Ahad, 19 Jun 2016

TETAP MENANG WALAUPUN DENGAN GANGGUAN DARI HEAVYWEIGHT @NajibRazak #nohomar #scs93 #prksgbesar

Semalam telah berakhir tempoh kempen di dua buah PRK dengan pengundian berakhir jam 5 petang semalam.


YB Budiman Mohd Zohdi yang juga merupakan ADUN Sg Panjang telah dinobatkan sebagai pemenang untuk PRK Sg Besar dengan kemenangan sebanyak 9191 majoriti undi dan Datin Mastura pula dinobatkan sebagai ahli parlimen Kuala Kangsar dengan majoriti 6969 undi.

Yang menariknya ialah, kedua dua tempat ini ditandingi oleh 3 parti yang sama iaitu PAS, Barisan Nasional dan juga PAN.

PAS dilihat mempunyai kelebihan kerana mereka adalah parti politik lama dan PAN pula dilihat mempunyai ruang dan peluang apabila negarawan, Tun Mahathir Mohamad turun sekali berkempen bagi memastikan kemenangan PAN.

Namun begitu, jelas kelihatan pengundi menidakkan permintaan Tun Mahathir supaya rakyat mengalahkan Barisan Nasional di kedua dua kawasan.

Ini juga sebenarnya memberikan tamparan hebat kepada pembangkang yang mana dalam terang mereka dapat melihat bahawa tektik menggunakan Tun Mahathir akhirnya memakan diri mereka sendiri apabila mereka kalah dengan undi majorit yang agak besar.

Walau bagaimana pun, seperti kata YAB Perdana Menteri, Barisan Nasional jangan sesekali lalai atau alpa jika mahu merampas semula kerajaan negeri Selangor.

Dan Sangkakala sendiri mengakui bahawa apa yang diperkatakan oleh YAB Perdana Menteri itu betul dan kepada pemimpin serta ahli UMNO serta komponen BN yang lain, ayuh terus berkerja dan berusaha demi untuk mengambil semula kerajaan negeri Selangor.


Tiada ulasan: