Ahad, 12 Februari 2012

NIK AZIZ KEHILANGAN AQIDAH

Baru-baru ini aqidah Datuk Seri Najib dikatakan jatuh apabila beliau pergi ke perayaan sempena dengan sambutan Thaipusam yang di sambut oleh kaum beragama Hindu di Batu Cave.

Perkara ini disebut oleh Tan Sri Harussani dalam temuramah oleh sebuah portal terkemuka. Jika nak dikatakan DS Najib begitu, ramai yang mengatakan tidak sepatutnya DS najib pergi ke himpunan tersebut, tetapi pada hakikatnya DS Najib pergi ke himpunan itu hanya menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri dan itu adalah atas jemputan rakyat khususnya masyarakat india.

Cuba kita perhatikan pula gambar diatas, Nik Aziz yang digelar sebagai Tuan Guru dan diagung-agungkan oleh pengikut PAS serta di samakan dengan taraf seorang Nabi oleh salah seorang pemimpin Pakatan Rakyat berpegangan tangan dengan Sami Buddha dalam satu majlis yang tidak perlu Sangkakala sebutkan disini.

Jika Nik Aziz telah di iktiraf sebegini rupa, adalah amat mustahil sekiranya beliau tidak tahu di mana kedudukan dan personaliti orang yang di katakan begitu arif tentang agama islam.

Jadi itu bukan persoalannya disini, persoalannya disini ialah, pengikut-pengikut PAS mengatakan bahawa mereka tidak akan mengikut orang yang menggadaikan aqidah.

Adakah pengikut-pengikut PAS akan tetap mengikut Nik Aziz dalam keadaan ini? Apa pandangan pengikut-pengikut PAS bila Nik Aziz berpegangan tangan seperti di dalam gambar diatas?

Jadi kepada pengikut-pengikut PAS fikir-fikirkan lah untuk meletakkan seorang pemimpin setaraf dengan Nabi adalah amat mustahil dan itu bukanlah cara yang sepatutnya.

Tiada ulasan: