Kenyataan Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin atau Jonah dalam KeadilanDaily bertarikh 08 feb 2012 jelas melihatkan bahawa beliau tidak begitu cerdik atau lebih tepat lagi bodoh. Begitu juga penulis artikel tersebut (Masdar Wahid) yang mungkin sudah tiada isu atau idea untuk dijadikan bahan.
Kenyataan yang berbunyi " pentadbiran Umno BN yang memerintah negara puluhan tahun terbukti gagal memahamkan rakyat mengenai kepelbagaian kaum di Malaysia", kenyataan ini hanya berpunca dari kesilapan penulisan di dalam laman Web JKM yang mengatakan bahawa perayaan Thaipusam disambut oleh agama Budha sedangkan ianya di sambut oleh agama Hindu.
Hanya kerana sebuah penulisan dan ianya adalah penulisan dari Kementerian juga nak disalahkan UMNO?
Sangkakala nak tanya sikit pada Jonah, masa kecil dulu jika dia terlewat ke sekolah, adakah itu juga salah UMNO kerana tidak membina sebuah sekolah di sebelah rumah beliau untuk beliau belajar?
Setiap manusia itu pasti melakukan kesilapan, dan mungkin juga penulis di laman web tersebut terlupa tentang perayaan tersebut kerana kita di Malaysia ini kaya dengan perayaan bersesuaian dengan cara hidup kita yang berbilang kaum dan agama.
Kenapa perlu si Jonah nak perbesarkan perkara yang remeh temeh begitu? Dan kenapa perlu disalahkan UMNO/BN tentang penulisan tersebut. Mungkin penulis itu adalah pengikut PR dan kalau ianya benar, maka PR yang gagal mendidik pengikut mereka mengenali serta memahami perayaan serta budaya kaum yang ada dalam negara ini.
Bagi Sangkakala artikel dalam Keadilandaily dan kenyataan Jonah adalah kelakar. Nampak sangat kebodohan seorang yang berjawatan tinggi dalam Angkatan Muda Keadilan..
1 ulasan:
awat nama dia JONAH.. mcm nama kristian jer.. kah kah kah
Catat Ulasan