Isnin, 13 Februari 2012

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH KEHABISAN DUIT KATA DUA DARI MCA

Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew mendakwa lapan NGO di negeri ini memaklumkan bahawa mereka perlu memulangkan semula bantuan yang di salurkan oleh kerajaan negeri itu sebanyak 20 ke 30 peratus.

Perkara ini telah didedahkan oleh NGO-NGO tersebut yang menyertai dialog dengan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek di Sungai Petani dua hari lalu dan isu rebet itu dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Cina.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan pengakuan oleh anggota Exco kerajaan negeri, Tan Chow Kang bahawasanya setiap NGO yang bersetuju untuk menerima sumbangan daripada peruntukan kerajaan, Exco atau wakil rakyat hendaklah memulang balik 30 peratus kepada pihak-pihak tertentu.

Adakah ada sesuatu sedang berlaku? Siapa pihak-pihak tertentu tu? Mungkinkah pemimpin-pemimpin kerajaan negeri Kedah sedang cuba melenyapkan duit kerajaan negeri yang diperuntukkan kepada badan-badan bukan kerajaan tersebut?

Jika inilah rupa kerajaan negeri Kedah, mana dia negeri berkebajikan yang di war-warkan oleh PAS, sedangkan duit sumbangan juga perlu dipulangkan semula, walaupun bukan kesemuanya sekali, tapi itu adalah hak rakyat yang perlu di salurkan melalui NGO.

Datuk Seri Azizan perlu menjawab soalan ini secara telus, dan bukan bersandiwara di sebalik perkataan kebajikan mainan PAS. Jika tidak Menteri Besar, MCA Kedah meminta EXCO kerajaan negeri itu tampil untuk menjawab isu pemberian sumbangan ini.

Kali ini MCA Kedah dengan lantang telah memberikan kata dua kepada Menteri Besar dan EXCO tersebut, sama ada memberikan jawapan atau mereka (MCA) akan mengambil tindakan yang sewajarnya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: