berkenaan selama tiga bulan untuk memberi peluang kepada orang ramai khususnya pemilih untuk tampil mengemaskinikan maklumat mereka di JPN dan SPR supaya nama mereka dapat dikemaskini atau dikeluarkan daripada senarai pemilih awam ragu tersebut.

Dalam tempoh pemeran itu juga, SPR telah turut mengedarkan nama-nama berkenaan kepada Ibu Pejabat semua parti politik utama serta pemimpin-pemimpin politik di peringkat Parlimen dan DUN yang berkenaan di seluruh negara untuk mendapat bantuan dalam usaha mencari pengesahan dan maklum balas berhubung dengan kedudukan alamat dan status terkini pemilih-pemilih yang berkenaan.

Bagaimanapun, di sepanjang tempoh tiga bulan pemeran tersebut berlangsung, sambutan yang diterima oleh SPR sama ada dari parti-parti politik atau orang ramai amat dingin. Pada 28 Mac 2012, pihak JPN telah memberi maklum balas kepada SPR bahawa melalui semakan yang terperinci dan berterusan oleh pihak mereka, jumlah pemilih yang diragui itu telah berkurangan kepada 40,803 orang.

Ini berikutan terdapat di kalangan mereka yang tampil ke JPN untuk mengemaskini maklumat kad pengenalan mereka manakala yang lain terdapat waris-waris yang tampil dengan membawa bukti kepada JPN mengenai kematian ahli keluarga atau saudara mara mereka.

Undang-undang SPR tidak membenarkan mana-mana nama dalam daftar pemilih dipotong sewenang-wenangnya tanpa pengesahan oleh pihak JPN. Oleh yang demikian, nama 40,803 pemilih awam ragu tersebut perlu terus kekal berada di dalam daftar pemilih bagi menjamin hak mereka yang dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan.

SPR hanya memotong nama-nama mereka daripada daftar pemilih setelah mendapat pengesahan secara rasmi dari pihak berwajib iaitu JPN sama ada mereka telah meninggal dunia atau hilang taraf kewarganegaraan, atau hilang kelayakan atas sebab-sebab lain seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Oleh yang demikian, selagi pengesahan muktamad tidak diperolehi dari pihak JPN, kesemua nama 40,803 pemilih berkenaan perlu dikekalkan di dalam Daftar Pemilih Induk.



JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (2)


TUDUHAN
Kawasan mengundi YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah di pindah secara tidak sah oleh SPR

JAWAPAN SPR

Dakwaan yang mengatakan bahawa kawasan mengundi bagi YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah dipindahkan secara tidak sah oleh SPR adalah tidak benar dan tidak berasas. SPR telah memberi penjelasan terperinci kepada Ahli-Ahli Parlimen pada 16 April 2012 berhubung perkara ini.

Walaubagaimanapun perkara ini terus diputar belit untuk mengelirukan orang ramai yang tidak faham tentang isu pembetulan kedudukan Lokaliti di dalam sesuatu Daerah Mengundi yang terletak di dalam kawasan DUN dan Parlimen.

Apa yang sebenarnya berlaku di dalam kes yang melibatkan alamat dalam Lokaliti YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim ialah SPR hanya membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang telah tersalah letak di dalam kawasan pilihan raya. Proses ini dijalankan mengikut Peruntukan sub peraturan 25(3) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih 2002).

YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim telah mendaftar sebagai pemilih pada 1/1/1985 dengan menggunakan alamat Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor. Semasa pendataan borang pendaftaran tersebut, petugas SPR telah meletakkan alamat Lokaliti beliau iaitu Jalan 16/2 di dalam kawasan DUN N.34 Bukit Gasing /Parlimen P.105 Petaling Jaya Selatan iaitu berdasarkan kepada alamat di dalam borang pendaftaran tersebut. Pada masa itu SPR tidak menyedari bahawa di lapangan yang alamat Lokaliti Jalan 16/2 itu adalah sebenarnya terletak di dalam Wilayah Persekutuan di mana Jalan Datuk Abu Bakar merupakan sempadan rasmi antara negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

 Lokaliti Jalan 16/2 di mana YAB Tan Sri Abd Khalid bin Ibrahim berdaftar sebenarnya berada di dalam kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Apabila sistem EGIS dilaksanakan SPR mula menyedari kesilapan penentuan kedudukan Lokaliti berkenaan. Maka selaras dengan tindakan pembetulan Lokaliti yang sedemikian di kawasan-kawasan lain di seluruh negara, SPR juga membuat pembetulan kedudukan Lokaliti terhadap Lokaliti Jalan 16/2 Seksyen 16, Petaling Jaya. Di atas muka bumi, Lokaliti tersebut sebenarnya terletak di kawasan Parlimen P.121 Lembah Pantai, Wilayah Persekutuan. Ianya sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen.

Bagi mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan lanjut berhubung dengan perkara tersebut, mereka bolehlah datang ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat SPR Negeri Selangor atau Pejabat SPR Wilayah Persekutuan.

JAWAPAN KEPADA TUDUHAN OLEH JAWATANKUASA BERSIH DARI SURUHANJAYA PILIHANRAYA (1)



TUDUHAN
Pengundi di satu-satu kawasan bagi membolehkan Barisan Nasional beroleh kemenangan pada PRU Ke-13 nanti

JAWAPAN SPR 
Dakwaan tersebut merupakan suatu fitnah dan tidak berasas sama sekali. SPR tidak pernah melakukan apa-apa perubahan terhadap sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN atau pun Parlimen kerana urusan berkenaan hanya dapat dilakukan apabila tiba masanya mengikut peruntukan Perkara 113(A) Perlembagaan Persekutuan.

SPR telah pun mengeluarkan pengumuman bahawa urusan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya hanya akan dijalankan apabila tiba masanya selepas PRU-13. SPR akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan perkara tersebut apabila tiba masanya nanti.

Apa yang sebenarnya berlaku sebelum ini mengikut peruntukan kuasa di bawah sub peraturan 25(3) Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002, melalui kuasa Ketua Pendaftar, ialah tindakan SPR membetulkan Lokaliti yang mengandungi nama-nama pemilih yang telah tersalah letak sebelumnya iaitu semasa proses penetapan kedudukan Lokaliti (sebelum 2004) yang dibuat secara manual. Oleh kerana kedudukan Lokaliti berkenaan telah tersalah letak, maka selaras dengan peruntukan undang-undang SPR perlu membetulkan kedudukan Lokaliti tersebut di dalam bahagian pilihan raya yang sepatutnya pemilih di dalam Lokaliti berkenaan didaftarkan.

SPR menyedari kedudukan beberapa Lokaliti yang tersalah letak di dalam bahagian pilihan raya hanya selepas Sistem EGIS (Electoral Geographical Information System) digunapakai dalam tahun 2004.

Melalui peruntukan kuasa yang ada, SPR telah membuat pembetulan kedudukan Lokaliti yang tersalah letak di seluruh negara yang melibatkan jumlah pemilih seramai 19,342 orang. Pemilih-pemilih mengikut Lokaliti-lokaliti berkenaan perlu ditempatkan di dalam kawasan pilihan raya yang sebenarnya seperti yang wujud di lapangan. Perlu ditekankan bahawa pembetulan Lokaliti-lokaliti yang dibuat itu tidak sama sekali melibatkan perubahan kepada mana-mana garis sempadan bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen.

Sebaliknya dengan pembetulan kedudukan pemilih mengikut Lokaliti yang terlibat maka mereka akan mengundi di dalam bahagian pilihan raya yang betul mengikut kedudukan alamatnya di dalam Daerah Mengundi dan DUN yang sebenarnya.

Selepas tindakan pembetulan Lokaliti berkenaan dibuat, SPR telah memaklumkan secara rasmi melalui surat pemberitahuan yang dialamatkan kepada semua pemimpin parti politik di dalam bahagian-bahagian pilihan raya yang berkenaan. SPR beranggapan parti-parti politik melalui pemimpin-pemimpin mereka di peringkat Daerah Mengundi dan DUN menyedari tindakan SPR tersebut dan seterusnya memaklumkan kepada pemilih-pemilih yang terlibat di kawasan masing-masing.

Tetapi ramai pemilih yang memberi maklumbalas kepada SPR mereka tidak menyedari telah berlaku pembetulan kedudukan nama mereka mengikut Lokaliti di mana mereka didaftarkan. Oleh yang demikian, dalam menghadapi PRU-13 akan datang, SPR akan menulis surat pemberitahuan perkara tersebut kepada semua pemilih yang terlibat di semua kawasan yang berkenaan di seluruh negara.

Justeru, SPR ingin menegaskan sekali lagi bahawa dengan tindakan membetulkan kedudukan nama pemilih di dalam Lokaliti berkenaan iaitu dengan meletakkannya di dalam bahagian pilihan raya yang sebenar mengikut kedudukan di lapangan, ia sama sekali tidak melibatkan apa-apa perubahan kepada garis sempadan kawasan atau bahagian pilihan raya sama ada DUN ataupun Parlimen. Mana-mana pihak yang ingin mendapat penjelasan secara lebih lanjut berhubung dengan perkara ini, mereka bolehlah menghubungi mana-mana Pejabat SPR yang berkenaan.


Rabu, 25 April 2012

KENYATAAN PRESIDEN GERAKAN BELIA GAGASAN 1MALAYSIA.

Demonstrasi dan tunjuk perasaan yg akan dijalanan ini Bukan Budaya Rakyat Malaysia.

Perkara seumpama itu hanya menjadi ikutan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab dan hanya cuba untuk merosakkan kemakmuran Negara.

BERSIH 3.0 ini hanyalah mainan politik Pembangkang yang ketandusan buah fikiran untuk mendapatkan simpati masyarakat kita.

Kenapa kita perlu menjadi alat boneka mereka sedangkan Kerajaan yang ada pada hari ini menyediakan pelbagai kemudahan, berbillion subsidi setiap tahunyang tidak ada dinegara lain.

Rakyat perlu faham tentang kepentingan bersatu padu untuk membangunkan Negara bukan untuk merosakkannya kerana kestabilan ekonomi serta keamanan yang dikecapi hari ini tidak terjadi dengan sendiri.

Selain membawa unsur - unsur negatif, tindakan berdemonstrasi ini turut mengganggu ketenteraman awam dan menjejaskan perniagaan. Jika benar mereka mahukan perubahan, rakyat Malaysia boleh lakukannya sewaktu Pilihan Raya akan datang.

Saya menyeru kepada rakyat Malaysia khususnya golongan Belia supaya tidak menyertai BERSIH 3.0 kerana ianya tidak menguntungkan sesiapa malah memberi kesan buruk kepada kestabilan ekonomi dan keamanan yang sedang kita nikmati.

Shahrul Nasrun
Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KERAKUSAN KERAJAAN SELANGOR BAWA KEMATIAN



Akibat dari kelalaian kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu sampah di negeri tersebut, sramai 9 orang dilaporkan mati di Selangor akibat demam denggi, Selangor dikatakan mencipta rekod tertinggi kes denggi  dengan jumlah sabanyak 3'615 kes dan kes ke sembilan kematian direkodkan semalam.

Ini semua berpunca dari sampah yang dikatakan gagal dikutip mengikut jadual oleh kontraktor-kontraktor yang di lantik oleh kerajaan negeri tersebut.

Perkara ini telah acapkali disebut dan di lontarkan oleh rakyat Selangor namun ianya masih lagi tidak menjadi kesan terhadap kontraktor yang kononnya dilaporkan mempunyai hubungan kuat dengan kerajaan Pakatan Rakyat.

Nampaknya rakyat Selangor harus membuat keputusan tepat dengan memberikan undi kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya umum yang akan datang demi untuk mengubah nasib rakyat di negeri itu yang kini dibelenggu dengan pelbagai masalah terutamanya sampah.

SATU LAGI CERITA DAN GAMBAR TENTANG ANWAR


Anwar Ibrahim sekali lagi didedahkan dengan gambar yang mendakwa beliau bersama dengan Shamsidar didalam sebuak kereta (seperti didalam gambar). Benarkah seperti yang ditunjukkan ni? Kalau ianya benar, memang Anwar tak pernah serik dengan apa yang di lakukan oleh beliau selama ni.

Kesian pulak pada kak Jijah yang memendam rasa akibat dari apa yang dilakukan oleh Anwar.

Baru-baru ini pula dikhabarkan bahawa Datuk S.Nallakarupan telah memberikan video oral seks Anwar bersama dengan Shamsidar yang dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan beliau.

Satu lagi kejutan buat rakyat Malaysia, bukan sebab apa, Shamsidar adalah isteri kepada Azmin Ali yang juga merupakan timbalan Presiden PKR dan menjadi orang kepercayaan Anwar selama ni. Kalau percaya pun takkan sampai bagi isteri sendiri agaknya.

Apa pun Sangkakala berharap agar orang seperti Anwar tidak dipilih kerana keperibadian beliau yang dilihat amat meragukan, tambahan pula dengan pengakuan demi pengakuan yang dilakukan oleh orang-orang kepercayaan beliau serta juga rakan-rakan karib beliau sendiri.

Selasa, 24 April 2012

APA DAH JADI DENGAN AZIZAN NI

Sangkakala tak mau dah cakap apa-apa, bukan sebab apa, depa ni kadang-kadang dah melampau sangat nampaknya.. kalau nak maklumat lanjut apa yang depa buat baca disini

SYABAS DBKL KERANA MENJALANKAN TUGAS YANG DIAMANAHKAN


Kegiatan Mahasiswa yang berkhemah di dataran Merdeka sejak 10 hari lalu dilihat seperti anak-anak muda gelandangan yang tidak mempunyai rumah kediaman serta tidak mempunyai ibu bapa yang perlu dibela di masa hadapan.

Dengan melakukan demo serta bantahan yang hanya direka oleh pihak pembangkang, sudah pastilah ianya akan mencemarkan imej para siswazah ini yang bakal mentadbir negara pada satu masa nanti insyaallah.

Tetapi pada hari ini mereka seolah-olah orang yang hilang pertimbangan dan sudah mengalami kegelapan masa depan dengan cara membuat bantahan yang tidak masuk akal oleh sesiapa juga.

Kerajaan sudah mengatakan bahawa PTPTN yang dikatakan kononnya membawa beban kepada pelajar-pelajar tidak akan di mansuhkan malah ianya akan diteruskan dimasa akan datang demi untuk memberi bantuan kepada anak-anak muda melanjutkan pelajaran mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Untuk mengekang kegiatan ini dari berlanjutan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi menjalankan operasi ke atas perkhemahan siswa dan aktivis di Dataran Merdeka – dikenali sebagai Occupy Dataran – dalam tindakan awal pagi ini.
Mungkin pelajar-pelajar yang ada di kawasan tersebut marah, tetapi kita perlu juga melihat dari sudut pandangan orang ramai yang mengatakan tindakan segelintir anak-anak muda ini kurang disenangi oleh pengunjung di Dataran Merdeka dan dalam erti kata lain, mereka ini dilihat seperti peminta sedekah yang tidak mempunyai rumah kediaman serta keluarga.

ANAK KELANTAN JELAK DENGAN KEPIMPINAN PAS


ADA sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April lalu di Puchong Perdana, Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.

Majlis anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.

Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.

Sila <klik> untuk maklumat lanjut.

Isnin, 23 April 2012

KENYATAAN DATUK SERI SHAFIE AFDAL TENTANG TUDUHAN TERHADAP BELIAU

Semalam Sangkakala keluarkan kenyataan Zahida Rafiq, malam ni pula Sangkakala keluarkan kenyataan Datuk Seri Shafie Afdal yang dikaitkan dengan kes tersebut.

Dalam kenyataan ini juga jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Shafie bersedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang bertanggungjawab.

Jadi kepada yang terlibat harap bersedia dengan tindakan tersebut.

Sangkakala ucapkan tahniah kepada Datuk Seri Shafie kerana berani untuk menentang mereka yang telah memfitnah beliau.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

HIMPUNAN MAHASISWA DI DATARAN MERDEKA KIAN PUDAR

RIUH – rendah demonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN telahpun reda selepas sambutan hambar yang diterima Sabtu lalu pun begitu hingga saat ini masih ada beberapa kerat mahasiswa pro pembangkang yang keras kepala sedang berusaha menarik perhatian umum dengan berkhemah di Dataran Merdeka.

Melihat kepada kedegilan dan sikap kurang ajar yang ditunjukkan oleh segelintir mahasiswa ini rasanya amat wajar sekali untuk pihak berkuasa khususnya pihak PTPTN sendiri mengambil langkah pro aktif yang tegas dan berkesan sebagai pengajaran berguna di masa akan datang.
Langkah segera seperti membatalkan pinjaman PTPTN pelajar yang dikenalpasti sah terlibat dalm demonstrasi tersebut wajar dilaksanakan.

Nawaitu pelajar yang menyertai demonstrasi tersebut jelas menentang pembiayaan pinjaman pengajian yang dikelolakan PTPTN. Bagi mereka pinjaman tersebut membebankan dan zalim walaupun sebenarnya tiada paksaan atau undang-undang yang mewajibkan para siswa IPT memohon pinjaman PTPTN.
Untuk bacaan lanjut sila <klik>

Ahad, 22 April 2012

BUKTI KERAJAAN SELANGOR SELEWENG DUIT RAKYAT

Lihat kepada dua gambar kenyataan akhbar Selangor Kini yang dikeluarkan berkenaan dengan bantuan kepada mangsa banjir di Klang.

Kenyataan tersebut jelas menunjukkan setiap mangsa mendapat bantuan wang tunai dari kerajaan negeri sebanyak RM 500 dan jumlah penerima hanya 1381 dan jika dikira jumlah bantuan hanyalah sebanyak RM 690500.00.

Apa yang menghairankan ialah, dalam artikel di akhbar tersebut menyatakan bahawa kerajaan Selangor memperuntukkan RM 2 juta untuk mangsa.

Jadi dimana baki selebihnya peruntukan tersebut? Adakah pemimpin PR di Selangor sudah mula membahagi-bahagikan duit bantuan tersebut.

Kepada khalid Ibrahim, Sangkakala harap janganlah duit bantuan tu nak di farait sesama sendiri, bagilah bantuan dengan penuh ikhlas, jangan ambil kesempatan atas kesusahan orang lain, dan janganlah menggunakan mangsa-mangsa banjir ini untuk mendapat keuntungan.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

KENYATAAN ZAHIDA RAFIQ TERHADAP TUDUHAN YB ZURAIDA

Seperti artikel Sangkakala tentang 2 orang pemimpin Pakatan Rakyat yang akan didakwa atas akta Bafia 1989, ini adalah kenyataan dari Zahida Rafiq.

DAKWAAN MENTERI BELANJA ZAHIDA RAFIK RM 1.4 JUTA !

Assalamualaikum Warrahmatulallhi Wabarakatuh.

Pada Rabu 18hb April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin telah mendedahkan satu dakwaan bahawa seorang menteri telah memberi wang sebanyak RM 1.4 Juta kepada saya selama 4 bulan (Oktober, November, Disember dan Januari). Ia adalah susulan daripada kes pemandu peribadi saya yang melarikan wang saya sebanyak RM 200 Ribu.

Untuk pengetahuan umum, saya melakukan perniagaan penjualaan kereta import bersama abang ipar saya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang angkat saya. Semua penyata akaun serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar tetapi ia adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya tiada kaitan dengan seorang MENTERI yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin kepada umum.

Saya mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan kerana bagi saya perniagaan sendiri lebih menguntungkan untuk hidup yang lebih sempurna. Ini adalah satu tanggapan yang serong terhadap saya dan keluarga kerana pertuduhan ini dapat menjejaskan karier perniagaan saya serta kehidupan seharian saya sebagai rakyat Malaysia.

Mengikut undang-undang Malaysia, akta BAFIA 1989, mana-mana individu, syarikat atau juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan (bank), dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada UMUM dan SEKIRANYA ini terjadi, maka si PELAKU boleh dikenakan tindakan mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan seperti ini hanya boleh didedahkan dengan perintah HAKIM.

Maka dengan ini, saya mengambil keputusan untuk mendakwa Ahli Parlimen Ampang di mahkamah kerana mendedahkan akaun peribadi saya serta menfitnah saya berhubungan sulit dengan seorang MENTERI yang dikaitan bagi membersihkan nama baik saya serta keluarga saya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Zahida Rafik
20hb April 2012


Kita tunggu mak lampir melompat sakan lepas ni..



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Rabu, 18 April 2012

ZURAIDA DAN RAFIZI BOLEH DIDAKWA

Nasib Zuraidah dan Rafizi sebenarnya amat kritikal pada ketika ini, ini semua adalah disebabkan gara-gara kedua-dua mereka ini telah mendedahkan akaun pribadi serta akaun syarikat kepada umum.

Mengikut undang-undang akta BAFIA 1989 mana-mana individu, syarikat atau apa juga badan kerajaan mahupun bukan termasuklah institusi kewangan dilarang sama sekali untuk mendedahkan mana-mana akaun peribadi, syarikat atau mana-mana badan kerajaan mahupun bukan kerajaan kepada umum dan sekiranyanya ini terjadi maka si pelaku boleh dikenakan tindakan oleh mahkamah.

Mengikut akta tersebut juga, akaun kewangan hanya boleh didedahkan di mahkamah dengan perintah hakim.

Zuraidah didapati telah membocorkan rahsia kewangan milik seorang pelakon manakala Rafizi pula telah mendedahkan akaun NFC Corp kepada umum dan ini adalah satu kesalahan mengikut akta BAFIA.

Jadi kepada mak lampir dan anak ikan, Sangkakala harap bersiap-sedia untuk dikenakan tindakan oleh pihak-pihak tersebut, kalau tak silap Sangkakala setiap kesalahan boleh didenda sehingga RM 300 ribu ringgit.

Habis le mak lampir ngan anak ikan kali ni, penyakit dah nak sampai nampaknye. Tunggu ye...






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

BANTUAN PUN DEPA NAK POLITIKKAN

Kerajaan negeri Pulau Pinang diselar kerana mempolitikkan pemberian bantuan Skim Pelajar Emas apabila pemohon disyaratkan menyerah borang bantuan kepada pejabat-pejabat wakil rakyat pakatan pembangkang.

Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM), Aminah Abdullah berkata borang bantuan yang diedarkan di sekolah rendah dan menengah mulai semalam itu terhad untuk pelajar pelajar Tahun 1, Tahun 4, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Skim Pelajar Emas yang memperuntukkan RM100 kepada setiap pelajar sebagai bantuan kepada murid darjah 1, darjah 4, tingkatan 1 dan tingkatan 4.

"Jika hendak beri bantuan kenapa mesti memilih. Ini bantuan untuk pelajar sekolah, lebih baik jika borang ini diserahkan kepada pentadbiran sekolah untuk dinilai sama ada layak atau tidak," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau yang juga Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat negeri berkata ibu bapa pemohon juga perlu mengisi maklumat kawasan Adun dan Parlimen masing-masing pada borang itu disamping wajib menjadi pemilih berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di negeri ini bagi membolehkan permohonan mereka diproses.

YANG BERDEMO SILA BAYAR PTPTN DENGAN SEGERA

Tindakan pembangkang mempengaruhi pelajar institusi pengajian tinggi supaya mendesak kerajaan menghapuskan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah tidak wajar dan perlu ditolak.

Pengerusi Permuafakatan Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan Alias Che Othman berkata PTPTN memberi peluang kepada pelajar terutama dari keluarga berpendapatan rendah dan sederhana untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi yang kosnya semakin meningkat.

"Pelajar yang bersyukur dengan wujudnya PTPTN ini lebih ramai daripada segelintir pelajar yang membuat kacau kerana terpengaruh dengan hasutan pembangkang yang mahukan PTPTN dihapuskan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Beliau mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pelajar yang cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara ini, kerana sebagai pelajar serta harapan keluarga, mereka sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran sehingga berjaya.

"Apabila mereka berjaya menjadi pelajar cemerlang dan memperolehi pekerjaan yang hebat sudah tentu mereka mampu untuk membayar balik pinjaman PTPTN," katanya.

KEBAJIKAN KERAJAAN PAS NEGERI KEDAH


Kerajaan Negeri Kedah telah memberi pampasan RM1.4 juta kepada Majlis Agama Islam Kedah (MAIK) sebagai pemegang amanah wakaf Madrasah Salihiah Kancut yang dicadang dirobohkan bagi memberi laluan pembinaan kompleks perniagaan Aman Central berharga RM500 juta.

Menteri Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata jumlah pampasan itu dibuat oleh Jabatan Penilaian dan menurutnya MAIK juga telah diarah mencari tapak baru untuk madrasah itu.

"Kerajaan berpuas hati dengan cadangan pemaju Bellview Sdn Bhd yang akan membina surau untuk menampung 400 jemaah sekiranya madrasah itu dirobohkan dan tapaknya diserahkan kepada mereka.

"Kerajaan mahu menjadikan kawasan tersebut tumpuan perniagaan bernilai tinggi seperti Orchard Road di Singapura," katanya menjawab soalan Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (BN-Bakar Bata) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Selasa.

Beliau berkata pembangunan tapak asal kompleks Tunku Yaacob itu yang terbengkalai selama 33 tahun bakal memberi pekerjaan kepada kira-kira 2,000 orang apabila siap dalam tempoh 30 bulan dari sekarang.


PULAU PINANG DAH JADI PUSAT PELACURAN


Tiga belas wanita asing yang bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam serbuan di pusat karoake dekat Pulau Tikus di sini, awal hari ini.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen (I) negeri, Abdul Rahman Hassan, berkata mereka yang ditahan dalam serbuan pada jam 2 pagi itu terdiri daripada 12 rakyat China dan seorang wanita Vietnam.

“Semua wanita berusia antara 20 dan 40 tahun itu didapati menyalahguna pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, polis terpaksa memecah pintu premis yang terletak dalam sebuah pusat beli belah itu apabila penjaga bangunan enggan memberi kerjasama.

“Ketika serbuan, wanita terbabit cuba melarikan diri melalui laluan rahsia tetapi gagal kerana seluruh tempat itu sudah dikepung,” katanya

UNDI PAS DAP YANG MENANG


APABILA Anwar Ibrahim dipecat pada tahun 1998, pembangkang-pembangkang di Malaysia bagai mendapat nafas baru.

Anwar yang dahulunya digelar Al-Juburi oleh Mat Sabu, dituduh secara langsung oleh Karpal Singh sebagai homoseksual di dalam Parlimen, dihentam dan dicemuh kiri dan kanan oleh PAS dan DAP, kemudiannya dijulang dan dinobat sebagai manusia paling suci sebaik saja dipecat oleh UMNO kerana terlalu kotor.

Sehubungan dengan itu juga, PAS dan DAP iaitu dua parti yang amat bertentangan ideologi tiba-tiba bekerjasama dengan parti baru yang ditubuhkan khas untuk membela Anwar Ibrahim iaitu Parti Keadilan (ADIL). Ketiga-tiga parti ini kemudiannya menubuhkan Barisan Alternatif (BA) bagi menyatakan kerjasama secara rasmi.

Bagaimanapun, PAS, DAP dan ADIL atau sekarang PKR sentiasa mengalami pasang surut serta berbagai cabaran dalam mengekalkan kerjasama mereka. Pada 21 September 2011, DAP telah keluar dari BA disebabkan krisis dengan PAS mengenai penubuhan Negara Islam.

Pada PRU 2004, ketiga-tiga parti bertanding secara berasingan dan mencabar sesama sendiri.
Pada PRU 2008, ketiga-tiga parti ini kembali bekerjasama dan menyaksikan mereka memenangi 82 daripada 222 kerusi Parlimen. Mereka kemudiannya menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) pada 1 April 2008 setelah PAS akhirnya mengalah dan akur dengan DAP untuk melupakan perjuangan memartabatkan Islam.

Berdasarkan kesedaran bahawa parti-parti mereka tidak mungkin dapat bekerjasama dengan ikhlas dengan sebenar-benarnya kerana matlamat yang jauh bertentangan, maka mereka mengambil keputusan untuk TIDAK mendaftarkan gabungan parti PR secara rasmi.

Dan hari ini, walaupun lebihi 10 tahun berlalu, ketiga-tiga parti mereka kekal berdiri secara berasingan walaupun mengaku berada dalam satu pakatan.

Selama itu juga, entah beberapa kali PAS tersinggung dengan DAP dan begitu juga sebaliknya apabila hukum-hakam agama Islam dijadikan isu politik.

DAP terkenal dengan ketegasan dalam menyatakan pendirian dan mereka tidak akan berundur walau setapak atas alasan apa sekali pun.

DAP sanggup mati, sanggup keluar pakatan dan sanggup menentang sesiapa saja, termasuk rakan sekutu sendiri demi mempertahankan prinsip dan perjuangan mereka yang menentang penubuhan Negara Islam.

Dalam beberapa insiden, DAP secara biadap menunjukkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati adat dan agama Melayu Islam sebagai menyatakan pendirian mereka. Satu ketika, di dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak DAP enggan memakai pakaian adat atas alasan ia membawa imej Melayu Islam.

Perjuangan DAP amatlah jelas iaitu ingin menghapuskan hak keistimewaan Melayu, dan Institusi Raja-raja di samping merombak sejarah bagi melenyapkan jejak-jejak warisan penduduk asal negara ini dan menggantikan hak warisan tersebut kepada bangsa Cina.

Selaras dengan itu, DAP giat memperjuangkan bahasa dan budaya yang bertonggakkan negara asal nenek moyang mereka, melalui pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang menyamar atas nama pendidikan dan sebagainya, antaranya, Dong Zong.

Dan DAP tidak pernah berdolak dalih secara langsung mengenai perjuangan dan pendirian mereka ini.
Namun, yang mengambil ‘tugas’ berdolak-dalih bagi pihak DAP, adalah PAS.

Walaupun PAS memperjuangkan Islam dan seringkali mendakwa bertindak atas nama Allah S.W.T, tetapi PAS tidak mampu melawan ketegasan DAP.

PAS tidak sanggup mati, tidak sanggup keluar pakatan, tidak sanggup menyinggung dan melawan DAP atas nama undi. Malah, PAS sanggup memecat pemimpin sendiri yang memperjuangkan Islam, seperti Dato’ Dr. Hasan Ali atas nama kesepakatan dengan DAP dan PKR. PAS sanggup melupakan Negara Islam, hudud dan mempertaruhkan kedudukan bangsa sendiri demi DAP Laknatullah di ketika mulut mereka melaungkan nama Allah.

Hari ini, bukan pelik jika mendengar penyokong PAS berkata bahawa mereka menyokong PAS, bukan DAP, bagi menjustifikasikan pendirian mereka.

Kenapa mereka perlu membuat justifikasi begitu? Kerana, jauh di sudut hati mereka, mereka tahu siapa DAP dan mereka tahu bahawa kerjasama PAS dengan DAP mahupun PKR, adalah salah kerana perjuangan DAP dan PKR amat bertentangan dengan Islam.

Sukar bagi mereka menerima hakikat bahawa PAS hanyalah pak turut, balaci atau barua DAP. PAS selamanya hanya menurut perintah, mengorbankan diri dan masa depan demi PR dengan menjadi tenaga demonstrasi mahupun petualang bangsa dan pengkhianat negara. Demonstrasi Bersih, Lynas, 901, PTPTN dan sebagainya semuanya bertujuan merosakkan imej dan mengsabotaj ekonomi negara dan PAS lah penyumbang tenaga terbesar untuk tujuan ini.

Hakikatnya penyokong PAS tahu bahawa mengundi PAS samalah dengan mengundi DAP. Satu undi untuk PAS akan membantu meletakkan PR di singgahsana Putrajaya. Dan dengan PAS sebagai barua dan PKR sebagai alat, maka DAPlah yang akan sebenarnya berkuasa jika PR ditakdirkan menang pilihanraya.

Apabila ini terjadi, pastinya DAP akan melaksanakan agenda Malaysian-Malaysianya dengan mudah sementara PAS hanya mampu terkebil-kebil melihat akibat dari kebebalan sendiri.

Pada ketika itu nanti, air mata darah juga belum tentu akan membawa kembali Raja-raja kita ke atas takhta, belum tentu tanah-tanah kita kekal di tangan kita, belum tentu anak-anak kita akan mendapat peluang yang adil untuk belajar, peniaga-peniaga kita akan diberi ruang yang cukup untuk bersaing, agama kita akan tetap kekal sebagai agama rasmi atau azan akan kekal berkumandang setiap pagi.

Jika ada puak-puak PAS yang masih menganggap artikel ini hanyalah untuk menakut-nakutkan mereka, maka eloklah mereka belajar berfikir dan berfikir berkali-kali berdasarkan apa yang berlaku hari ini. DAP menguasai PAS bukan cerita dongeng, ia jelas dalam setiap isu yang berbangkit sama ada isu judi, arak, rumah urut, pusat hiburan, azan, hudud, murtad, Negara Islam dan segala-galanya….

RAKYAT PUAS HATI DENGAN PENJIMATAN YANG DISEDIAKAN OLEH KERAJAAN


Sejak dilancarkan Jun lalu, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) terus menjadi pilihan rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah di bandar raya Ipoh untuk membeli barangan keperluan harian kerana menawarkan diskaun harga rendah lagi berpatutan.

Dengan pendekatan ‘Diskaun Setiap Hari’, tidak hairanlah KR1M yang beroperasi di Kampung Tengku Hussin, dekat Gugusan Manjoi tidak putus-putus menerima kunjungan pelanggan pada setiap hari bagi membeli barangan keperluan harian yang menggunakan jenama 1Malaysia.

Tinjauan mendapati kebanyakan pengunjung berpuas hati dan sangat teruja dengan potongan harga yang ditawarkan KR1M.

Pelanggan, S. Ramesh, 43, berkata beliau sekeluarga memilih untuk membeli barang keperluan harian di kedai tersebut kerana perbezaan harga yang ketara dengan kedai runcit biasa.

“Saya selalu beli beras, susu dan gula sebab harga di sini lebih murah.
“Kedai ini amat sesuai untuk membantu rakyat berpendapatan rendah berjimat-cermat,” katanya lagi.

Bagi peniaga Sofia Abdullah, 31, walaupun harga yang ditawarkan rendah, kualiti barangan yang dijual setanding dengan barang keperluan harian berjenama.

“Kualitinya baik dan pada masa yang sama harga jauh lebih murah….saya boleh berjimat-cermat apabila membeli barang keperluan di kedai ini,” jelasnya.

Namun begitu, KR1M katanya, sering kehabisan stok barangan berikutan sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan.

“Saya harap pihak pengurusan dapat menyediakan stok yang lebih banyak pada masa akan datang kerana sambutan orang ramai yang begitu mengalakkan,” tambahnya.

Bagi Intan Harinaz, 35, beliau begitu tertarik dengan potongan harga hebat yang ditawarkan KR1M.
“Ini merupakan kali pertama saya mengunjungi kedai ini dan dengan tawaran harga yang diberi, ia dapat membantu rakyat seperti saya untuk berjimat cermat,” katanya.

Tambahnya, lokasi KR1M di kawasan tersebut juga amat bersesuaian kerana ramai penduduk di Gugusan Manjoi berpendapatan rendah dan sederhana.

Setakat ini, terdapat lima KR1M yang beroperasi di seluruh Perak termasuklah di Bagan Serai, Teluk Intan dan Bidor.

TOK ALI PULAK KELUARKAN KENYATAAN


Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan segelintir pelajar yang mengadakan demonstrasi menuntut pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) diperalat parti pembangkang.

Beliau berkata isu tersebut sengaja dipolitikkan pembangkang kerana mereka telah ketandusan idea dalam meraih sokongan terutama generasi muda.

Katanya pemansuhan pinjaman PTPTN akan memberi kesan negatif yang besar terhadap rakyat khususnya golongan kurang berkemampuan dalam melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
“Penghapusan PTPTN akan memberi kesan bukan sahaja terhadap kos pendidikan, tetapi juga dalam pengagihan kemudahan yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya selepas melakukan lawatan ke syarikat Composite Technology Research Malaysia (CTRM) Sdn Bhd di sini, hari ini.

Mohd Ali diminta mengulas mengenai tindakan kira-kira 50 mahasiswa yang berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sejak Sabtu lepas bagi menuntut kerajaan memansuhkan pinjaman PTPTN.

Beliau berkata kerajaan tidak mampu untuk memberikan biasiswa kepada semua pelajar kerana ia akan memberi kesan kepada kewangan negara.

Sebaliknya beliau berkata kerajaan hanya boleh menukar pinjaman kepada biasiswa untuk pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang.

KEKEJAMAN KERAJAAN PAS KELANTAN TERHADAP ORANG ASLI




Kerajaan Kelantan tidak akan melayan tuntutan lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan yang mengadakan demonstrasi secara aman Ahad lepas kerana mendakwa demonstrasi itu didalangi pihak luar.

Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebaliknya berkata tindakan masyarakat itu yang mengadakan tunjuk perasaan hanya berdasarkan kepada perasaan iri hati dengan kejayaan Kelantan yang selama ini melaksanakan tuntutan seperti yang diminta.
"Ini (demonstrasi) dilakukan oleh Jaringan iaitu pihak luar yang bukannya di bawah Kelantan. Kita dah buat di Kelantan.

"Ini semua kerana iri hati kerana penyelesaian yang telah dibuat di Kelantan. Nak jumpa buat apa. Kalau rakyat Kelantan saya jumpa," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Ijtimak Al-Malak Kelantan 2012 di sini, hari ini.

Ahad lalu, lebih 400 penduduk Orang Asli dari Hulu Kelantan mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan pintu masuk pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, bagi menuntut janji yang dibuat kerajaan Pas Kelantan berkaitan tanah adat mereka.

Kumpulan itu dari 26 pos penempatan sekitar jajahan Gua Musang, diketuai Pengerusi Jaringan Orang Asal Kelantan, Azmi Badol berhimpun kira-kira setengah jam sejak pukul 9 pagi, turut menuntut supaya kerajaan negeri mengembalikan tanah adat mereka seperti dijanjikan sebelum ini.

KLIK DI SINI untuk lihat paparan Pembongkaran Bergambar Rampasan Tanah Orang Asli di Gua Musang dijual kepada Taukeh Cina SINGAPURA

KERAJAAN PERAK TERUS MEMBANTU RAKYAT


Kerajaan negeri mengumumkan sumbangan RM30,000 buat adik Wan Arif Ferdaus Wan Ahmad yang bakal menjalani pembedahan kanser tulang dan implan kaki kirinya yang membabitkan kos keseluruhan mencecah RM80,000.

Berita gembira itu disuarakan sendiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kepada bapa kanak-kanak berusia lapan tahun itu, Wan Ahmad Affendy Wan Mohd Yaakob ketika menemui pasangan anak beranak itu pada program Bersama Pelanggan di Dewan Serbaguna SUK, hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Zambry berkata, kerajaan negeri bertanggungjawab untuk membantu Wan Arif Ferdaus menjalani pembedahan dan implan kaki kirinya yang menelan kos RM80,000.

“Kisah Wan Arif Ferdaus mendapat liputan meluas di media massa tempatan dan di pihak kerajaan negeri, kita tidak ketinggalan untuk menghulurkan bantuan bernilai RM30,000 bagi membolehkan kanak-kanak menjalani pembedahan dengan selamat,” katanya.

Wan Arif Ferdaus dijadual menjalani pemeriksaan darah hari ini dan melakukan rawatan kimoterapi kali keempat di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Isnin depan.

Menurut bapanya, kesihatan Wan Arif Ferdaus menunjukkan petanda positif berbanding sebelum ini dan selera makannya juga bertambah.

Setakat ini, RM50,000 telah berjaya dikumpulkan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin dengan nasib kanak-kanak itu selepas kisahnya mendapat liputan media di media massa tempatan baru-baru ini.

Selasa, 17 April 2012

SALLEH MAN KENA KENCING

gambar ehsan


Kesian pulak bila Sangkakala dengar dalam berita yang memuatkan video ceramah Anwar Ibrahim semasa PRK kawasan Permatang Pasir yang menjanjikan YB Salleh Man sebagai pengerusi Jawatan kuasa Agama Negeri Pulau Pinag.

Apa punca semua ni? Adakah Salleh Man tidak layak untuk memegang jawatan tersebut atau ianya hanya sandiwara Anwar Ibrahim untuk menggula-gulakan telinga pengundi di kawasan tersebut.

Ini semua adalah perkara biasa bagi Anwar, kalau bukan membohong serta menipu Anwar pasti tak lalu makan nasi. Begitulah  rutin Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum PKR.

TEKUBURNYA PKR DI PAHANG



APABILA YB Azan Ismail, ahli Parlimen PKR kawasan Indera Mahkota agak kurang turun padang untuk ‘mengasak’ isu loji nadir bumi Lynas di Gebeng, ramai kalangan anggota parti itu ‘pening kepala’.

Ini berbeza sama sekali dengan seorang lagi, ahli Parlimen dari Kuantan, Fuziah Salleh. Dengan Gebeng terletak antara Indera Mahkota dan Kuantan, sepatutnyalah Azan juga sekerap Fuziah untuk bersama-sama melemparkan fitnah terhadap loji yang begitu menjadi rebutan pelabur asing untuk penghasilan nadir bumi - bahan asas dalam pembuatan barangan.

Ini tidak. Seakan-akan sedar Lynas bukanlah isu yang membahayakan penduduk Gebeng, Azan barangkali lebih berpengetahuan dari Fuziah bahawa nadir bumi amat diperlukan untuk penghasilan scandium dalam pembuatan peralatan aeroangkasa. Atau Thulium untuk penghasilan lengkap mesin X-Ray mudah alih.

Fuziah tidak ambil peduli dah, biarpun diakui oleh pemimpin DAP, Leong Ngah Ngah seperti disiarkan dalam tabloid Cina yang projek Lynas merupakan satu kejayaan besar kerajaan dalam mendapatkan pelaburan asing dalam jumlah yang besar. Naib Presiden PKR ini juga bersikap ‘lantak lah’ akan pengesahan pakar radioaktif yang juga Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Dr. Che Rusli Che Mat bahawa projek Lynas tidak berbahaya malah mengikut piawaian antarabangsa. Untuk laporan lanjut sila <klik>



MAHASISWA JANGAN JADI BODOH KATA ZULKIFLI NORDIN

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin meminta agar para pelajar yang terlibat dengan demonstrasi menghapuskan PTPTN baru-baru ini supaya menggunakan akal fikiran yang dianugerahkan Allah untuk menilai baik atau buruknya tindakan mereka itu.

“Jangan kita termakan dengan hasutan dan dakyah pihak tertentu sehingga kita sanggup menghina orang lain termasuk menghina Perdana Menteri dengan meletakkan kalungan bunga di gambar beliau, lalu dipanggil mendiang seolah-olah Perdana Menteri sudah mati. Ini adalah satu perbuatan yang jauh tersasar dari norma cara berfikiran orang yang mendapat pendidikan tinggi,” tegas beliau.

Tambahnya lagi, para pelajar tersebut perlu berfikir semula yang pertamanya, adakah mereka yang terlibat dalam demostrasi itu benar-benar layak untuk menerima biasiswa dan yang keduanya, jika mereka tidak layak untuk menerima biasiswa, adakah mereka itu mampu untuk masuk ke universiti dengan kos tanggungan mereka sendiri.

“Mungkin mereka ini tahu, dan saja-saja buat tak tahu bahawa PTPTN ini diwujudkan oleh kerajaan sebagai satu prasarana untuk memudahkan mana-mana pelajar di negara ini yang tidak layak mendapat biasiswa dan tidak berkemampuan untuk masuk ke universiti.

“Dengan kemudahan ini, maka pelajar-pelajar tidak lagi pening-pening untuk memikirkan di mana mahu mencari sumber kewangan bagi menampung pelajaran mereka di IPTA-IPTA seluruh negara. Cuba perhatikan negara-negara lain, mana ada kemudahan bantuan kewangan seperti ini. Malah negara moden yang dianggap hebat seperti Amerika sendiri pun tidak ada skim seperti ini,” tegas beliau ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Jelasnya lagi, pelajar-pelajar di negara ini sepatutnya bersyukur dan menggunakan peluang yang ada ini untuk belajar bersungguh-sungguh agar lulus dengan cemerlang dan mendapat pekerjaan yang baik.

“Selepas itu, kita boleh menggunakan gaji yang kita terima itu untuk membayar balik pinjaman tersebut untuk memberi peluang kepada adik-adik kita menggunakan kemudahan ini untuk melanjutkan pelajaran sepertimana peluang dan kemudahan yang kita gunakan,” ujarnya.
Beliau juga menasihati para pelajar agar menggunakan akal fikiran yang waras untuk menilai baik dan buruk sesuatu isu yang dibangkitkan oleh pembangkang dan janganlah mudah terpengaruh dengan cara pembangkang yang cuba membangkitkan sentimen emosi rakyat di negara ini.

Katanya lagi, masyarakat terutamanya para pelajar perlu memahami tujuan PTPTN ini diwujudkan adalah untuk membantu para pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau daripada kalangan keluarga yang miskin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

“Memang ia berbentuk pinjaman namun pinjaman tersebut tidaklah membebankan dan syarat-syarat pembayaran semula yang dikenakan adalah amat mudah. PTPTN ini adalah skim pinjaman secara sukarela dan tidak ada paksaan ke atasnya. Jadi mana-mana pelajar yang mampu untuk meneruskan pembelajaran tanpa bantuan PTPTN, maka mereka tidak dipaksa untuk meminjam dari PTPTN.
“Malah mereka boleh mendapatkan tajaan dari sesiapa sahaja termasuk pihak pembangkang samada PKR, Pas , DAP atau pun tajaan dari Anwar Ibrahim sendiri kalau mereka mahu bantu. Dalam hal ini, tidak ada sesiapa yang memaksa mereka untuk mengambil pinjaman dari PTPTN,” ujarnya.

Sekiranya para pelajar itu tidak mahu membayar balik pinjaman PTPTN katanya lagi, maka mereka perlu belajar dengan bersungguh-sungguh serta mendapat kelulusan yang cemerlang supaya pinjaman tersebut akan ditukar menjadi biasiswa yang tidak perlu dibayar balik.

Selain itu, beliau turut mengingatkan pelajar-pelajar agar tidak terpengaruh dengan permainan politik pembangkang yang cuba menjadikan para pelajar sebagai alat untuk mencapai tujuan dan matlamat politik mereka.

“Semasa PTPTN diluluskan, kita perlu ingat di waktu itu Anwar Ibrahim merupakan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Tapi sekarang ini Anwar mahu bercakap tentang penghapusan PTPTN padahal dia jugalah yang meluluskan cadangan untuk mewujudkan skim pinjaman tersebut. Tidakkah itu membuktikan bahawa politik pembangkang merupakan politik yang cakap tak serupa bikin?

“Kalau pihak pembangkang ini serius mahu menghapuskan segala hutang PTPTN, mereka boleh mulakan dengan negeri-negeri yang mereka perintah terlebih dulu. Contohnya menghapuskan hutang pelajar-pelajar yang mendapat pinjaman PTPTN di Unisel, Kuis dan lain-lain.

“Apa yang mereka boleh buat ialah mendapatkan nama-nama pelajar yang meminjam dan mereka gunakan duit kerajaan negeri untuk membayar hutang-hutang pelajar tersebut. Tapi masalahnya, mereka tidak buat pun perkara itu,” tegasnya.

Soalnya lagi, bagaimana para pelajar boleh terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang kononnya akan menggunakan duit Petronas untuk membayar balik pinjaman PTPTN sedangkan mereka boleh menggunakan hasil pendapat GLC di Selangor untuk membayar balik pinjaman para pelajar, namun tidak pula mereka lakukan?

“Jika segala kewangan yang ada pada negeri-negeri yang mereka perintah hari ini pun mereka tidak gunakan untuk membayar hutang PTPTN tersebut, jadi apakah kita yakin sekiranya mereka memerintah negara, mereka akan menggunakan duit mana-mana agensi kerajaan untuk membayar balik hutang PTPTN para pelajar di negara ini? Sudah tentu tidak!

“Jadi jelas sekarang ini, segala isu yang timbul tentang PTPTN ini adalah semata-mata dakyah dan hasutan serta gimik politik mereka dengan mempergunakan para pelajar dan mahasiswa di negara ini,” tegas beliau

JENTERA BARISAN NASIONAL DIMINTA BERSEDIA


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah membayangkan bahawa pilihan raya ke 13 boleh diadakan bila-bila masa mulai sekarang. Beliau menyeru agar semua jentera parti bersiap sedia untuk menghadapi satu pihan raya yang hebat dan sengit.
“Tun Dr Mahathir juga berpendapat bahawa PRU 13 wajar diadakan dalam masa tedekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.” beliau berkata demikian selepas sambutan Hari Pengasasan Ke 28 Universiti Utara Malaysia hari ini.
Parti pembangkang juga dilihat semakin giat berkempen dan berdemontrasi saban minggu untuk megurangkan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan. Kebelakangan ini boleh dikatakan setiap hujung minggu sekurang-kurangnya satu demotrasi diadakan di ibukota Kuala Lumpur.

Pakatan Pembangkang dilihat menggunakan setiap inci peluang yang ada samada di media maya, di pentas awam untuk memburukkan pentadbiran kerajaan.

Anak-anak muda juga sama naik mengkritik pentadbiran kerajaan terutama dalam isu harga minyak dan ptptn. Mengutuk pentadbiran kerajaan bermakna mereka mengutuk saudara mara mereka sendiri. Anak-anak di universiti yang masih daif pemikirannya harus ingat bahawa abang-abang senior mereka yang sama menuntut di universiti dengan pinjaman ptptn dan biasiswa yang sama, mereka lah yang menjalankan tugas dan memikul tanggung jawab untuk mensejahterakan rakyat dengan pelbagai perancangan dan polisi yang mereka ilhamkan.

Anak-anak muda diminta supaya berfikiran positif , kreatif dan kritis dalam memproses maklumat. Jangan mudah terpedaya dengan janji-janji manis pihak pembangakang yang seumpama janji syurga oleh Si Dajjal.