Sabtu, 18 Februari 2012

KETUA PEMUDA PAS KENA PUKUL

Dalam kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat bahawa beliau amat kecewa dengan kewujudan samseng politik yang mengoyak poster dan memukul Ketua Pemuda PAS Temerloh, Muhammad Shukri Shuib (gambar) lebih kepada menunjukkan sikap parti itu sendiri.

Sangkakala pernah terlibat dengan beberapa PRK sebelum ini dan melihat dengan mata kepala serta pernah terlibat juga dengan pergaduhan dengan puak-puak PAS ini di beberapa tempat.

Sebagai contoh PRK Bukit Gantang, boleh dikatakan setiap malam ada saja provokasi dan pergaduhan di mulai oleh pengikut PAS.

Kita lihat saja selepas PRU12, apabila PR memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak, beberapa ketua kampung telah didatangi secara kasar oleh pemuda-pemuda PAS meminta supaya dewan dan sebagainya diserahkan kepada mereka walau pun baru sehari mereka menang, berbeza pula apabila mereka tidak mendapat sokongan ADUN Perak, tidak ada pemuda UMNO atau BN yang pergi menyerang mereka untuk mendapatkan semula peralatan atau bangunan yang telah mereka rampas secara rakus sebelum itu.

Dalam kejadian di Taman Kaya Taiping (PRK Bkt Gantang)contohnya, pemuda atau Unit amal PAS telah mengoyakkan serta menconteng poster dan banner ceramah hingga membuatkan tercetusnya pergaduhan apabila mereka ditangkap oleh beberapa penyokong BN. Begitu juga di Changkat Ibol (prk Bkt Gantang) beberapa orang pemuda UMNO telak dikepung oleh pengikut PAS semasa mereka memasang bendera dan poster Calon BN pada masa itu.

Begitu juga dengan kejadian di Permatang Pasir dimana Sangkakala sendiri bersama rakan-rakan dari Pemuda UMNO diserang seawal jam 6 pagi oleh sekumpulan pengikut PAS dan sewaktu itu kami sedang dalam perjalanan menuju ke masjid untuk solat subuh.

Mengikuti kisah di Bagan Pinang pula, kejadian pergaduhan telah melibatkan pengikut PR dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) apabila pengikut Pakatan Rakyat memasang atau menaikkan bendera Parti yang tidak bertanding sedangkan mengikut undang-undang SPR telah dinyatakan bahawa tidak ada bendera atau apa juga bentuk kempen dari parti-parti yang tidak diwakili oleh calon.

Di Merlimau (Melaka) pada malam akhir kempe, sebilangan pemuda dari unit amal PAS menyerang tempat ceramah BN di pekan Merlimau kononnya dikatakan masih lagi berkempen sedangkan pada ketika itu pengikut-pengikut UMNO sedang mengadakan pertandingan karaoke, takkan karaoke dengan ceramah tak boleh dibezakan agaknya.

Jika kejadian yang menimpa. saudara Muhd Syukri diambil kira sebagai serangan dari samseng politik, Ketua Dewan Pemuda PAS juga perlu mengekang tindak tanduk pengikut PR khususnya PAS agar tidak juga melakukan perkara yang sama.

Sangkakala tidak mengatakan atau mengakui bahawa penyerang dari UMNO/BN yang menyerang ketua pemuda PAS Temerloh itu. Tetapi mungkin juga dikalangan orang-orang suruhan Pakatan Rakyat itu sendiri untuk merosakkan nama Barisan Nasional.

Tiada ulasan: