Untuk menentang sesuatu perkara yang baik bagi semua gerasi Felda, pernahkah generasi kedua dan ketiga ini cuba untuk mengingati semula sejarah tentang Felda dari pada ianya mula-mula ditubuhkan dahulu hingga kini? Mungkin ramai yang telah lupa tentang sejarah ini dan generasi kedua dan ketiga ini tidak mengkaji serta mencari apa bagaimana sejarah Felda serta peneroka berganding bahu bersama-sama dalam memajukan negara.
Felda telah ditubuhkan pada tahun 1956 dan diaktifkan pada 1958 dengan bermodalkan RM 10 juta, Lurah Bilut adalah sebuah kawasan penempatan FELDA yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di Malaysia dan dunia.
http://ms.m.wikipedia.org/wiki/ Lurah_Bilut
Semasa kawasan ini dibuka, begitu banyak halangan dan dugaan ditempuhi bukan sahaja oleh para peneroka tetapi juga kakitangan serta pihak pengurusan Felda itu sendiri. Daripada serangan binatang buas hinggalah dengan masalah bencana alam.
Tahukah semua anak-anak Felda masa kini, bahawa semasa peneroka mula-mula masuk ke tanah rancangan Felda mereka ini tidak mempunyai apa-apa kerana adalah menjadi polisi Felda untuk membantu golongan-golongan yang benar-benar miskin khususnya orang melayu untuk membolehkan golongan ini mendapat sebidang tanah ladang dan tapak untuk perumahan mereka di dalam kawasan rancangan.
Peserta rancangan Felda digelar Peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan berumur diantara 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai tanah untuk berladang.
Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya.
Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan.
Kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.
Mari kita lihat, Felda telah memilih mereka-mereka yang berada di kawasan-kawasan pedalaman yang sebelum itu bekerja sebagai petani atau bekerja mengambil upah atau secara pawah di tanah-tanah orang yang mempunyai kebun atau ladang mahu pun sawah padi. Kawasan kediaman mereka pula didirikan dipinggir-pinggir ladang dan disitulah mereka membesarkan anak-anak dan hidup dalam sebuah keluarga. Golongan-golongan ini adalah golongan sasaran Felda dalam melaksanakan projek perladangan rakyat mereka.
Jika diingatkan sejenak, semasa kedatangan keluarga-keluarga ini ke ladang-ladang Felda atau ke tanah-tanah rancangan, mereka tiada apa-apa yang mampu dibawa bersama, hanyalah tikar bantal serta pakaian. Disini jelas kelihatan peranan Felda dan kerajaan dalam membantu para peneroka untuk meneruskan kesinambungan hidup mereka supaya dapat diteruskan. Bantuan sara hidup diberikan sementara hasil tanaman mengeluarkan hasil tidak kira getah mahu pun kelapa sawit.
Tidak ketinggalan juga kerajaan telah menyediakan khidmat pendidikan yang membolehkan anak-anak Felda belajar serta mendapat pendidikan yang sempurna pada hari ini. Hingga kita dapat melihat pada hari ini juga berapa ramai anak-anak Felda telah menjadi orang-orang besar dan berjaya tidak kira didalam pentadbiran kerajaan dan tidak kurang juga dalam bidang perniagaan.
Juga tidak boleh dilupakan ialah khidmat anggota keselamatan yang bertindak menjaga keselamatan peneroka-peneroka dari serangan komunis yang berleluasa pada ketika itu, mereka ini juga perlu diberikan penghormatan diatas jasa-jasa mereka.
Sangkakala lihat disini, sudah terlalu banyak kebaikan dan budi yang telah diberikan oleh Felda serta kerajaan kepada rakyat khususnya peneroka-peneroka Felda. Tetapi apa yang menghairankan Sangkakala ialah, kenapa masih ada segelintir atau sebahagian dari anak-anak Felda masa kini yang terikut-ikut dengan hasutan pembangkang, tidakkah mereka tahu bahawa pembangkang memang mahu menjahanamkan setiap usaha kerajaan dalam memajukan rakyat. Hari ini kita lihat bahawa YAB Perdana Menteri sendiri pada Sangkakala telah menyambung perjuangan ayahanda beliau yang juga adalah pencetus idea mewujudkankan projek perladangan rakyat ini dalam membela serta berusaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat khususnya peneroka-peneroka ini.
Sangkakala berharap agar peneroka-peneroka khususnya dari golongan-golongan kedua serta ketiga ini supaya sedar dari mana mereka datang, bukan apabila semua telah ada, maka semua pihak datang untuk tunjuk pandai dan mengatakan bahawa mereka bijak dalam semua perkara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan