Selasa, 7 Februari 2012

KESUNGGUHAN PEJUANG MAYA PAHANG

Konvension Media Sosial MyVo1ce siri jelajah Negeri Pahang yang diadakan di Dewan Tun Razak Temerloh semalam mebuktikan bahawa pejuang maya negeri itu bersungguh-sungguh untuk memerangi PR di alam cyber pada PRU yang akan datang.

Program yang di hadiri oleh lebih dari seribu orang itu juga membuktikan bahawa harapan untuk pihak pembangkang dalam menguasai peperangan cyber semakin tipis.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri DiRaja Haji Adnan bin Haji Yaakob turut hadir bersama-sama dengan YB Datuk Mohd Sharkar EXCO kerajaan negeri Pahang yang juga merupakan Pengerusi MyVo1ce Kebangsaan. Program soal jawab bersama bloggers pula menjemput YH Datuk Shamsudin Nawawi S/U Politik kepada Menteri Besar sebagai moderator dan panelisnya pula terdiri daripada blogger Taiping Mali, KRO serta BraveHeart.

Ramai juga di kalangan ADUN, Ahli Parlimen, Ketua2 Bahagian, Ketua2 Pemuda, Ketua2 Puteri dan Ketua2 Wanita turut hadir dalam konvension tersebut.

Turut kelihatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Shaifuddin Abdullah.

Pengarah Biro Tata Negara, YM Datuk Raja Arief pula berkata bahawa program ini telah menunjukkan kejayaan yang begitu memberansangkan dan di luar jangkaan kerana beliau di maklumkan hanya lebih kurang 800 org peserta yang telah mendaftarkan kehadiran pada peringkat awal tetapi kehadiran lebih dari 500 org secara walk-in menunjukkan betapa mereka amat bermina terhadap media sosial sebagai saluran maklumat terkini dalam membantu kerajaan.

Beliau juga berkata bahawa program ini adalah program pertama siri jelajah MyVo1ce ke negeri2 seluruh Malaysia.

Sangkakala ucapkan setinggi tinggi tahniah kepada pengerusi jawatan kuasa pengelola program MyVo1ce siri jelajah Negeri Pahang YB Datuk Shahaniza yg juga merupakan Adun Kuala Sentul, Maran serta seluruh Ahli jawatan kuasa dan petugas2 yang bertungkus lumus dalam menjayakan program tersebut.

2 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

Salam bro, tulisan yg baik, tp sila ubah dari fasilitator kepada Panelist bagi ayat: Program soal jawab bersama bloggers pula menjemput YH Datuk Shamsudin Nawawi S/U Politik kepada Menteri Besar sebagai moderator dan fasiilitatornya pula terdiri daripada blogger Taiping Mali, KRO serta BraveHeart. ...mungkin lebih sesuai...wallahualam!

Tok Wan PKR berkata...

Salam Bro...katanya, 1 Agenda juga terlibat di sana...beto ker?