Selasa, 14 Februari 2012

ANWAR MARAH NIK AZIZ

KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.

Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.

Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.

Adalah haram menerima kewujudan
negara yang haram. Maka PAS menolak
penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.

Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik
antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.

Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.

Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.

Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H

Sumber drpd rakan bbm : Ashwad. Sender: syedkadir@pas.org.my kpd media.

Sorang kata sokong Israel, sorang lagi kata Israel haram, yang mana satu betul depa ni? Nak suruh Anwar saman wall street jurnal? Ummi Hafilda, Eskay ngan Ezam Mohd Nor pun dia tak mampu nak saman, inikan pulak wall street. Jauh panggang dari api ni. Nik Aziz tak takut ke nanti Anwar naik angin terus mursyidul am PAS kena buang dari keahlian pulak.

Anwar tidak akan berani untuk menyaman wall street kerana mungkin dia ada kepentingan dengan Israel, siapa tau.

Jika dalam perkara macam ni pun depa tak boleh sepakat, jangan le sebut perkataan Pakatan dalam gabungan PAS PKR dan DAP tu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tiada ulasan: