Khamis, 30 Jun 2016

WAN AZIZAH JADI KETUA PEMBANGKANG NAMUN MASIH TAK CERDIK @NajibRazak @Zahid_Hamidi @nohomar #scs14

Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh nampaknya memang jenis manusia yang agak susah nak cerdik walaupun dilantik sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mana tidaknya, dalam kes yang melibatkan Guan Eng ditahan oleh SPRM semalam, Wan Azizah mengatakan mengapa hanya pembangkang diambil tindakan.


Agaknya Wan Azizah terlupa bahawa Khir Toyo dulu adalah pemimpin dalam kerajaan, bukannya pembangkang sepertimana yang dimaksudkan oleh Wan Azizah.

Lagi satu, kenapa bila Guan Eng kena tangkap, maka dituduh ianya adalah konspirasi kerajaan tetapi apabila pemimpin kerajaan atau UMNO yang kena tangkap maka puak puak pembangkang ni akan mengatakan bahawa pihak berwajib itu telus dan bagus kerana mengambil tindakan.

Agak agak la kalau nak bercakap tu Kak Wan, tak kira la siapa sekali pun, kalau salah tetap salah, jangan nak pusing sana sini pulak.


PHANG LI KHOON BAWA NASIB MALANG KEPADA LIM GUAN ENG @NajibRazak @nohomar #scs14

Nampaknya Lim Guan Eng kini mendapat tempias 'FENG SHUI' buruk yang di bawa oleh Phang Li Khoon.


Semalam Guan Eng dan Phang telah ditangkap oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM untuk siasatan berhubung pembelian sebuah banglow oleh Guan Eng daripada Phang.

Semasa kisah ini hangat diperkatakan tempoh hari, Phang ada mengatakan bahawa banglow yang dijual kepada Guan Eng mempunyai Feng Shui yang tidak baik dan atas alasan tersebut, Guan Eng membeli banglow berkenaan dibawah harga pasaran.

Satu jawapan yang agak dangkal diberikan oleh Phang dalam usaha untuk melepaskan diri.

Dalam diam tak diam, rupanya Guan Eng dapat membeli kediaman berkenaan apabila syarikat milik Phang memperolehi beberapa kawasan tanah untuk dimajukan.

Sangkakala yakin pihak SPRM sudah mempunyai bukti kukuh dari setiap sudut barulah tangkapan dibuat dan akan didakwa dimahkamah.

Kes sama pernah berlaku ke atas Dato Sri Khir Toyo walaupun pada ketika itu, Khir Toyo telah memaklumkan kepada Bank Negara dan pihak Peguam Negara tentang pembelian banglow milik beliau yang dibeli dengan harga dibawah harga pasaran ekoran banglow tersebut terbengkalai.




Rabu, 29 Jun 2016

DAH MULA BAGI KAFIR MASUK KE RUANG SOLAT !! TAKSUB SANGAT KE ?? @NajibRazak @nohomar #scs14

Agak menghairankan juga bila orang bukan Islam dibenarkan melangkah memberikan ucapan di tempat Imam dan yang memberikan kebenaran pula sudah tentu le orang yang ada di Masjid tersebut.



Takkan Nazir masjid berkenaan tidak tahu hukum hakam agama mana yang boleh dan mana yang tak boleh dilakukan oleh orang bukan Islam dalam masjid.

Kita semua sedia maklum bahawa Selangor kini walaupun nampak macam di ketuai oleh orang Islam. Tapi yang sebenarnya yang bukan Islam dari DAP yang berkuasa.

Tapi kalau bab melibatkan masjid dan agama ni mana boleh kompromi.



IBARAT CACING NAIK KE MATA !! TAKKAN KITA NAK DIAM LAGI !! @NajibRazak @nohomar #scs14

Mungkin sekarang puak puak ni rasa agak ketakutan sikit untuk menyatakan bahawa apa yang mereka katakan adalah serius dan puak puak ni akan terus membuat tuntutan.

Sebagai contoh, mereka (cina DAP) kini sudah mula pandai untuk membuat tuntutan kepada wang zakat dengan memberikan alasan bahawa orang bukan Islam juga membayar cukai.


Tapi percaya atau tidak, mereka ini akan membuat desakan secara drastik sekiranya mereka memrintah negara dan dimasa itu nanti, adalah amat mustahil untuk kita menidakkan perkara tersebut melainkan dengan terjadinya pergaduhan diantara kaum seperti apa yang berlaku pada tahun 1969.

Tapi sejauh mana pula kita bersedia untuk kearah itu? Dan perlukah kita menumpahkan darah jika ada jalan lain yang lebih baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Cuma ianya berada di tangan kita sendiri dimana jika kita memberikan kuasa yang berbaki ini kepada mereka maka sudah pastilah mereka dapat merealisasikan apa yang mereka hajati.


KERAJAAN LAPAR NYAWA DAN DAHAGAKAN DARAH PENGGUNA JALAN RAYA ?? @NajibRazak @nohomar #scs14

Agaknya kerajaan Selangor hari ini akan terus menunggu sehingga puluhan nyawa atau ratusan nyawa hilang barulah tindakan akan diambil.

Persiaran Atmosfera di kawasan Subang Bestari, sudah menjadi lubuk kemalangan maut apabila jalan dihadapan pejabat daerah mengalami kerosakan ktitikal sehingga pengguna mengambil keputusan untuk menggunakan jalan tersebut dengan masuk ke laluan menentang arus.

Sudah acapkali dilaporkan namun langsung tiada tindakan yang diambil oleh pihak kerajaan.

Persoalannya sekarang ni, kemana pegi Pegawai Daerah? Kemana pegi Datuk Bandar? Kemana pergi Ahli Majlis? Kemana pergi Penyelaras DUN? Kemana pergi Ahli Parlimen Subang?

Semua makan tidur atau tunggu projek yang menguntungkan sahaja baru nak buat?

Setahu Sangkakala, peruntukan MARRIS yang disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri berjumlah ratusan juta, kemana peruntukan tu dibelanjakan sehingga jalan yang sepatutnya dibaik pulih dengan menggunakan bajet tersebut tidak kelihatan.



Tadi satu lagi kemalangan maut telah berlaku di kawasan tersebut, sampai bila kerajaan negeri nak biarkan perkara ini?

Sebuah motor telah bertembung dengan sebuah kereta hingga mengakibatkan penunggang motosikal maut ditempat kejadian.

Mungkin kerajaan Selangor sekarang ni dahagakan darah dan laparkan nyawa pengguna jalan raya kot.



JAWAPAN TOK MAT HASAN YANG BUAT HIDUNG BERDARAH !! @NajibRazak #scs14

Sangkakala rasa jawapan yang diberikan oleh YB Dato Sri Mohamad Hassan, Menteri Besar Negeri 9 adalah jawapan paling tepat untuk mereka mereka yang merasakan adalah tidak adil apabila Tan Sri Muhyidin Yasin dan Dato Sri Mukhriz digugurkan keahlian.


Memang agak lama UMNO Malaysia hendak memutuskan keputusan pengguguran keahlian dua bekas pemimpin tersebut dan akhirnya keputusan dibuat sebulat suara untuk menggugurkan keahlian kedua duanya sekali.

Sangkakala yakin bahawa keputusan itu diambil setelah mengambil kira laporan laporan yang dibuat oleh ahli parti berhubung tindakan Tan Sri Muhyiddin dan Dato Sri Mukhriz.

Ada juga yang menpertikaikan bahawa ianya tidak dibuat oleh lembaga disiplin parti dan ianya adalah benar memandangkan kedua dua bekas pemimpin ini merupakan pemimpin tertinggj negara dan negeri maka ianya dibawa kepada keputusan ahli majlis tertinggi parti.

Seperti kata Tok Mat Hasan ada benarnya, manakan boleh lagi duduk sebumbung kalau sebaris bersama pembangkang memburukkan parti sendiri.

Jadi disini rasanya ahli parti juga perlu membuat penilaian sama ada tindakan keatas mereka wajar atau sebaliknya kerana jika ahli biasa melakukan perkara sama maka tindakan yang sama juga akan diambil oleh UMNO Malaysia.



Selasa, 28 Jun 2016

300 RIBU JE PERUNTUKAN ?? KENAPA KEJAM SANGAT KERAJAAN.PUSAT NI ?? @NajibRazak @nohomar #scs14

Sebanyak RM 300 ribu peruntukan di salurkan oleh kerajaan pusat kepada ADUN Kota Damansara untuk membaik pulih prasarana di PPR seksyen 8 Kota Damansara.


Projek membaik pulih prasarana di kawasan perumahan tersenut adalah untuk memberikan keselesaan kepada penghuni di PPR tersebut.

Hampir 3000 orang penghuni mendapat manafaat daripada projek berkenaan.

Tapi Sangkakala nak tanya juga, kemana pergi peruntukan yang disalurkan kepada penyelaras DUN di Kota.Damansra?

Daripada apa yang Sangkakala tahu, hampir RM 1 juta disalurkan setiap tahun kepada Razlan yang merupakan penyelaras DUN.

YB Halimaton dah tentu lah daripada Barisan Nasional yang tidak mendapat apa apa peruntukan dari kerajaan negeri dan hanya mengharapkan.peruntukan kerajaan persekutuan bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai.

Kalau tengok dalam gambar keratan akhbar diatas, sebelah kiri sekali adalah Shatiri yang merupakan ahli majlis perbandaran Petaling Jaya dan merupakan orang PKR juga.

Persoalannya sekarang, kemana pula peruntukan daripada MBPJ yang sepatutnya disalurkan kepada PPR berkenaan? Takkan sebagai ahli majlis, Shatiri langsung takde suara untuk membela nasib rakyat.

Semasa belum menjadi kerajaan dulu, mereka mereka inilah yang terpekik terlolong mengatakan bahawa mereka akan menjadi suara, mata dan telinga rakyat.

Tapi setelah memerintah, suara dah jadi bisu, mata dah jadi buta dan telinga dah pekak tuli sehingga rintihan rakyat yang mahukan keselesaan diabaikan.




Isnin, 27 Jun 2016

WAJAH CERIA ANAK YATIM BERSAMA YB DS @IsmailSabri60 @NajibRazak #scs14

Dalam melangkah hari hari terakhir bulan Ramadhan untuk menuju ke bulan Syawal, ramai dikalangan kita terlupa kepada insan insan yang ketawa dalam duka.

Anak anak yang kehilangan ibu dan bapa sebagai contoh, adalah insan yang ketawa dalam duka, sedih dalam bahagia hanya rakan taulan yang dianggap sebagai saudara.

Namun begitu, bukan semua insan melupakan kehidupan perit jerih anak anak yatim yang kehilangan ibu bapa ini, masih ada lagi yang ingat kepada mereka dan masih mahu menghulurkan tangan meringankan beban.

Sebagai contoh, semalam YB Datuk Seri Ismail Sabri membeli keperluan anak anak yatim seramai 70 orang di IOI Mall Putrajaya bagi menyambut hari lebaran tidak berapa lama lagi.






Cuba lihat dalam gambar yang Sangkakala masukkan diatas, betapa ceria dan bahagia wajah anak anak ini menerima sumbangan, moga moga dimasa akan datang akan ada lagi insan yang sanggup menghulurkan bantuan.

Dari apa yang Sangkakala ketahui, Datuk Seri Ismail Sabri memang menjadikan aktiviti membeli belah bersama anak anak yatim ini setiap tahun.


ZURAIDAH BELUM KEMUKA BUKTI PEROLEHI KENDERAAN MEWAH @NajibRazak @nohomar #scs14

Mungkin ramai yang sudah agak terlupa bahawa baru baru ini telah pun didedahkan beberapa gambar kenderaan mewah milik ahli parlimen Ampang.

Disini Sangkakala nak ingatkan semula bahawa Zuraidah belum lagi mengemukakan bukti darimana hasil pendapatan yang membolehkan beliau mempunyai 9 buah kenderaan sepanjang menjadi ahli parlimen Ampang.


Setahu Sangkakala, Wan Azizah sendiri telag mengarahkan Zuraidah mengemukakan pendapatan beliau sehingga memperolehi kenderaan tersebut.

Kalau dah presiden PKR sendiri pertikai darimana datangnya sumber kewangan Zuraidah hingga memiliki kenderaan berkenaan rasanya rakyat Selangor juga perlu bertanya perkara yang sama.

Adakah Zuraidah menjadi proksi kepada Azmin Ali selaku Menteri Besar untuk menjalankan perniagaan bagi mencari sumber kewangan Azmin?

Seperti yang pernah di dedahkan beberapa laman sosial baru baru ini, sebuah daripada semua kenderaan itu didaftarkan atas nama sebuah syarikat pembinaan.

Persoalannya disini, apakah hubungan Zuraidah dengan syarikat pembinaan tersebut hingga di beri kemudahan berupa sebuah kenderaan?

Mungkin pihak SPRM sudah boleh memulakan siasatan darimana sumber pendapatan Zuraidah dan apa hubungan beliau dengan syarikat berkenaan.



Ahad, 26 Jun 2016

HENTAKAN TONY PHUA BUAT AZMIN MULA KELAM KABUT @NajibRazak @nohomar #scs

Seminggu lepas pilihanraya umum di Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah berlangsung dimana kemenangan telah diperolehi oleh Barisan Nasional di kedua dua tempat.

Di Sungai Besar, satu perkara yang amat membingungkan Menteri Besar apabila pertandingan melibatkan 2 parti iaitu PAS dan PAN selain dari Barisan Nasional.

PAS masih lagi mempunyai anggota exco dalam kerajaan negeri seramai 3 orang dan ini membuatkan PAS masih lagi dalam kerajaan negeri.

Tetapi apabila PAS bertanding di Sg Besar melawan PAN dan Barisan Nasional, jelas menunjukkan bahawa Azmin selaku Menteri Besar gagal untuk mengawal parti yang ada dalam kerajaan Selangor.

Disebabkan oleh itu, pengerusi DAP Selangor, Tony Phua mula menyerang Azmin supaya memecat exco dari PAS dan mengeluarkan PAS dari kerajaan negeri Selangor.


Nampaknya DAP Selangor juga mendesak supaya Azmin membubarkan DUN Selangor jika beliau tidak mahu memecat exco kerajaan negeri dari PAS.

Memang kuasa untuk membubarkan DUN adalah dibawah Azmin Ali, tapi perlu diingat bahawa undi tidak percaya mampu untuk membubarkan DUN Selangor selain ianya dibubarkan oleh Menteri Besar.


Sabtu, 25 Jun 2016

PREMIS JUDI !! JAWAPAN PELIK OLEH KETUA POLIS DAERAH KUALA SELANGOR @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KBAB51 @nohomar #scs

Baru baru ni viral di laman sosial facebook yang menunjukkan beberapa orang ramaja pergi menyerbu premis judi di Kuala Selangor.

Tindakan tersebut mungkin diambil setelah remaja remaja ini tidak berpuas hati dengan kewujudan premis judi haram di kawasan mereka.

Tapi agak pelik pula kejadian ini mendapat respon yang agak janggal dari Ketua Polis Daerah Kuala Selangor yang menyifatkan kejadian tersebut atas dasar mahu memeras ugut.


Sangkakala terfikir satu perkara, kalau remaja ini mahu memeras ugut, sudah pasti tiada video yang disebarkan oleh remaja ini.

Tapi nak juga bertanya kepada Ketua Polis Daerah Kuala Selangor ni, apa tindakan PDRM terhadap premis tersebut? Atau hanya diam seribu bahasa?

Apa yang dinyatakan oleh Ketua Polis Daerah ini bagi Sangkakala adalah sesuatu yang pelik dan juga jelik kerana untuk menutup permasaalahan premis judi haram maka kes peras ugut pula sebagai sandaran.



BESAR SANGAT KE ISU MUHYIDDIN DAN MUKHRIZ KENA PECAT ?? @NajibRazak #scs93 #scs #smss

Bermula daripada malam tadi hinggalah ke hari ini pelbagai cerita dikeluarkan atas pemecatan Muhyiddin Yasin serta Mukhriz Mahathir.


Dalam laman facebook rasanya antara yang paling havock sekali menceritakan tentang berita pemecatan.

Ada yang kata Najib Razak berani, ada yang kata Najib Razak takut dan pelbagai cerita lagi.

Cuba kita kaji semula, kenapa nak dibesarkan hal pemecatan dua orang bekas pemimpin UMNO ni?

Setahu Sangkakala, apabila seorang ahli parti melanggar perlembagaan parti, maka mereka harus dipecat daripada parti.

Dalam kes Muhyiddin dan Mukhriz, mereka juga adalah ahli parti dan jelas mereka melanggar perlembagaan apabila duduk diatas pentas pembangkang semasa pilihanraya kecil baru baru ni.

Kalau nak disalahkan Presiden atau Ahli Majlis Tertinggi kerana pemecatan ini, Sangkakala pun nak tanya juga, apa keistimewaan kedua dua orang ini sehingga mereka tak perlu di pecat?

Berapa ramai yang bertanding dan menyokong parti lawan dalam pilihanraya digugurkan keahlian mereka kerana mengkhianati parti?

Jadi disini Sangkakala rasa ianya bukanlah isu besar dan Mukhriz serta Muhyiddin sudah pun bersedia dari awal dan yang pastinya mereka berdua sudah semestinya tahu risiko yang bakal mereka hadapi jika melanggar perlembagaan parti.



Jumaat, 24 Jun 2016

AHLI DAP GOYANG DENGAN STATEMENT MUFTI PAHANG @NajibRazak @Zahid_Hamidi #scs93 #scs #smss

Apabila Mufti negeri Pahang mengeluarkan kenyataan dalam akhbar yang mengatakan haram jika berkerjasama dengan KAFIR HARBI DAP kerana mereka menolak Islam, maka ada pula ahli DAP dari golongan orang Melayu mengatakan kenyataan Mufti berkenaan membahayakan keselamatan negara.


Seorang ahli DAP mengatakan bahawa kenyataan KAFIR HARBI itu menunjukkan bahawa darah ahli DAP adalah halal untuk orang Islam dan bagaimana pula dengan mereka yang beragama Islam dalam DAP?

Sangkakala tak sangka pula rupanya ada bijak pandai agama dalam DAP apabila Mufti Pahang menyebut perkara ini, tapi kemana pula bijak pandai agama ni pergi bila DAP menghina Islam secara terang terangan?

Apakah mereka ini (Islam dalam DAP) hanya risau keselamatan diri sedangkan keselamatan Islam itu sendiri tidak diambil kira langsung?

Apabila seorang mufti berani mengeluarkan kenyataan sebegitu, ini bermakna beliau sudah melihat dari segala sudut kerana mufti Pahang ni bukan macam Mufti Perlis yang agak berfikiran kritikal.

Sepatutnya ahli DAP yang beragama Islam bangkit menentang parti tersebut apabila DAP menghina bukan sahaja orang Melayu tetapi juga agama Islam.



Khamis, 23 Jun 2016

ISU DEDAK !! @NajibRazak NAIK ANGIN !!! MESTI ADA YANG SENTAP !! @nohomar #scs93 #scs #smss

Bila sekali sekala YAB Perdana Menteri tunjukkan kemarahan dalam FB seronok juga, mesti ada yang sentap dengan kenyataan atau status yang dimuat naik oleh Perdana Menteri menghentak mereka mereka yang agak celupar mulutnya.


Selalu kita dengar sesetengah pihak mengatakan bahawa kerajaan atau UMNO atau Perdana Menteri sendiri memberikan 'DEDAK' kepada rakyat sebagai contoh, semasa PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Dengan kekalahan parti yang mereka sokong, maka dengan sewenang wenangnya mereka mengatakan bahawa rakyat diberikan 'DEDAK' oleh kerajaan.

Adakah mereka yang menyebut perkataan 'DEDAK' ini tahu apa maksud 'DEDAK' atau hanya sekadar ingin menyebut bagi menyedapkan kata kata tanpa memikirkan perasaan orang lain?

Dedak adalah sejenid makanan haiwan seperti ayam, itik, lembu, kambing dan sebagainya.

Dengan mengatakan bahawa rakyat menerima dedak, maka secara tidak langsung mereka ini telah menyamakan rakyat dengan haiwan.

Mungkin kerana kekayaan mereka maka mereka melihat rakyat biasa ini begitu daif dan seolah olah hina sehingga sanggup disamakan seperti haiwan.

Mungkin mereka tidak sedar bahawa kerajaan hari ini memberikan bantuan kepada rakyat yang tidak ada sebelum ini.

Ini membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional hari ini adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab dan sentiasa memikirkan permasaalahan rakyat dibawah.

Kepada mereka yang kerap mengatakan bahawa rakyat menerima dedak tu, bawa bawa le bertaubat, nak minta ampun pada puluhan juta rakyat Malaysia bukan perkara mudah.



Rabu, 22 Jun 2016

JELAJAH RAMADHAN !! PRESIDEN MBM MERAYAU DI TERENGGANU @NajibRazak @Zahid_Hamidi #scs #smss

Seperti biasa, Majlis Belia Malaysia mengajurkan Jelajah Ramadhan pada setiap kali bulan puasa ke seluruh negara.

Kali ini Jelajah Ramadhan bermula pada 11 Jun yang lalu di Sarawak dan semalam kumpulan atau konvoi ini berada di negeri Terengganu.


Hari ini, konvoi akan bergerak ke Pahang diikuti dengan Johor pada hari esok.

Tujuan Majlis Belia Malaysia mengadakan program jelajah Ramadhan ini adalah untuk melihat serta melawat pergerakan belia di peringkat akar umbi.

Mua'mar Ghadafi Jamal bin Dato Wira Jamaluddin sendiri mengetuai konvoi bagi melihat serta mendengar denyut nadi kumpulan belia ini.

Selain dari Majlis Belia Malaysia, konvoi ini juga disertai oleh Kelab Kesatria Muda Keselamatan dimana ianya adalah sebuah badan bukan kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri.



Selasa, 21 Jun 2016

HEBAT !! GUNA NAMA.PENJAWAT AWAM UNTUK SAPU DUIT RAYA @NajibRazak @nohomar #scs #smss

Macam macam cara orang nak sapu duit, tambahan pula dengan nak dekat hari raya atau lebih sesuai dikatakan sebagai duit raya.


Mungkin bagi sesetengah orang akan mengatakan bahawa Azmin adalah Menteri Besar yang hebat tapi sebenarnya ada udang di sebalik batu.

Bonus penjawat awam di Selangor diberikan sebanyak sebulan setengah gaji dan itu sudah dikesahkan sebagai kehebatan Azmin Ali.

Mungkin sesetengah orang lupa berapa gaji Azmin Ali dan barisan EXCO beragama Islam dalam pentadbiran negeri Selangor dan jika ditambah dengan gaji bulanan, sudah pasti ianya mencecah puluhan ribu ringgit.

Jadi sekarang ni nak bahagiakan penjawat awam atau nak bahagiakan Azmin Ali?? Fikir fikirkan lah.




MILIKI 9 BUAH KENDERAAN !! DARI MANA ZURAIDA DAPAT DUIT ?? #scs

Kalau tak silap Sangkakala, Zuraida Kamarudin, Ahli Parlimen Ampang baru memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen selama 8 tahun selepas kerajaan Barisan Nasional jatuh ketangan Pakatan.

Tapi dalam waktu sesingkat itu, Zuraida sudah mampu memiliki 9 buah kenderaan, bagaimana Zuraida boleh mengumpul sebegitu banyak kenderaan untuk kegunaan beliau?


Yang peliknya takde sorang pun ahli pakatan mempertikai darimana Zuraida memperolehi pendapatan sebegitu banyak untuk memiliki kenderaan.

Kalau nak diikutkan, berapa sangatlah gaji sebagai ahli parlimen dan Sangkakala.rasa untuk membayar ansuran kenderaan berkenaan juga agak sukar jika difikirkan secara logik akal.

Zuraida sebelum menjadi ahli parlimen dikatakan hanyalah seorang penjual buah buahan dan kalau nak dikatakan duit untuk membeli kenderaan tersebut hasil dari pengumpulan wang perniagaan beliau sebelum ini juga agak mustahil.

Mungkin pembaca boleh fikirkan sama bagaimana Zuraida boleh memiliki kenderaan kenderaan tersebut.




Isnin, 20 Jun 2016

HINAAN DAP TERHADAP PENGUNDI !! APA KATA RAKYAT ?? @NajibRazak @nohomar #scs

Nampaknya DAP tak habis habis nak mencari pasal dengan orang Melayu, tambahan pula dengan kelalahan yang dialami oleh PAN di Sg Besar dan Kuala Kangsar.


Nga Kor Meng, pemimpin DAP negeri Perak telah mengeluarkan kenyataan seperti diatas iaitu mengatakan pengundi di Sg Besar dan Kuala Kangsar lebih bodoh dari BABI.

Kenyataan tersebut adalah amat biadap dan seharusnya rakyat Malaysia terutamanya yang boleh mengundi menolak wakil rakyat yang sebegini biadap.

Kor Meng mengeluarkan kenyataan tersebut setelah calon PAN kalah dikedua dua PRK iaitu di Sg Besar dan Kuala Kangsar.

Bukan nak menjadi rasis, tapi bagi Sangkakala, cina DAP yang semacam ini tidak lagi layak di berikan tempat atau suara rakyat dalam Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat di Parlimen.




AZMIN ALI DAH MULA TERIMA TEKANAN SUPAYA PECAT EXCO PAS @NajibRazak @nohomar #scs

Azmin Ali semakin bingung memikirkan apa kesudahan nasib yang bakal melanda pemerintahan beliau di negeri Selangor.

Tambahan pula dengan kekalahan dalam pilihanraya kecil Sg Besar beberapa hari lepas lebih memberikan tekanan kepada beliau.

Sangkakala ada mendengar dari satu sumber yang rapat dengan Azmin Ali mengatakan bahawa Azmin kini sedang menerima hentakan dan asakan supaya memecat 3 orang ADUN PAS yang menjadi exco kerajaan negeri.


Menurut kata sumber berkenaan, DAP telah memberikan kata dua kepada Azmin sama ada memecat exco dari PAS atau berhadapan dengan undi supaya Menteri Besar yang baru dilantik.

Bagi Sangkakala, ini satu perkara yang menarik dimana dalam satu penggal, tiga Menteri Besar menjadi pemerintah kerajaan negeri Selangor.

Kalau ini berlau juga, Selangor bukan hanya menjadi juara puasat urut, juara pusat judi, juara denggi malah Selangor juga menjadi juara penukaran MB.



Ahad, 19 Jun 2016

TETAP MENANG WALAUPUN DENGAN GANGGUAN DARI HEAVYWEIGHT @NajibRazak #nohomar #scs93 #prksgbesar

Semalam telah berakhir tempoh kempen di dua buah PRK dengan pengundian berakhir jam 5 petang semalam.


YB Budiman Mohd Zohdi yang juga merupakan ADUN Sg Panjang telah dinobatkan sebagai pemenang untuk PRK Sg Besar dengan kemenangan sebanyak 9191 majoriti undi dan Datin Mastura pula dinobatkan sebagai ahli parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 6969 undi.

Yang menariknya ialah, kedua dua tempat ini ditandingi oleh 3 parti yang sama iaitu PAS, Barisan Nasional dan juga PAN.

PAS dilihat mempunyai kelebihan kerana mereka adalah parti politik lama dan PAN pula dilihat mempunyai ruang dan peluang apabila negarawan, Tun Mahathir Mohamad turun sekali berkempen bagi memastikan kemenangan PAN.

Namun begitu, jelas kelihatan pengundi menidakkan permintaan Tun Mahathir supaya rakyat mengalahkan Barisan Nasional di kedua dua kawasan.

Ini juga sebenarnya memberikan tamparan hebat kepada pembangkang yang mana dalam terang mereka dapat melihat bahawa tektik menggunakan Tun Mahathir akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila mereka kalah dengan undi majorit yang agak besar.

Walau bagaimana pun, seperti kata YAB Perdana Menteri, Barisan Nasional jangan sesekali lalai atau alpa jika mahu merampas semula kerajaan negeri Selangor.

Dan Sangkakala sendiri mengakui bahawa apa yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri itu betul dan kepada pemimpin serta ahli UMNO serta komponen BN yang lain, ayuh terus berkerja dan berusaha demi untuk mengambil semula kerajaan negeri Selangor.


Khamis, 16 Jun 2016

NELAYAN SG BESAR NAIK ANGIN @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalbn #inilahbudiman

Kira kira 70 orang nelayan pagi tadi membuat bantahan di Pengkalan Nelayan Batu 23 Sg Nibong Sg Besar.

Mereka membuat bantahan ekoran tindakan kerajaan negeri akan mengenakan cukai tambatan sampan serta cukai jeti pendaratan ikan.


Menurut kata nelayan yang terbabit, kerajaan negeri dibawah pimpinan Azmin nampaknya lebih membebankan rakyat daripada memberikan bantuan.

Mungkin nelayan di Sg Besar kini sudah merasai betapa peritnya duduk dibawah kerajaan pentadbiran Azmin Ali.



Rabu, 15 Jun 2016

KELUAR PARTI BUKTI PAN KIAN PARAH #@NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalbn #inilahbudiman

Nampaknya PAN kini sudah kelam kabut apabila beberapa orang kuat parti berkenaan di Sg Besar mengambil tindakan untuk keluar parti.

Tindakan itu diambil kononnya mereka tidak lagi percaya terhadap kepimpinan tertinggi parti.


Mungkin beberapa orang ahli PAN ni dah nampak apa yang cuba dilakukan oleh pemimpin mereka kot dan sebab itu juga mereka mengambil pendekatan untuk keluar parti dan menyokong calon Barisan Nasional.


PESAWAH DI SG BESAR KETAWAKAN CALON PAS @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalbn #inilahbudiman

Baru baru ni satu lakonan daripada calon PAS, Dr Rani telah membuatkan para pesawah di Sg Besar tergelak besar.

Mana tidaknya, tak semena mena dalam musim menuai padi yang sedang menguning, Rani telah memikul mesin untuk menabur baja.


Baja apa yang Rani nak tabur dalam musim menuai ni?? Dah hilang akal ke?

Tak kisah la kalau umum tahu bahawa Rani ni bukan petani, tapi jangan le pula nak dapatkan undi punya pasal, maka dah tak peduli apa yang biasa dilakukan orang.

Kalau dalam kempen pun dah asyik berlakon, kalau menang apa jadi? Teringat pula Sangkakala masa kes banjir kat Meru dulu, punya la nak berlakon punya pasal, bagi bantuan depan masjid dalam air.

Nanti kita cerita lagi sekali bab banjir tu.



Selasa, 14 Jun 2016

CUKAI SAMPAN !! KERAJAAN TAKKAN PEDULI MASALAH RAKYAT @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalBN #inilahbudiman

Baru baru ni Sangkakala ada menulis juga pasal cukai sampan yang akan dikenakan oleh kerajaan negeri kepada para nelayan di sekitar pantai di negeri Selangor.


Tapi bila kita fikirkan semula, berapa banyak bantuan yang diberikan kepada para nelayan oleh kerajaan pusat?

Bantuan berupa pembinaan pelantar mendaratkan ikan, bantuan enjin bot, bantuan bot, pukat, subsidi minyak, bantuan sara hidup dan pelbagai lagi bantuan termasuk subsidi pendaratan ikan sebanyak RM 0.20 setiap kilogram ikan yang didaratkan.

Tapi apa pula bantuan dari kerajaan negeri yang sentiasa mengatakan kos sara hidup membebankan rakyat? Dengan mengenakan cukai sampan sebanyak RM 600 setahun? Memang betul, exco kerajaan Selangor mengatakan bahawa hanya RM 50 sebulan, Sangkakala ulangi HANYA RM 50 SEBULAN yang dikenakan kepada para nelayan.

Walaupun RM 50, ianya tetap adalah duit dan kita semua sedia maklum bahawa bukan mudah bagi seorang nelayan untuk memperolehi rezeki di tengah lautan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Apakah kerajaan negeri tidak boleh memikirkan bagaimana untuk membantu para nelayan supaya kehidupan mereka lebih selesa?





 

DAP MAKI MELAYU DI #prksgbesar !!! APA KATA MELAYU PAN DAN PAS ?? @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman #kekalbn

Makin hari makin melampau puak puak kiasu DAP ni, siap boleh maki orang Melayu di Sg Besar ni dengan mengatakan Melayu itu 'BABI'.


Ini le parti yang disanjung oleh PAS satu ketika dulu sehingga kononnya ada Tahaluf Siasi dan akhirnya ditendang keluar bagaikan bola.

Kemudian di ganti pula oleh PAN yang sedia menjadi tunggangan kepada DAP untuk dipergunakan sepenuh kudrat demi memecahkan undi orang Melayu.

Tapi akhirnya Melayu itu dikatakan sebagai 'BABI', adakah Melayu PAS, PAN, UMNO, PKR dan beberapa kerat dalam DAP berbeza beza kemelayuannya?



Isnin, 13 Jun 2016

KERANA NAK MENGAMPU DAP !! AGAMA PUN BOLEH JADI MAINAN @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalbn #inilahbudiman

Hairan sungguh dengan puak puak yang terlalu taksub dengan DAP, agama pun boleh jadi mainan nampaknya.

Memang tak salah untuk menjemput mana mana orang menjamu selera, tapi dengan menjemput bukan Islam untuk makan bersama dlam berbuka dilihat adalah amat tidak wajar dan tidak sepatutnya berlaku.


Puasa adalah untuk menguji tahap keimanan seseorang dan berpuasa juga adalah untuk mengingati bahawa ada insan lain yang tidak menjamah makanan seharian dan puasa di bulan Ramadhan sepatutnya menginsafkan kita dengan nasib mereka.

Tapi dengan menjemput Guan Eng berbuka sekali nampak sangat, ada dikalangan orang Islam sendiri yang tidak faham apa itu erti berpuasa, kalau nak diikutkan, mereka yang tidak berpuasa haruslah menghormati mereka yang berpuasa dengan memberikan peluang untuk mereka menjamah makanan terlebih dahulu setelah seharian menahan lapar dan dahaga.

Kecualilah Guan Eng tu fakir miskin atau mereka yang tiada kemampuan, mungkin juga boleh dipertimbangkan, ini sedap sedap dia makan segala bagai sepanjang hari, bila sampai waktu berbuka dengan lahap dia pun ikut makan sekali.

Yang menjemput pula takkan langsung tak tau adap berbuka. Tapi ye lah, kang hilang pulak peruntukan dari DAP untuk meneruskan kehidupan.



VIDEO !!! PAKATAN BERTANDING SESAMA SENDIRI !!! BUKTI PAKATAN HARU BIRU @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalbn #inilahbudiman

Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Shahrom, ADUN Dengkil yang mengatakan bahawa kerajaan Pakatan di Selangor adalah pakatan haru biru atau pakatan cancamarba yang memperlihatkan bahawa mereka ini bukan hendak membela rakyat, tapi hanyalah untuk mendapatkan kuasa semata mata.


YB Budiman juga merupakan seorang ADUN di DUN Sg Panjang dan telah diakui oleh YB Shahrom bahawa Budiman merupakan seorang pejuang yang memperjuangkan hak rakyat di Selangor.

Walaupun ADUN barisan Nasional cuma memliki 12 kerusi dalam sidang DUN, namun komitmen yang ditunjukkan adalah amat tinggi demi untuk kebajikan serta keselesaan rakyat.

Jadi kepada para pengundi di Sg Besar, calon seperti ini yang sebenarnya diperlukan oleh rakyat, dan bukannya calon yang hanya mahukan pangkat serta kuasa sepertimana yang dilakukan oleh PAN serta PAS.



VIDEO BONGKAR !!! YB SHAHROM BUKA CERITA PASAL AIR DI SELANGOR @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalBN #inilahbudiman

Sejak Pakatan memerintah kerajaan Selangor, begitu banyak janji yang ditabur hingga membuatkan rakyat Selangor terlena dengan buai mesra janji palsu yang diberikan.

Sekarang ni Sangkakala nak masukkan satu video tentang janji yang ditabur oleh kerajaan Pakatan tentang isu air yang kononnya akan memberikan keuntungan kepada rakyat sedangkan sehingga kini langsung tidak ada apa apa penambahbaikan malah banyak permasaalahan yang timbul.


Nah tonton dan nilai sendiri apa yang telah dijanjikan oleh kerajaan Selangor dibawah pimpinan Pakatan sejak dari Khalid Ibrahim sehinggalah kepada Azmin Ali.


Ahad, 12 Jun 2016

BANYAK BANTUAN DARI KERAJAAN PUSAT !! KERAJAAN NEGERI BUAT APA ?? @NajibRazak @nohomar @budimanzohdi #scs93 #prksgbesar #kekalbn

Selama ni memang banyak rupanya bantuan kepada petani disalurkan oleh kerajaan pusat.



Persoalannya sekarang, mana peruntukan dari kerajaan negeri yang dikatakan mempunyai rizab kewangan berjumlah berbillion ringgit?

Takkan sikit pun tak boleh nak disalurkan kepada para petani bagi membantu mereka.

Kerajaan negeri hanya mampu untuk menaikkan harga cukai tanah dan ini tak banyak sikit akan memberikan tekanan kepada para petani dalam usaha mereka menambah pendapatan.

Di Sg Besar sebagai contoh, berapa ramai para petani yang ada di parlimen tersebut dan sehingga kini Sangkakala dengar belum ada apa apa bantuan dari kerajaan negeri kepada mereka.

Ini ke yang dikatakan kerajaan berkebajikan yang selalu di lontarkan kepada rakyat?

Ada mata lihat, ada akal kita fikir, berapa banyak bantuan yang diberikan oleh kerajaan persekutuan kepada rakyat dan bagaimana pula kerajaan negeri memberikan tekanan dan ianya dilakukan dalam keadaan senyap dan sunyi.



Sabtu, 11 Jun 2016

PENGERUSI PAN PERAK MENGAMUK SEBAB TAK SEBUT AMANAH @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #kekalbn #inilahbudiman

Nampaknya dah ada pula pemimpin PAN marah apabila parti tersebut hanya di gelar sebagai PAN.

Beliau meminta supaya parti PAN di gelar sebagai 'AMANAH'.


Agak pelik juga dengan pengerusi PAN ni, bukan ke Parti Amanah Negara tu singkatannya PAN? Kenapa nak diambil kepada nama tengah sahaja?

Kalau begiti, Parti Islam SeMalaysia kena panggil Islam je lah, dan UMNO pula dipanggil Kebangsaan Melayu.

Terima je la singkatan tu, kalau dah susah sangat, tanya le pada Mat Sabu, kenapa PAN jadi pilihan? Dah takde nama lain ke?


Jumaat, 10 Jun 2016

MERAIKAN KEMENANGAN !! BEKALAN ARAK TELAH TIBA KE SG BESAR ?? #scs93 #prksgbesar

Mahu atau tidak, setuju atau tidak, PAN kini terpaksa akur dengan kehendak DAP untuk meraikan kemenangan dengan pesta arak.


Persoalannya sekarang, kenapa ulamak PAN langsung tak mengeluarkan kenyataan untuk menyanggah apa yang diniatkan oleh DAP tersebut.

Kalau ini yang dilakukan oleh ulamak PAN, nampak sangat yang mereka akan mengikut apa sahaja kehendak DAP memandangkan DAP adalah penyumbang kepada parti berkenaan.


RAFIZI RAMLI DIHALANG MASUK KE SG BESAR SEBAB DEDAH RASUAH PEREMPUAN ?? #scs93 #prksgbesar #kekalBN #inilahbudiman

Sangkakala dengar berita ni dari seorang kenalan yang dulunya penyokong kuat PKR yang mengatakan bahawa Azmin Ali melarang Rafizi masuk ke kawasan PRK Sg Besar ekoran pendedahan rasuah wang dan perempuan dalam kerajaan negeri Selangor.


Kalau betul berita ni nampaknya dah ada penggunaan kuasa veto dalam kepimpinan kerajaan negeri.

Rafizi baru baru ini telah pergi le pejabat SPRM bagi membuat laporan berkenaan perkara tersebut.

Azmin seperti biasa telah menafikan dakwaan Rafizi Ramli demi untuk menujukkan bahawa kerjaan negeri di bawah kepimpinan beliau bersih dan berhemah sedangkan seluruh negara tahu banyak perkara yang gagal dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

Berbalik kepada PRK Sg Besar, Azmin kini berada dalam dilema apabila PAS masuk bertanding dengan meletakkan ADUN Meru sebagai sandaran dan sudah pasti DAP serta PAN akan memberikan tekanan kepda Azmin untuk menyingkirkan PAS selepas ini.

Jadi kepada para pengundi, jika memilih parti yang kerap menghadapi masalah, maka rakyat juga akan menerima masalah yang sama.





Khamis, 9 Jun 2016

PENGUNDI SG BESAR MULA KELIRU SIAPA WAKIL KERAJAAN @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman #kekalBN

Pengundi di Sg Besar dah mula naik pelik apabila mereka melihat ada tiga penjuru yang bertanding dalam pilihanraya kecil P093 Sungai Besar.


Selain dari Barisan Nasional, PAS dan PAN masing masing meletakkan calon sedangkan PAS selama ini adalah rakan didalam kerajaan dan sehingga kini 3 ADUN dari PAS masih lagi menjadi exco kerajaan negeri.

PAN juga mempunyai kedudukan yang sama dimana 2 ADUN dari PAS telah menyertai PAN di Selangor.

Jadi kedua dua parti ini.mempunyai kepentingan dalam kerajaan tetapi kenapa mereka bertanding sesama sendiri?

Jawapan yang amat pasti ialah, ini semua adalah kerana kuasa dimana PAN kini juba untuk menunjukkan bahawa mereka adalah parti yang diterima oleh rakyat sedangkan seluruh rakyat Malaysia tahu bahawa PAN adalah serpihan kepada parti PAS.

Mat Sabu menubuhkan PAN setelah gagal dalam usaha untuk melawan Hadi Awang sebagai Presiden PAS dan cuba untuk menjadikan PAN sebagai pengganti PAS di mata DAP.

Jadi kepada pengundi di Sungai Besar, untuk memilih biarlah yang ada pendirian dan seperti mana amalan Barisan Nasional selama inj, apa juga parti konponen hendak bertanding, maka hanya lambang Barisan Nasional akan digunakan.



CALON PAN MULA MEREPEK !! AKAN BALIK DUA BULAN SEKALI @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman #kekalbn

Saya akan balik dua bulan sekali jika menang, itu kata kata calon PAN apabila ditanya oleh wartawan.


Kalau dua bulan sekali baru nak balik, mampu ke permasaalahan rakyat diselesaikan atau hanya akan menjadi cerita dongeng sepertimana yang terjadi di Kajang dan Permatang Pauh.

Ini semua hanya akan berlaku jika pengundi Sg Besar memilih calon lain selain dari YB Budiman Zohdi sebagai wakil rakyat bagi newakili parlimen Sg Besar selepas 18 Jun nanti.

Tapi Sangkakala agak yakin bahawa para pengundi serta rakyat di Sungai Besar sudah pasti tidak akan memilih orang luar dari kawasan Sungai Besar itu sendiri bagi memudahkan segala urusan.



Rabu, 8 Jun 2016

AKHIRNYA SPR TAMPIL MENUNJUKKAN DIRI @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman

Hari ini pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia telah menunjukkan diri dengan meroboh beberapa papan tanda provokasi di Sekinchan.



Untuk makluman, semua kempen berbentuk provokasi adalah tidak dibenarkan sama sekali oleg pihak SPR bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku.

Tapi nampaknya PAN seolah olah tidak peduli dengan larangan ini malah dengan sengaja meletakkan beberapa papan tanda yang jelas memperlihatkan bahawa satu provokasi sedang dilakukan.

SPR telah mengambil tindakan apabila beberapa laporan telah dibuat berkenaan dengan papan tanda berkenaan.


CALON PAN TAK HORMATI SENSITIVITI MASYARAKAT !! @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman

Terharu tapi keliru, itulah ungkapan yang sepatutnya diberikan kepada calon PAN yang dilihat berkempen sendirian tanpa rakan dari DAP mahupun PKR.

Semalam Sangkakala terserempak juga dengan calon PAN di sebuah bazar ramadhan dan jelas ternyata dia tidak ditemani oleh mana mana pemimpin parti yang lain.


Kita ketepikan dulu soal takde sesiapa mengiringi calon berkempen.

Dalam bazar ramadhan semalam Sangkakala juga melihat bagaimana calon PAN ini menjalankan kempen dengan tanpa berhemah.

Calon berjalan, diikuti pula dengan sorang TUKANG KARUT yang bercakap di belakang menggunakan pembesar suara.

Ini sebenarnya mengganggu orang ramai membeli juadah untuk berbuka dan Sangkakala dapat saksikan beberapa orang mencebik muka mungkin meluat dengan tindakan calon PAN berserta dengan orang orangnya.

Bagi Sangkakala, kalau dah seawal ini calon PAN ini tak tau menghormati orang, jika jadi wakil rakyat mungkin lebih lagi keadaannya.

Jadi orang Sg Besar perlu tau bahawa calon yang paling layak adalah YB Budiman Mohd Zohdi.



Selasa, 7 Jun 2016

ADUN DAP SEKINCHAN DAPAT TAMPARAN @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar

ADUN DAP dari Sekinchan dapat tamparan hebat apa bila ada pengundi berbangsa Cina mendakwa tidak kenal dengan beliau.


Ini bukan perkara baru dalam kepimpinan Pakatan, setelah habis.pilihanraya maka kelibat mereka tidak akan kelihatan dan hanya akan kembali apabila musim pilhanraya kembali.

Sama juga jika rakyat di Sg Besar memilih ADUN Meru atau calon PAN, sudah pasti permasaalahan rakyat di Sg Besar tidak akan diambil peduli.

Akhirnya nanti akan terbiarlah rakyat di Sg Besar termanggu manggu menunggu wakil mereka yang tak kunjung tiba.



Isnin, 6 Jun 2016

MANA CALON PAS DAN PAN BILA ADA MUSIBAH ?? @NajibRazak @NohOmar #inilahbudiman #scs93 #prksgbesar

Satu kebakaran telah berlaku di Kampung Sg Limau Sg Besar malam tadi dimana rumah yang terbakar hangus 70 peratus bermula dari belakang rumah berkenaan.

YB Budiman Mohd Zohdi yang merupakan calon Barisan Nasional dalam pilihanraya kecil Sg Besar bergegas ke tempat kejadian bagi memberikan bantuan.




Turut sama hadir ke tempat kejadian ialah, Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar.

Dalam kejadian lebih kurang jam 9.20 malam, 70 peratus kediaman mangsa hangus terbakar.

Persoalannya sekarang ialah, dimana calon PAS DAN PAN yang dikatakan akan.memgambil berat tentang permasaalahan penduduk sekitar parlimen Sg Besar.

Ini lah masalah apabila orang luar yang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat.

Adakah permasaalahan rakyat akan diambil kira dimasa hadapan? Adakah kebajikan rakyat di Parlimen Sg Besar akan terbela dan terjamin?

Jawapan yang paling tepat ialah TIDAK. Kerana apa? Kerana mereka ini akan hanya mengambil jalan mudah untuk mendapatkan jawatan dan jelas terbukti malam tadi bahawa walaupun belum menjadi wakil rakyat, maka permasalahan rakyat itu sendiri tidak diambil peduli.

Mungkin akan ada yang mengatakan bahawa calon PAN juga adalah anak tempatan kecuali PAS.

Jawapannya pula ialah, walaupun calon PAN adalah anak tempatan namun jika ini cara beliau bekerja, pasti akan mencipta masalah pada masa akan datang.

Jadi untuk jalan terbaik, lebih bagus kiranya YB Budiman menjadi wakil rakyat mewakili parlimen Sg Besar.



DOA RESTU AYAH DAN IBU MENGIRINGI YB BUDIMAN @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar #inilahbudiman

Pertandingan 3 penjuru telah disahkan berlaku di Pilihanraya Kecil Sungai Besar dimana Barisan Nasional, PAS dan PAN masing masing menghantar calon.

Namun dalam ketiga tiga calon yang ada, satu kelebihan dilihat bersama sama dengan YB Budiman Mohd Zohdi kerana bukan sahaja sebagai anak tempatan, malah beliau juga adalah wakil rakyat dalam DUN Sg Panjang.

Boleh dikatakan ramai dikalangan pengundi mengenali beliau dan sudah pasti ini adalah satu kelebihan berbanding calon lawan.


Salah satu faktor yang membolehkan seseorang itu memenangi sesuatu pertandingan dan dalam hal ini juga Budiman dilihat tampil sebagai juara yang mana bukan hanya ibu bapa kandung beliau memberikan doa dan restu malah beberapa orang lain yang Sangkakala temui juga menyatakan perkara yang sama.

Semoga YB Budiman akan dinobatkan sebagai ahli parlimen Sg Besar selepas hari pengundian nanti dan insyallah, khidmat terbaik akan beliau berikan.



Ahad, 5 Jun 2016

KERANA SALAH PINTU TERESA KOK DAPAT KEMALUAN BESAR @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar

Gara gara tersalah laluan ke tempat penamaan calon di PRK Sg Besar pagi tadi, Teresa Kok mendapat malu yang amat sangat apabila di 'booo' oleh para pengikut PAS.

Bukan setakat itu sahaja, Teresa juga dikutuk dengan perkataan 'PENGKHIANAT' oleh penyokong PAS yang mungkin geram dengan tindakan DAP yang melampaui batas.


Teresa juga dilihat cuba untuk menenangkan penyokong PAS namun tindakan yang diambil hanyalah sia sia apabila penghormatan yang diberikan kepada DAP sebelum ini nampaknya pudar sama sekali.

Mungkin ini adalah perkara yang amat menyakitkan dihati Teresa namun itu adalah tindakan terbaik yang pernah dilakukan oleh pengikut PAS setelah berhempas pulas memenangkan calon DAP dalam pilihanraya umum yang lalu.

Jadi disini nampaknya pengikut PAS juga telah sedar siapa DAP yang sebenar apabila mewujudkan parti PAN yang dicedok dari segelintir pemimpin PAS yang kecewa akibat dari kekalahan dalam pemilihan parti tersebut.

Mungkin ahli PAS sudah hilang sabar dan dengan kerana itu jugalah maka mereka mengambil tindakan untuk memberikan satu bayangan kepada pemimpin DAP tersebut bahawa PAS hari ini menolak sepenuhnya kerjasama dengan DAP.

Pengikut PAS khususnya di Sg Besar perlu melihat bahawa pengkhianatan yang dilakukan oleh DAP adalah dengan tujuan untuk memecah belahkan umat Islam di negara ini dan.seterusnya akan melancarkan gerakan bagi mereka mendapat kuasa pemerintahan.


AZMIN LANGGAR ARAHAN PRESIDEN !! @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar

Presiden PKR baru baru ini telah mengeluarkan arahan kepada Azmin Ali agar tidak hadir ke penamaan calon Pilihanraya Kecil di Sg Besar.

Arahan tersebut kononnya dikeluarkan untuk menampakkan bahawa Azmin lebih neutral dan tidak memihak mana mana parti sama ada PAN atau PAS yang masih lagi menjadi anggota kerajaan Pakatan di Selangor.

Tapi nampaknya arahan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah tidak memberikan kesan kepada Azmin yang dilihat lebih kepada menyokong PAN.

Ini terbukti apabila Azmin hadir bersama dalam memberikan sokongan kepada PAN bersama sama Wan Azizah.


Jawapan kepada teka teki tentang kehadiran Azmin nampaknya boleh dilihat yang mana ianya jelas menunjukkan bahawa jangka hayat PAS dalam kerajaan Selangor bakal musnah.

Mungkin 3 exco kerajaan negeri dari PAS sudah boleh mengemas bilik pejabat exco masing masing dan tinggalkan Azmin bersama kuncu kuncunya.


MUNGKIN TERLEPAS PANDANG !! SPR PERLU LEBIH TEGAS @NajibRazak @NohOmar #scs93 #prksgbesar

Mungkin ianya terlepas pandang tetapi takkan ianya kerap sangat berlaku dimana undang undang yang dikuatkuasakan seolah olah menjadi mainan kepada puak puak pembangkang.

SPR telah menetapkan bahawa poster, bendera atau apa sahaja yang membawa kepada logo atau lambang parti tidak bertanding tidak dibenarkan dibawa atau dijadikan bahan kempen dalam pilihanraya.



Munkin akan ada alasan yang mengatakan bahawa Barisan Nasional juga membawa bendera bendera parti dan perlu diingat bahawa semua parti seperti UMNO, MCA, MIC, PPP dan lain lain adalah parti komponen di bawah satu naungan parti iaitu Barisan Nasional sedangkan PAN, DAP dan PKR serta PAS sebelum ini adalah parti yang tidak bernaung dibawah mana mana parti induk.

Jadi dimana penghormatan kepada undang undang yang dibuat oleh SPR dihormati oleh puak puak pakatan?

Kalau undang undang sebegini pun sudah tidak lagi dihormati, adakah mereka ini layak diberikan undi untuk memenangi piluhanraya?

Jadi disini rakyat perlu menilai sejauh mana pembangkang gagal untuk menghormati undang undang dan apa yang dilihat, puak puak ini sebelum mendapat kuasa audah menunjukkan betapa biadapnya mereka apatah lagi jika mereka diberikan kuasa kelak.