Selasa, 14 Jun 2016

CUKAI SAMPAN !! KERAJAAN TAKKAN PEDULI MASALAH RAKYAT @NajibRazak @nohomar #scs93 #prksgbesar #kekalBN #inilahbudiman

Baru baru ni Sangkakala ada menulis juga pasal cukai sampan yang akan dikenakan oleh kerajaan negeri kepada para nelayan di sekitar pantai di negeri Selangor.


Tapi bila kita fikirkan semula, berapa banyak bantuan yang diberikan kepada para nelayan oleh kerajaan pusat?

Bantuan berupa pembinaan pelantar mendaratkan ikan, bantuan enjin bot, bantuan bot, pukat, subsidi minyak, bantuan sara hidup dan pelbagai lagi bantuan termasuk subsidi pendaratan ikan sebanyak RM 0.20 setiap kilogram ikan yang didaratkan.

Tapi apa pula bantuan dari kerajaan negeri yang sentiasa mengatakan kos sara hidup membebankan rakyat? Dengan mengenakan cukai sampan sebanyak RM 600 setahun? Memang betul, exco kerajaan Selangor mengatakan bahawa hanya RM 50 sebulan, Sangkakala ulangi HANYA RM 50 SEBULAN yang dikenakan kepada para nelayan.

Walaupun RM 50, ianya tetap adalah duit dan kita semua sedia maklum bahawa bukan mudah bagi seorang nelayan untuk memperolehi rezeki di tengah lautan, ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Apakah kerajaan negeri tidak boleh memikirkan bagaimana untuk membantu para nelayan supaya kehidupan mereka lebih selesa?





 

Tiada ulasan: